My F.r.i.e.n.d.s

Isnin, 24 November 2014

Susu kurang. Tips tambahkan susu! :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam all breastfeeding mommies...Miss u all...Semoga kalian baik2 saja di luar sana n susu sentiasa melimpah ruah buat bayi tercinta. :)

Kali ni nak post entri tentang tips tambah susu ketika susu tengah kurang. Mesti ada beberapa mummy yang sedang hadapi situasi ini kan? Jangan risaulah u ols...Ni semua perkara biasa. Kilang susu kita pun kadangkala ada menghadapi ujian kemelesetan permintaan serta cabaran stress dan emosi tahap gaban! Nama pun manusia biasa. Selagi hidup di dunia ini, pasti akan ada ujiannya. Cuma terpulang pada kita samada, nak menentang arus (fight! fight! fight!) atau...layan arus...( down, down, down ikut flow....). 

My prinsip is NO! N kita harus pegang prinsip FIGHT! FIGHT! FIGHT!...Jika terdapat cabaran sebenarnya ia bagus untuk kita. Jika dilihat dari sudut positif, ujian tersebut sebenarnya lebih membuatkan kita bertambah kuat (jika kita berusaha melawannya) dan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan serta pengalaman kita dalam perjuangan penyusuan. So, insyaallah, untuk penyusuan anak seterusnya, kita akan lebih matang, n silap2 jadi idola pula kepada adik-beradik lain atau rakan2 tersayang...

TIPS SIMPLE KETIKA SUSU KURANG:
1. Hasil pam sikit (tenang saja, janji jaga waktu pam selang tidak lebih 3 jam. Insyaallah esok lusa production akan pulih semula)
2. Rangsang Let Down Reflex (yang ni, tunjang utama pancutan susu. Mummy mesti happy, makan minum mencukupi n badan sihat. Kadang2 susu banyak, tapi LDR pulak tak 'function'. Jadi, susu tu elok ja tersangkut dalam 'breast' tak mau keluar.)
3. Kerap 'direct feed'. (Ambil peluang nyusukan anak puas2 ketika bersama baby.)
4. Jangan terlalu memaksa diri untuk capai target hasil perahan susu. (relaks ja, Hasil pam tu, as a guide saja. Kalau tak larat buat power pumping malam2. Kerapkan direct feed ketika di rumah dan jangan sesekali SKIP waktu pam ketika berjauhan dengan bayi. Insyaallah keadaan akan pulih semula).

makanan sunnah


Antara makanan dan minuman yang boleh membantu pertambahan susu ibu:


Makanan
1. water chestnut/sengkuang cina
2. kobis
3. halba 
4. laici
5. longan
6. daikon/lobak putih
7. sawi
8. kailan
9. tenggiri
10. bayam
11. peria
12. jantung pisang
13. tembikai
14. lobak merah
15. Madu lebah asli
16. sayur pegaga atau ulam segar
17. pucuk manis
18. kurma
19. kucai +tauhu+tougeh
20. petola
21. kentang rebus
22. roti
23. biskut marrie
24. daun turi
25. ikan semua jenis ikan-ikan yu,ikan sardine, tuna, salmon
26. kacang buncis
27. cheese
28. planta

Minuman:

1. air masak
2. susu
3. soya
4. nestum
5. oat
6. horlick
7. milo
8. jus buah-buahan
9. jus betik
10. honeydew
11. rebusan buah pala
12. spirulina
13. air kelapa
14. rebusan air halba
15. jus kurma

Kurangkan atau elakkan:

1. Minum ais
2. Nescafe
3. Kerap skip pam susu
4. Stress
5. Makan ubatan sembarangan

Langkah terakhir (saya tak galakkan sangat, guna jika perlu sahaja):

Ambil 'milk booster'

1. Pil ASI
2. Minuman herba fenugreek
3. Coklat 'milk booster'

NOTA KEJAYAAN PENYUSUAN: Setiap ibu, secara fisiologinya berbeza tahap penerimaan masing-masing kepada makanan atau minuman yang tersenarai di atas. Jadi, kita sendiri harus kenalpasti apa yang sesuai dengan kita.

Cuba setiap makanan dan minuman yang tersenarai. Yang mana memberi kesan kepada pertambahan susu, sila rekodkan. Dan jika boleh selang-selikan pemakanannya supaya sistem badan kita tidak menjadi statik kepada 'milk booster' tersebut.

Sekian sahaja kali ini. Jumpa lagi kita di lain masa. 

All the best!

~ menyusu itu indah ~

Salam sayang,

atia


1 ulasan:

cik Anggur berkata...

TGH MEMPOSITIFKN DIRI UTK NORMALKN BLIK SUSU YG DROP 3 4 ARI NI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...