My F.r.i.e.n.d.s

Khamis, 27 September 2012

Kaedah Penyusuan sebagai Perancang Kehamilan

Salam sayang buat pembaca yang dikasihi,

OK, memandangkan aku dipanggil untuk ke tv3, bagi membincangkan tajuk "Menjarakkan Kehamilan", aku tertarik sangat untuk mengupas isu lanjut di sini... Memandang aku yang suka bercakap ini, tidak diberikan peluang untuk bercakap sepuasnya, maka di sini aku akan coretkan isi hati aku sepuasnya.... :)

Seperti semua sedia maklum, kaedah merancang terdapat pelbagai cara juga pilihan. Terpulang kepada setiap individu untuk menggunakan kaedah yang mana, yang penting ianya selamat, mudah dan dijamin peratusan kejayaannya. Antara kaedah perancang sediaada ialah:

1 – Pil perancang keluargaTerdapat 2 jenis pil perancang kelaurga iaitu sejenis pil yang mengandungi 2 jenis hormon iaitu estrogen dan progesteron manakala sejenis lagi mengandungi 1 jenis hormon sahaja iaitu progesteron. Pil yang mengandungi sejenis hormon selamat digunakan sewaktu ibu tersebut menyusukan anaknya.

Pil perancang berkesan sekiranya dimakan sewaktu haid bermula setiap hari selama 21 hari, kemudian berhenti untuk 7 hari di mana haid akan keluar pada masa tersebut. Pengambilan ubat perlulah setiap hari serta pada masa yang sama agar paras hormon tersebut di dalam badan adalah konsisten bagi mengelakkan risiko mengandung. Sekiranya pengambilan ubat adalah betul, risiko hamil adalah serendah 0.3%. Pengguna kaedah ini akan kembali subur apabila seseorang wanita itu berhenti mengambil pil perancang keluarga.

KOMEN :
Pil perancang jenama Mercillon adalah antara produk yang bagus pada pengujung tahun 90an, tetapi menurut sesetengah individu setelah pengambilan pil, mereka mendapati berat badan tidak konsisten, mood tidak menentu dan kurang bernafsu terhadap hubungan intim. Walau bagaimanapun, kedatangan haid akan menjadi tepat setiap bulan. Harganya pula dalam lingkungan kurang RM20.00 sekotak.

Pil perancang jenama Diane 35 amat terkenal untuk kesihatan kulit. Pengguna akan mendapati kulit muka akan kurang berminyak atau tiada minyak langsung, bintik-bintik hitam atau jeragat dan jerawat (juga jerawat teruk) di muka juga boleh pudar dan menghilang. Sesetengah individu mendapati pil ini tidak menyebabkan berat badan bertambah, tiada kesan mual, pening atau loya akibat pengambilannya.Boleh juga diambil oleh wanita yang mengalami hirsutism (muka ada misai dan berbulu banyak). Kedatangan haid akan menjadi tepat setiap bulan. Harganya pula dalam lingkungan RM35-40.00 sekotak.

Pil perancang jenama Yasmin paling bagus untuk sesetengah individu kerana dikatakan pengguna pil ini tidak mempunyai masalah berat badan, tidak mengganggu mood dan pengguna ‘berselera’ terhadap hubungan seksual (tiada masalah kurang libido). Kedatangan haid adalah tepat pada setiap bulan. Namun harganya sedikit tinggi daripada dua pil yang disebutkan di atas iaitu dalam lingkungan RM40-55.00 sekotak.

Apapun jenama yang menjadi pilihan anda, perlu diingatkan kesan sampingan daripada mengambil pil ini bergantung pada individu. Ini bermakna lain orang, lain kesan sampingan yang akan diterima. Badan juga akan mengambil masa sebulan dua untuk membuat penyesuaian terhadap pil yang diambil, jadi dua bulan selepas pengambilan pil, barulah pengguna akan dapat rasakan sama ada pil yang diambil sesuai atau tidak dengan badan masing-masing.

Sekiranya pengambilan sudah lebih daripada 3 bulan tetapi pengguna masih mengalami muntah yang teruk atau pening, besar kemungkinan besar pil itu tidak bersesuaian dengan badan. Cuba tukar kepada jenama lain jika masih mahu terus mengambil pil perancang.

2 – Suntikan hormon

Suntikan juga mengandungi sejenis hormon dan ia juga boleh diberi pada wanita yang menyusukan anaknya. Suntikan perlu diambil setiap dua atau tiga bulan sekali, bergantung kepada jenis suntikan dipilih.

Keberkesanan kaedah ini bagi mengelakkan hamil adalah tinggi iaitu 99.7%. Kelebihan kaedah ini adalah wanita tidak perlu mengingati untuk mengambilnya setiap hari seperti pil dan amat berkesan bagi wanita yang berkerjaya serta sering outstation.

Tapi perlu diingatkan, penggunaan kaedah berhormon boleh menyebabkan sesetengah wanita mengalami kitaran haid yang tidak teratur untuk beberapa bulan pertama.

KOMEN :Suntikan hormon ‘Ðepo Provera’, boleh diambil 3 bulan sekali di klinik swasta. Kesan sampingan yang dilaporkan oleh pengguna selepas pengambilan suntikan ini termasuklah pening dan mood tidak menentu. Bagi sesetengah kes, kedatangan haid tiada langsung sepanjang suntikan diambil. Ia juga dilaporkan menyebabkan pengguna kurang bernafsu kepada hubungan seksual. Harga sekali suntikan dalam lingkungan RM35-40.00.

3 – Implan

Implan adalah kaedah yang mempunyai keberkesanan 99.9% bagi pencegahan kehamilan. Kaedah ini boleh digunakan sehingga 3 tahun dan kemudian perlu dikeluarkan. Kaedah ini juga menggunakan satu jenis hormon dan sesuai bagi ibu menyusukan anaknya.

Penggunaan kaedah ini boleh menyebabkan sesetengah wanita mengalami kitaran haid yang tidak teratur untuk beberapa bulan pertama.

KOMEN :
Hampir tiada komen yang negatif tentang impan yang saya dengari. Cuma ada yang meluahkan kebimbangan apabila tiba masanya untuk dikeluarkan kerana dikatakan perlu menjalani pembedahan kecil untuk mengeluarkan impan sebesar batang mancis.

4 – Kaedah kecemasan

Kaedah ini digunakan apabila kaedah lain tidak digunakan dan pasangan suami isteri tersebut tidak bersedia untuk mengandung, sedangkan hubungan seks tanpa perlindungan telah dilakukan. Ðengan ini, pil perancang keluarga kecemasan ini bolehlah diambil selepas bersama dalam masa 72 jam pertama.

KOMEN :
Pil yang biasa dijual adalah jenama Postinor 2. Ia juga popular dengan nama ‘emergency contraceptive’ atau ‘morning after pil’. Bagi sesetengah kes rogol, mangsa akan dinasihatkan mengambil pil ini kerana ia mampu mengelakkan mangsa daripada hamil akibat dirogol.

Ðalam tiap kotak ada 2 biji dan dikatakan boleh diambil sebanyak 4 biji sahaja dalam masa sebulan. Adalah penting pil pertama diambil dalamasa 48 jam selepas bersama dan pil kedua perlu diambil dalamasa 12 jam selepas pil pertama diambil (kena lengkapkan pengambilan pil dalamasa  72jam). Pil ini akan menyebabkan kedatangan haid sedikit ‘lari’ daripada biasa.

Kaedah tanpa hormon

Kaedah perancang keluarga yang tidak mengandungi hormon termasuklah alat dalam rahim (IUCÐ), kondom, diafragma dan kaedah kekal seperti bilateral tubal ligation (BTL) atau vasectomy.

1 – Alat dalam rahim (Multiload copper IUCÐ)

Adalah kaedah perancang keluarga yang boleh digunakan selama tiga tahun dan selepas tempoh tersebut ia perlu dikeluarkan. Alat ini selamat digunakan untuk ibu menyusukan badan disebabkan tiada hormon di dalamnya. Keberkesanan kaedah ini adalah 99.4%. selain itu, kitaran haid juga tidak terjejas disebabkan tiada penggunaan hormon.

2 – Kondom

Kaedah ini boleh didapati dengan mudah dan salah satu cara untuk mengelakkan kehamilan sewaktu melakukan hubungan seks. Ia juga boleh mengelakkan penyakit jangkitan kelamin. Sebelum menggunakannya, pemakai perlu memeriksa tarikh luput, meneliti sebarang kebocoran, serta Pemasangan yang betul perlu diambil kira untuk memastikan kaedah ini berkesan. Risiko kehamilah dengan kaedah ini adalah 2%.

3 – Ðiafragma

Sejenis kaedah halangan oleh golongan wanita di mana ia menutupi bahagian serviks. Kaedah ini kurang mendapat sambutan disebabkan kaedah penggunaannya. Wanita perlu memasukkan sendiri ke dalam faraj dan meletakkannya di tempat yang betul. Risiko kehamilan dengan kaedah ini juga adalah tinggi iaitu 5%.

INFO: Rancang kehamilan

* Merancang kehamilan membantu anda membesarkan anak dengan selesa.

* Apabila anda mempunyai perancangan yang baik mengendalikan keluarga, anak boleh membesar dengan pendidikan dan perhatian yang cukup dari anda.

* Sebaik-baik jarak kehamilan adalah dua tahun untuk setiap anak.

Dipetik dari: http://laman-seri.blogspot.com/2011/07/rancang-jarak-kehamilan-dan-ketahui.html

#####################################################################

Ok, nampak tak, begitu banyak pilihan kaedah merancang keluarga ni, terpulang kepada masing2 untuk memilih yang mana satu.

Bagi aku, aku tetap dengan pendirian aku, iaitu merancang dengan KAEDAH PENYUSUAN. Kaedah ini, kurang glamer malah takde pun tersenarai kat atas kan... Sedih betul...

Beberapa tips perlu dipatuhi bagi menjayakan kaedah ini. Ini adalah antara kaedah yang paling selamat untuk ibu dan bayi serta tidak mengeluarkan belanja. Bagaimanapun, keberkesanannya bergantung kepada setiap individu serta tahap kerajinannya.

Pengetahuan asas:
1. Ibu perlu menjayakan penyusuan secara EKSKLUSIF selama 6 bulan (tanpa air masak/ makanan dan susu tambahan). Bayi hanya diberi susu ibu semata2.
2. Bayi berusia kurang 6 bulan.
3. Ibu belum didatangi period.

Ok, di atas ialah perkara asas dan diakui oleh bahagian perubatan keberkesanan hampir 98%. Yang tidak berjaya mungkin boleh semak jarak selang masa penyusuan serta teknik penyusuan adakah sempurna atau tidak serta tidak mengambil sebarang kaedah perancang lain dalam masa 6 bulan. Maksudnya kaedah penyusuan yang dinamakan juga sebagai teknik LAM (lactational Ammernorrhea Method) hanya bertahan sehingga 6 bulan sahaja.

Kemudian 6 bulan berikutnya (bayi dah start diberi makanan tambahan), pastikan selang masa penyusuan masih berjarak di antara 2-3 jam sahaja. Walaupun anak sudah kenyang dengan makanan tambahan, perah keluar susu tersebut (boleh dijadikan stok) dan simpan.

Penyusuan pada waktu malam juga sangat penting, kerana ramai ibu yang mengambil remeh penyusuan pada waktu malam, sedangkan hormon prolaktin sangat tinggi dalam tempoh tersebut. Memang ada sesetengah bayi, pada waktu malam, tidur lebih lena dan kurang menyusu. Ada baiknya, kerapkan penyusuan atau pastikan jarak penyusuan berselang hanya 2-3 jam sahaja (tidak lebih dari itu). Sekiranya anak tidur, sudi2kanlah diri untuk bangun malam memerah. Sebenarnya secara tidak langsung, kita sedang mengumpul stok susu untuk dijadikan bekalan buat anak tersayang ketika ditinggalkan.




Ini adalah kerana, semasa kita menyusu, hormon prolaktin akan terangsang. Hormon prolaktin ini, apabila terangsang, secara tidak langsung akan menghalang proses ovulasi daripada terjadi di dalam rahim.PENTING, pastikan penyusuan juga dijalankan dengan sempurna, iaitu dengan memastikan teknik lekapan yang betul serta penyusuan yang sempurna (breast betul2 dikosongkan sepenuhnya).

Insyaallah, jika korang mengamalkan langkah ini, peratus untuk mengandung sangatlah rendah. Yang penting rajin, dan jaga jarak penyusuan.

Berdasarkan pengalaman yang ada, wafiy dilahirkan pada tahun 2009 dan ilman pada tahun 2011 antara bukti kejayaan aku dalam menggunakan kaedah ini. Untuk mendapatkan ilman bukannya senang. 2-3 bulan sebelum mengandung, aku sengaja lebihkan jarak penyusuan lebih dari 3 jam (wafiy pun dah kenyang dengan makanan). Yang sebelumnya aku memastikan jarak penyusuan 2-3 jam. Sebabnya, aku memang mahukan anak lagi dan bersedia untuk menimang cahaya mata lagi. Alhamdulillah, kaedah yang dijalankan berjaya.

PENTING: Setiap kaedah perancang yang digunakan tak kira moden atau tradisional semuanya tidak dijamin 100% dan masing-masing terdapat risiko pelbagai. Bagaimanapun, bagi yang memilih untuk menggunakan kaedah semulajadi. Boleh cuba ikuti langkah aku tadi.

Banyak contoh lain yang boleh diikuti daripada ibu2 lain yang juga menggunakan kaedah penyusuan. Contoh pn syamimi (boleh search di facebook), masih menyusu secara eksklusif sehingga sekarang (11 bulan) dan masih tidak didatangi period. Anak beliau hanya diberikan susu ibu sahaja.

Begitu juga beberapa orang yang lain (ramai sebenarnya yang telah berjaya dengan kaedah ini). Boleh cari dan bertanya di dalam group KIM (Kumpulan IbuMenyusu) di facebook.

Aku sarankan kaedah ini digunapakai oleh ibu2 yang berniat nak menyusukan anak sehingga 2 tahun serta tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya ditakdirkan mengandung juga. Saja cakap dulu, sebab taknak ibu yang memang berbahaya jika mengandung dalam jarak masa terdekat n bakal membahayakan nyawanya (ibu yang baru bersalin CEASER), mencuba kaedah ini dan tidak berjaya. Sebabnya setiap individu berbeza tahap penerimaannya. Baik rujuk pada yang pakar terlebih dahulu. Cuma aku, yakin dengan kaedah ini (sbb sgt yakin diri...hehe...takdelah). Aku yakin kepada ketentuan Allah.

Yang paling UTAMA, PERTAMA sekali, niatkan untuk menyusu sehingga 2 tahun. Insyaallah, Allah akan permudahkan jalannya. Rezeki semua Allah yang tentukan. Mesti yakin pada setiap ketentuan. Semua yang ada di dunia ini terbatas, dan Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Masa Wafiy, 9 bulan lepas tu aku period. Dan aku masih menjarakkan kehamilan dengan cara penyusuan. Ilman juga begitu, selepas 11 bulan aku period. Bila dah period risiko untuk hamil memang ada. Tetapi, seperti yang aku cakap tadi, pastikan jarak penyusuan masih kekal seperti ketika menyusu mereka semasa bayi iaitu berjarak setiap 2-3 jam sahaja.

Dan sekarang Ilman dengan bakal adik yang ketiga ini, insyaallah jarak 2 tahun juga, iaitu bakal dilahirkan pada tahun 2013. Insyaallah....

Aku sekadar berkongsi pengalaman, segala yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk adalah dari diriku sendiri hamba yang kerdil lagi lemah ini.

Semoga apa yang dikongsikan dapat memberikan kalian idea serta pilihan untuk menggunakan kaedah mana. Sebelum memilih, sila bertanya dan rujuk pada yang pakar juga sesuaikan dengan pengalaman2 ibu2 lain.

Wallahualam.

Sekian.

salam ikhlas dan penuh kasih sayang,
~atia







4 ulasan:

deena berkata...

Thnks sbb sudi kongsi info ... Aritu sempat tgk awak di tv3.. Mmg superb la rancang scr myusu.. Xsemua org mmpu buat... Sy pn dah 2x ceaser.. Tgh planning tnpa apa2 ubat lg.. Apa2 pn minta pd Allah.. :)

serikandi_asrar 94 berkata...

Nak tnye.. pil kecemasan tu ade 2 biji kan.. dan cara gunanya. Pil pertama 12 jam.. pil kedua lepas 12 jam oil pertama. X lebih 72 jam.. tpi klu dah ambil 2 pil sekali mcm mne yr

Unknown berkata...

Info perancang keluarga tu memang berguna. Selama ni tak alert sangat ada jenis hormon dan tidak menggunakan hormon. Skrg baby sy dah masuk 4 bulan. Masih fully bf, belum period, so masih bole gunakan Kaedah Penyusuan la kan? Conthnya baby dah berumur lebih 6 bulan tp sy tak dtg bulan lagi, masih selamat ka Kaedah Penyusuan?

permata berkata...

Salam..saya pun guna kaedah penyusuan utk menjarakkan kehamilan..mula2 tu sbb suami x bagi makan pil..lama2 mmg sy sendiri yakin kaedah ni berkesan..lps bersalin anak 1st,sy x period selama 13 bulan (lps tu terus pregnant yg ke2)..n slps bersalin anak 2nd,sy x period selama 15 bulan (lps tu period 1x n terus pregnant yg ke3)..mashaAllah..Dr2 pun terkejut bila kata sy x pernah period sejak kahwin kecuali bulan pertama lps kahwin n sebulan sblm pregnant yg ke3..means hanya 2x dlm tempoh 4 tahun 5 bulan perkahwinan..

P/s: sy dah berhenti kerja n skrg fully housewife, jd agak mudah utk sy bf anak sy effectively..alhamdulillah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...