My F.r.i.e.n.d.s

Khamis, 28 Julai 2011

Tersentuh hatiku tatkala melihat ibu yg bersemangat tinggi untuk "breastfeeding" anak angkatnya!

Salam,
Sepatutnya semalam lagi aku dah post entri ni. Tapi, masa yg tak menyempat2, so skrg baru berpeluang... Yg ni juga, sebenarnya, pembongkaran penyebab ' camana nipple aku leh tersumbat- refer entri post sebelum ni'. Bukan salah mummy ni. Tapi, salah sendiri yg terlalu excited berbual dgn akak ni. (Sambil2 marmet, tak sedar jari2 dah beralih, so tersalah perah dgn cara yg salah. Sekarang sedang menanggung akibatnya...huhu...sakit2...)

Sebenarnya, kami berkenalan di surau ketika masing2 nak menunaikan solat zuhur. Kebetulan, aku dah selesai solat, dan dia baru nak solat. Aku tengah memerah susu ketika itu. Akak tu pun datang tak semena2. Dia tegur aku, "banyaknya susu..." N ada lagila slot2 lain...

Cumanya, yg buat hatiku tersentuh ialah, bila dia kata, "macamana nak banyak susu ek. Akak tak de anak dik. Akak amik anak angkat. Dah 5 bulan.... "

Subhanallah...! Bagusnya akak ni, ada niat nak breastfeed anak angkat dia. Hatiku tersentuh sangat. Sebab bukan mudah sebenarnya nak breastfeeding ni. Banyak betul cabaran dan dugaannya bagi ibu2 seperti aku ni. Tetapi dia.... tak mengandung, tapi ada niat nak breastfeed...!!! Ya Allah, murni sungguh niat dia. Bukan mudah... Lagi banyak cabaran dan dugaan yg harus dia tempuhi demi menjayakan penyusuan ni...

Dan pada hari ke3, aku ajak dia perah sama2. Walaupun tak bawa botol susu. Aku paksa gak suh dia keluarkan susu. (Sebenarnya hari pertama kitorang dah try, tapi susu tak keluar. Cuma aku dapat rasa, breast dia agak berat, n ada ketulan2 susu yang tersangkut kat dalam tu...Oh ya, dia ada gak sebut perkataan yg aku alergik nak dengar tu, "akak tak de susu dik...") Yg ni, mummy2 kena ingat, walau apa pun, JANGAN KATA KITA TIADA SUSU, sebenarnya susu kita ada, SEBUTLAH, susu saya ada, cuma tak tahu macamana nak keluarkannya...Itu lebih baik...Sebab, susu ibu bergantung sangat pada mindset ibu. Bila kita silap hantar signal pada otak, maka kilang susu pun akan ikut arahan otak... So, hati2lah dengan kata2, fikiran ataupun bisikan hati anda. Ok! :)

Oh ya, sambung lagi...Akak tu picit keluar breast dia, susu menitik2...Aku nampak macam airmata dia bergenang...Aku pun rasa macam sebak tak tentu pasal...Maybe terharu kot...Sebab, tengokkan semangat dia. Aku betul2 bangga.... Subhanallah...!!!Memang aku tabik betul ngan dia. Walaupun selama ni perah susu, setakat percik2 kat dinding botol je hasilnya, tapi, semangat dia tu yg buat aku kagum. Dan aku percaya sangat, kalau dia terus berusaha, insyaallah, pasti dia dapat menyusukan anak angkatnya sehingga 2 tahun. (Jom kita sama2 doakan k...)

CARA NAK BERJAYA MENYUSUKAN ANAK ANGKAT DENGAN JAYANYA (dengan izin Allah...) :-
1. Mula2 sekali, berdoa kepada Allah Taala, kerana rezeki itu datang dariNya, serta niatkan dengan hati yang ikhlas ingin menyusukan anak seboleh2nya hingga genap usianya 2 tahun.
2. Camanapun, rangsangan TERBAIK ialah dari baby itu sendiri. Cuba pujuk baby hisap susu melalui breast. Kalau baby tak mahu, cuba beri baby hisap breast kita ketika dia sedang tidur. Sementara kalau dia tak mahu menghisap, titiskan saja susu tu ke dalam mulut baby (sekurang2nya, ada juga susu ibu yang mengalir ke dalam perut anak). Banyakkan berselawat. Insyaallah, mudahan dgn izin Allah, baby yg tgh mamai, bila terasa susu kita tu, mungkin secara tak langsung akan merangsang baby untuk menghisap.
3. Mummy kena rajin, kuat semangat n konsisten tau!!! Harus berdisiplin dan bersungguh-sungguh dan mengikut aturan dan nasihat yang diberikan oleh kaunselor laktasi.
4. Mindset jangan lupa k. Hehe... (Susu banyak...susu banyak...) amin... :)
5. Berdoalah ke hadrat Illahi agar usaha ini diberkati dan dimakbulkan olehNya.

Ok....Semoga dapat dijadikan panduan oleh ibu2 yang berniat untuk menyusukan anak angkatnya...

Sekiranya ada duit yang lebih, aku amat2 galakkan mummy2 (ibu angkat yang nak menyusukan anaknya) supaya guna alat ini>>>>>>>


Supplementary Nursing System adalah peralatan yang dapat membantu ibu yang tidak melahirkan anak untuk memulakan penyusuan terhadap anak peliharaannya. Alat ini terdiri daripada dua tiub halus yang disambungkan kepada sebuah botol yang boleh menyimpan bekalan susu. Kedua-dua hujung tiub ini akan dilekatkan pada hujung puting pada kedua-dua payudara ibu. Pelekat khas disediakan di dalam pakej ini.

Apabila anak bersedia untuk menyusu, masukkan bekalan susu kedalam botol.(Bekalan susu ini boleh jadi susu formula mahupun susu ibu yang didermakan). Apabila bayi mula menghisap pada puting ibu ini, susu dari botol akan dialirkan ke dalam tiub dan bayi akan menikmati susu ini seolah-olah susu tersebut terpancut keluar dari puting ibunya. Dalam masa yang sama, hisapan bayi akan menstimulasi puting ibu dan seterusnya akan merangsang payudara ibu tersebut untuk menghasilkan susu secara semulajadi.

Happy breastfeeding untuk ibu2 di luar sana, semoga berjaya menyusukan anak masing2....hingga 2 tahun...amin... :)

Salam ikhlas,

~atia~ a.k.a zahirahzainal

NOTA: Tertinggal sesuatu,ibu di atas telah terlebih dahulu diberikan pil hormon bagi merangsang pengeluaran susu. Sila dapatkan nasihat pakar terlebih dahulu ya. "Happy breastfeeding" :)



15 ulasan:

ASHIKIN berkata...

mulia betul ...
follow ur blog..

zahirah zainal berkata...

ashikin~ Tq... :)
betul!...semoga susu dia melimpah ruah buat anaknya...amin...

Azrina berkata...

Zahirah,

Saya mempunyai adik ipar yg mengambil anak angkat semasa Jasmin berumur lebih kurang 5 bulan dan skrg adik ipar berjaya mencetus susunya sendiri. Tetapi kena ingat ya...kita tak boleh memberi harapan yg terlalu tinggi kpd ibu yang tidak pernah hamil sbb susu tidak akan keluar seminggu 2 bahkan sebulan 2. Kes adik ipar saya dia dah pregnant tetapi gugur (actually dia dah lalui prosedur IUI 3x), disahkan tidak dpt mengandung secara natural ttp saya percaya pada Allah, kalau dia nak beri, dia pasti akan beri cuma kita kena byk berusaha, berdoa dan tawakkal. Mmg dia x perlu tunggu lama nak adakan susu sbb dia pernah hamil. Tetapi untuk mendptkan 5 feeding tu mmg payah sebab Jasmin dah minum 6-7oz formula so dia mesti cuba dptkan amount sebyk itu utk Jasmin kenyang. Penggunaan SNS tidak boleh disarankan tanpa khidmat nasihat LC sbb tidak semua bayi akan 'menyukainya' contoh anak angkat yg tidak pernah merasa menyusu dari puting ibunya. Kak Norhaslina salah seorang PC mmg fokus untuk induced lactation sbb induced lactation bukan mudah sprt relaktasi.

Jasmin mmg menolak utk guna SNS walaupun bila dia hisap susu formula tu keluar sbb dia tak biasa dgn puting susu manusia yg asli. Mmg dia reject gila2 dan adik ipar saya mmg tak beli sbb ia akan ajdi membazir. First, ibu angkat mmg kena ajar anak angkatnya latch tetapi jika semua usaha2 dah buat dan tidak menghasilkan kejayaan terpaksalah dia jadi exclusive pumping mcm adik saya. Mmg nakdpt 2oz pon sgt susah kena kumpul berhari2.

Apa pun saya harap zahirah terus support ibu yg nak induced lactation tu, semoga ibu tu terus cekal dan kuat smgt.

Gud luck!

zahirah zainal berkata...

Azrina~ thanks 4 sharing...Memang bukan mudah nak menyusukan anak angkat dgn jayanya...Tapi, jika semangat yg tinggi serta yakin kepada rezeki Allah insyaallah, setiap perkara pasti berjaya...

Tahniah pada adik ipar, coz sangat tabah memerah susu walaupun nak capai 2 oz pun susah... So, harap2 mummy2 cute di luar sana, sila ambil iktibar dari kisah ini...Ibu angkat pun, sanggup bersusah payah berusaha untuk menyusukan anak...Inikan pula kita yg memang si bayi comel itu darah daging sendiri...
Selamat menyusu! :)...

Effa berkata...

Salam,
im speechless. thanks for sharing info ni.. sgt2 berguna to me :). kita bakal dapat baby angkat this mac, so excited nak dpt baby. and dalam masa yg sama kita mmg berniat nak BF baby angkat sendiri. buat masa ini, kita kumpulkan kekuatan dari segi fizikal & mental untuk berjaya mcm awak. selain tu, kita juga buat rujukan daripada pengalaman orang & tanya pendapat. posting ni sedikit sebanyak telah membakar semangat kita untuk teruskan usaha ni dengan lebih lagi... ♥ inshaallah

bercadang utk mencuba SNS juga ~.
thanks again :)

Tanpa Nama berkata...

salam,

sy jugak sedang berusaha menyusu anak angkat sy yg berusia 1 1/2 bulan hari ni. sy baru dptkan electric breast pump. susu pun baru mula keluar, tp tak banyak sgt.
skrg ni sy teruskan makan pil motidone utk keluarkan susu. sy jugak mencari petua-petua yg boleh digunapakai untuk memperbanyakkan susu.
semoga usaha saya ini akan membuahkan hasil. InsyaAllah.
-zura-

Azira Roseli berkata...

Salam,

Saya tengah berusaha menyusukan baby angkat saya..walaupun makan pil motilium tetapi masih belum ada perubahan pada payudara saya..sekarang tengah mencuba pil domper..soalan saya, selain pil2 tersebut, pil apakah yang boleh menghasilkan susu badan bagi ibu2 yang mengambil anak angkat??

Baby saya sudah masuk dua bulan dan saya tengah berusaha mendapatkan susu. Walaupun bekerja, tetapi saya akan berusaha mendapatkan hisapan bayi kurang2 5 kali hisapan..Insyaallah..doakan saya berjaya dan saya mendoakan kalian juga..Fighting!! :)

Rose Eyra - Shah Alam

no^ain berkata...

Salam,

Saya mempunyai anak angkat yg kini berusia 11 bulan...saya baru menjaganya 2 bulan...kini saya ingin menyusu nya,akan tetapi saya tidak tahu bagaimana cara yang betul untuk menghasil kan susu,kerana saya selama 5 tahun saya kahwin, saya masih belum dikurniakan zuriat...harap puan-puan dapat membantu....dan terima kasih di atas info2 di atas....amat membantu saya dan menambahkan semangat saya...terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Terharunya...menambahkan semangat untuk usaha perbanyakkan susu...saya EP mom...

Unknown berkata...

salam..

nak tanya.. kalau dah pernah menyusu, pastu berhenti, tp terdetik nak menyusu baby balik, boleh ke? baby skrg dh 8 bulan (baby prem)...

Tanpa Nama berkata...

sy pn ad ank angkat tp mse ambil ank angkt tu sy ad mkn ubt gak tp susu xkluar bnyak ... sbb sy just mkn ubat je... cmne cara nk ade kn susu bdn balik ye...

Farha IbuCergas berkata...

Salam, sorry interrupt.
Saya baca sampai banyak kali entry ni.

Ibu yang nak susukan anak angkat die tu, just berlatih perah je ke ya? sedengarnya dalam menjayakan proses ibu menyusu ni, macam perlukan ibu angkat tu ambik hormon seolah2 dia pregnant jugak..


kompius jap. tapi kalau dah rezeki apa salahnya kan. Cume nak tanya jek betul ke kakak tu just berlatih je? MasyaAllah hebat betul jika gtu!!

Mar Mansor berkata...

baby saya dah 2 bulan setengah saat saya menaip komen ini,,,lepas lahir hingga sebulan masih menyusu badan hingga signal2 negatif sampai, dan saya beli susu formula untuk puaskan hati orang sekeliling.lagipun anak saya perlu dilatih menggunakan botal bila saya naik kerja nanti.hingga hari ini saya tetap berusaha pam susu setiap 3 jam..dan sering berkata..saya ada susu..susu saya cukup untuk dia tapi hasilnya tetap sikit,setengah oz je.tapi saya tetap bersyukur dah tak patah semangat lagi. tempat kerja pon saya pam,,keluar angin pun takpe..
moga usaha saya membuahkan hasil satu hari nanti. doakan saya..saya berharap dapat susukan anak saya seperti ibu-ibu lain.

MuTiaRa HaTi berkata...

assalamualaikum sy ade anak angkat skrg dah 2bln..sy ade jgk mkn motillium tpi susu xkeluar lpst sy jmp doc.doc bgt sy ssh nk kuarkn susu sbb hormon xstabil sbb sy ade hyperthyroid..ade x cara yg lain sbb sy mmg nk susukn bby smpi 2tahun

Naila salsabella berkata...

Salam...saya Dr shah Alam...13 thn kwin,mncari baby xkisah taraf n jantina...WhatsApp 0198234285

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...