My F.r.i.e.n.d.s

Selasa, 23 Disember 2014

PENTING: Berpantang & proses belajar kemahiran breastfeeding

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam sayang dan rindu dari saya buat semua pembaca setia blog tidak seberapa ini. Semoga ia sentiasa bermanfaat buat anda semua selagi ia masih berada dan wujud di ruang maya ini. Insyaallah... :)

Dah beberapa hari tak sempat nak update blog disebabkan busy membalas email mummy2 jelita semua dan thanks so much kepada semua mummy yang still continue 'consult' bersama saya (update terkini di sini https://www.facebook.com/menyusuituindah). Mana-mana mummy yang berminat boleh baca lanjut di sini dan mohon daftar awal, sebab setiap hari ada saja mummy yang join dan mummy jelita semua harus Q maklumbalas mengikut siapa yang terawal ya. Insyaallah, segala maklumbalas terbaik akan diberikan sebagaimana saya meletakkan diri saya di tempat mummy yang sedang 'struggle' sekarang ni. :)

Ok, pada kali ini saya nak tekankan tentang pembelajaran penyusuan ketika berpantang. Memandangkan ramai juga mummy yang sedang berpantang ketika ini, so saya nak share sikit ilmu saya yang tidak seberapa supaya dapat memantapkan sikit ilmu first time mummy dalam dunia breastfeeding nih.

Proses breastfeeding ketika berpantang boleh dipecahkan kepada:

  1. Proses pengenalan dan latihan
  2. Proses peningkatan skil menyusu
  3. Proses penyediaan kelengkapan sebelum mula bekerja


Ok, jom saya explain lanjut sikit ya.

Proses breastfeeding ketika berpantang boleh dipecahkan kepada:

Proses pengenalan dan latihan
Mulakan belajar teknik menyusu yang betul iaitu cara 'latching' (teknik lekapan mulut bayi). Untuk mummy yang mempunyai masalah 'inverted nipple' memang agak struggle, tetapi usah risau, ramai mummy yang mempunyai masalah yang sama telah berjaya meneruskan penyusuan bayi mereka sehingga 2 tahun. Anda boleh gunakan picagari yang telah diubahsuai (boleh dapatkan dari klinik kerajaan) untuk menarik nipple anda sebelum setiap kali ingin menyusu. Dan insyaallah, lama kelamaan, nipple tersebut akan timbul.

Kemudian teknik 'position'. Pelbagaikan position menyusu anda (ada macam2 gaya. Pilih yang paling selesa untuk kedua-duanya). Terutama cara menyusu ketika berbaring mengiring (untuk mummy yang pertama kali kebanyakannya menyusu sambil duduk kan... :D. Takpe...biasalah tu, mula2). Teknik menyusu baring ni, paling bahagia dilakukan ketika waktu malam atau ketika mummy pun tidur di sebelah baby. Cara penyusuan ni paling best, sebab mummy dapat breastfeed dengan lebih relaks.

Pastu, belajar kesan kehadiran LDR (Let Down Reflex) pula. Setiap kali menyusu, kalau u ols perasan ada certain minit, tetiba je susu macam mengalir lebih laju kan. Tu dia lah tu... Kalau boleh ada digital time lagi best. Supaya nak kesan time mengepam nanti, sama tak waktu kehadiran dia. Kadang2 kalau kita belum sesuaikan diri dengan pam tersebut, memang mengambil sedikit masa. So, takyah panik kalau tetiba mula2 pam susu, keluar ciput tu perkara biasa. Tu bukan membuktikan hasil sebenar susu kita ya. Semua ni perlukan LATIHAN.

Dah tu, kalau ada masa tengok juga jarak anak menyusu berapa lama, n berapa lama setiap kali dia nyusu. Kebanyakan mummy mula2 kadang2 sampai 30 minit sekali nyusu pada setiap kali. Itupun perkara biasa. Setiap dari kita dan baby adalah unik, so takyahla beza2kan diri kita ngan 'Mak Jemah' sebelah rumah menyusu 10 minit anak dah kenyang. Tu takpe. Kita- kitalah kan. Sebab tu saya kata ni semua perlukan latihan. Maybe LDR dia hadir cepat. So, berlatihla sepuas hati time berpantang nih!. Jangan lepaskan peluang, sebab bila u ols dah start kerja dah mula bz dah... Percayalah...

Proses peningkatan skil menyusu 
Proses ni hasil lanjutan dari teknik yang telah disebutkan di atas tadi. Cuma yang ni lebih kepada kita memantapkan skil tersebut dengan cara mempercepatkan segalanya. Cuba review daily peningkatan tu (kalau boleh). Jangan tunggu dah dekat 60 hari baru nak semak skil kita. Kalau dapat mula awal lagi bagus. Tapi ni semua santai2 je. Takyah panik2 sangat. Actually skil yang saya sebutkan semua tu, biasanya u ols akan kesan sendiri bila dah semakin arif tentang breastfeed nih..Cuma saya sebutkan juga untuk u ols, sebagai panduan jalan pintas untuk mummy pertama kali breastfeed. So, untuk those yang dah expert, layankan jelah yea... :)

Kemudian, dah mantapkan skil di atas tadi, sambil2 tu apply ketika sesi mengepam pula. Gerak kerja sama, cumanya kali ni permintaan susu menggunakan pam. Yang ni pun agak 'struggle' for first time mummy. Memang diakui agak mencabar sikit untuk sebahagian mummy. Tetapi, boleh je. Insyaallah!

Pastu pam pun, mudahnya kalau mummy malas nak berjadual, mummy ikut je jadual baby. Pam setiap kali lepas baby menyusu. Memang mula2 dapat sikit, sebab susu ambil masa nak produce. Tapi u ols tahu tak, bahawasanya susu kita sentiasa dihasilkan pada setiap saat. Even lepas nyusu, kita rasa breast cam dah kosong, n tak berat pun, tapi percayalah, bila u ols dah mantapkan skil hadirkan LDR tu, pada minit ke berapa biasa dia kuar tu, nanti susu tu akan mengalir pada ketika tu. Pancutan LDR ni membantu dalam 0.5oz- 2 oz pada setiap kali ia datang. So, berlatihla ketika time berpantang nih ya. Jangan lepaskan peluang ni. :)

Dah tu, time nak sediakan bekalan stok susu ni, cuba mudahkan setiap perkara. Cara saya:

  • Steril siap2 alatan pam dan botol susu pada waktu malam (contoh 12 malam)
  • Pam pada setiap kali, tak kisah berapa hasil yang dapat, simpan terus di peti bahagian bawah. (biar banyak botol takpe, contoh 5 kali pam, 5 botol). Susun je elok2 dalam peti tu.
  • Tak perlu cuci corong pam setiap kali pam sehingga 24 jam/ 12 malam nanti. (Simpan terus dalam peti sejuk bawah, n gunalah banyak kali dalam masa 24 jam. Pastikan sentiasa menjaga kebersihan).
  • Suhu sama sejuk kesemua susu tu, malam nanti (contoh 12 malam, sama waktu dengan steril peralatan pam) baru satukan susu tu ikut amaun untuk dihantar ke pengasuh nanti (contoh 2.5oz/ 3 oz).
  • Boleh juga kalau nak isi 5 oz sekali masuk (sebab nak jimat space/ bekas storage). Tapi dah start kerja nanti, pastikan dah cairkan susu tersebut, pindahkan dalam botol ngam-ngam 2.5 oz/ 3 oz pada setiap botol. (Part yang ni, nak mudahkan urusan pengasuh kita pulak. Elakkan susahkan mereka. Nyampah jer dia, kalau kita suh dia lak amik sikit2  n asingkan susu tu... :p )

Proses penyediaan kelengkapan sebelum mula bekerja

Setelah step di atas diikuti. Ingin di 'highlight' beberapa perkara:
  • Pastikan rumah pengasuh mempunyai peti ais (jangan terkejut, sebab ada mummy yang mengadu rumah pengasuhnya tiada peti ais. Macam tak logik juga. Maybe pengasuh tu taknak susu kita bercampur dalam peti ais dia, tu alasan terhormatlah kiranya...Wallahualam. :)). Kalau tiada peti ais, tidak mengapa, sediakan 'coleman box' yang kecil tu dengan beberapa ice pack. Lebih banyak icepack lebih tahan sejuknya.
  • Peralatan mengepam semua telah lengkap n berfungsi dengan baik. Maklumlah, dah start bekerja nanti, dah start busy. So, pastikan pam anda dalam keadaan ok n anda pun telah mahir menggunakannya.
  • Milk storage the best is plastic milk storage bag. Sebelum ni, ramai mummy guna botol susu, bekas dadih, tupperware kecil n macam2 lagi kan. Takpe, ikut keselesaan masing2. Tapi, my personal experience, ialah beli je YHAB milk storage bag (100 pcs/ RM29.90). Mudah, murah n jimat space kalau bekukan secara leper. Then, beli je plastic seal kuih tu. Dalam tak lebih RM30 juga. Sebab kalau  ikat pakai gelang getah, nanti kurang jimat space juga. (dia akan jadi gelembung). Kenapa saya cadangkan milk storage bag ni, sebabnya, dah habis pakai, leh buang je terus. Pastu takyah nak buang masa, cuci semula n fikir mana tempat nak simpan botol susu/ bekas dadih, tupperware n lain2 tadi. Dah naik ofis nanti, silap2 habis kita guna bekalan stok susu tu. Yang botol susu beratus2 botol kita beli dulu tu, bolehla buat gantung2 cam tirai tu untuk dijadikan perhiasan. Hehe..gurau je...
  • Botol susu untuk kegunaan rotate hantar rumah pengasuh n kegunaan mummy sendiri untuk simpan susu perahan 10- 20 biji botol susu dah cukup. Takyah beli banyak2. :)

NOTA: Bila mummy dah start bekerja, kebiasaannya penghasilan susu akan lebih teratur dan maintain iku demand. Jarang kita dapat menyediakan bekalan stok lebih seperti waktu kita berpantang. Biasanya, bila dah start kerja nanti, kita cuma maintain kan bekalan stok kita dengan rotate penggunaan susu fresh (baru perah) dan stok beku dalam nisbah lebih kurang 1:5 (1 botol stok beku: 4 botol susu fresh) yang akan dihantar ke rumah pengasuh. 

Memang ada sebahagian mummy yang masih boleh menyediakan stok lebih dari permintaan baby. Tapi kecil sangat % nya. Ataupun kadang2 kita sendiri kalau tersilap makan (milk booster), tetiba susu terhasil luar biasa banyak, ahh..time ni stok memang terlebih. Tapi, bukan setiap hari. Kadang2...So, bersiap sedia ya. ;)

Ok, sekian sahaja setakat ini. Moga bermanfaat untuk first time mummy especially yang sedang berpantang. (Psst...actually tetiba teringat kat Nurul Amirah, TBSB yang sedang berpantang n this entry specially dedicate for u. "Selamat mengumpul stok ya! :)").

Jumpa lagi mummy jelita sekalian,

Salam sayang,

atia


# Diizinkan share di facebook/ blog atau mana2 sahaja media sosial untuk manfaat rakan tersayang. Mohon disertakan link rujukan ya. TQ all. :)


2 ulasan:

Ainniah Zulkefli berkata...

:)
sangat suka baca entri ni. lengkap!
walaupun saya sendiri ada pengalaman kumpul stok sendiri, dan sampai skrg still breastfeeding (Alhamdulillah...), tapi saya tetap suka baca info2 pasal breastfeeding.

sangat kagum dengan semangat admin. :)

len kali nak mai sini lagi. nak baca entri laen. best!

Support breastfeeding! :)

jemput ke blog sy jugak.

ainniah.com

IBU PUSPITA berkata...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...