My F.r.i.e.n.d.s

Isnin, 8 Ogos 2011

Apa dah jadi? Trend makan "milk booster @ penggalak susu" semakin menjadi-jadi!...

Salam ramadhan kepada semua mummy2 cantek di luar sana! :)...

Aduh...apa dah jadi ni. Aku tengok sekarang ni, trend makan milk booster semakin menjadi2. Pihak yang sedang mengaut keuntungan pun, menjadi2 iklankan stok2 milk booster untuk mummy2 yang beriya sangat nak breastfeed anak mereka, terutama bagi yang first time breastfeeding.

Percaya tak, mummy2 yang sedang hamil kat luar sana tu, belum bersalin lagi, dah sibuk2 fikir N cari nak makan milk booster apa yang terbaik. Sebab takut tak cukup susu punya pasal. Belum bersalin, dah buat persediaan untuk "breastfeeding" sampai begitu sekali. Huii..dasyat betul. Aku dulu masa anak first pun tak macam tu. (walaupun dalam hati risau bangat kot2 breast tak keluar susu). Maklumlah, kan mama aku dah pesan, "keturunan kita, keturunan tiada susu."

So, macamana ni? Apa penyelesaiannya? Jom baca nasihat N penerangan aku sampai habis k! :)...

Pertama sekali, FAHAM DULU, bagaimana susu ibu terhasil. Ini asas. Siapa tak mau amik tahu, memang rugilah. Kalau tak kuat, mungkin perjalanan breastfeeding akan berhenti di tengah jalan.

Susu ibu terhasil daripada rangsangan bayi itu sendiri. Bila anak mula menghisap susu, secara automatik, otak akan menerima arahan dari kilang2 susu, supaya menghasilkan susu. Sila tengok jap gambar di bawah. Mesti mummy boring tengok gambar ni aje, nasiblah.... Sekadar nak beri gambaran je ni. Takut ada yang tak nampak bayangan tentang apa yang aku jelaskan tadi.

So, mummy nampak tak kat sini, bahawa susu ibu yang terhasil, memang berkait rapat dengan otak (fikiran kita). Sebab tu, kalau kita hantar signal yang salah, seperti kurang susu, tiada susu, anak lapar, susu tak cukup dan sebagainya. Itulah yang akan terjadi. Sebab, kilang susu tu, ikut perintah dan arahan dari otak. Dah otak kita kata susu tak cukup, yelah tu...Memang takkan cukup.

Lagi satu, mummy perasan tak, N pernah dengar tak, ada mummy2 yang mengadu, dah makan milk booster macam2, susu kurang jugak! Ada pulak yang cakap, susu ibu rezeki masing2. Memang betul, semua rezeki ditentukan Allah. Tapi, Allah juga takkan mengubah nasib sesuatu kaum, selagi kaum itu tak nak merubahnya.

Kan aku dah pesan, pasal "breastfeeding" ni, ianya bersifat semulajadi serta fitrah manusia. Macamana, perempuan ditakdirkan boleh mengandung dan bersalin, begitu juga dengan menyusu. Insyaallah, kalau kita dah pasang niat yang betul, pasti akan berjaya!

Kenapa aku sebut pasal, " Allah juga takkan mengubah nasib sesuatu kaum, selagi kaum itu tak nak merubahnya." Sebabnya, kenapa mummy masih percaya pada benda2, cakap orang N sebagainya. Kan aku dah pesan, jangan percaya pada benda2 tu semua. Anggap apa yang kita lakukan, bila makan milk booster tu, ianya sekadar, usaha dan ikhtiar kita. Bukan dek kerana milk booster tu yang berkesan! Sebab tu, niat menyusu ni, tanamkan di dalam hati, sebaik saja kita disahkan mengandung. Banyakkan berdoa serta berselawat, mohon pada Allah agar dikurniakan rezeki menyusu yang melimpah ruah.

Kadang2 aku 'confuse' jugak ni, mummy2 yang susah N kekurangan ilmu dan wang, takde pulak alami masalah kurang susu ni. Terbalik lak ngan mummy2 yang berpendidikan tinggi N terlebih wang. Sebabnya, mummy2 yang kat luar ni, mudah terpengaruh dengan iklan2 atau cakap2 orang. Berbanding dengan mummy2 yang dok kampung (orang2 susah), walau ada iklan susu menarik camana pun, dia tetap tiada pilihan lain. Nak tak nak, terpaksa gak nyusukan anak diorang, sebab duit takde. Mungkin 'kekurangan duit' tu, adalah 'milk booster' diorang kot. Sebab, otak diorang secara automatik dah hantar signal, ANAK AKU NI, TIADA SUSU LAIN SELAIN SUSU IBU. (ini jelah yang mak mampu beri... minumlah nak, mudahan kamu kenyang...)

Sebabnya aku marah sangat ni, aku dulu pun terlibat sama (masa anak first)! Sibuk makan itu ini, beli itu ini, nak kasi susu banyak punya pasal. Sampai kena sound dengan "akak kat ofis, ni apa yang bau busuk nih! Bau herba apa ni!"

Terkenang kisah2 lama, nak tergelak pun ada, sebak pun ada. Macam2 cabaran yang aku hadapi. Bukan mudah nak memulakan penyusuan hingga berjaya ni. Tambah lak, kita ialah orang yang pertama pencetus rovolusi baru kat ofis, menyusu anak sepenuhnya, tanpa campur setitik pun susu formula. Sedih wey...kalau nak citer.... ;(

Next time aku akan citer, apa yang telah aku lalui, yang sangat2 aku ingat sampai ke hari ini.

So, kesimpulannya, aku nak pesan, jangan kelam kelibut sangat cari N makan milk booster macam2. Makan je makanan berkhasiat, yang penting, jaga solat, dan hubungan dengan Allah, supaya doa dan harapan kita dimakbulkan olehNya. (peringatan untuk diri sendiri ni....! )

Selamat menyusu, semoga anak2 kita menjadi anak2 yang soleh dan solehah...amin...

Salam sayang dan ikhlas,

~atia a.k.a zahirahzainal~

25 ulasan:

idamurni berkata...

Milk booster ? Ramai gak yg dok cadang kat saya beli produk tu lah ini lah... yg mahalnye kemain.
Teringin jugak memula nak beli.. Tp hubby kata takut dah beli x makan pulak .. bazir jer.
Skrg ni sy cuma banyakkan minum soya, kurma & mkn habbatussauda ... Harap2 membantu.. Insya Allah.

Tanpa Nama berkata...

sy rs.. bulan puasa mcm ni susu lg byk.. sebabnya.. sy pernah terbaca yg biasanya pd bulan puasa.. susu kita akan jd kurang lemak..(bergntung pd pemakanan kita la..).. so sy rs bila lemak berkurang..baby akn cpt lapar dan kerap menyusu...dan mcm biasa sprti yg sll disebut pn. zahirahzainal..bila baby menyusu n cik B kosong.. kilang akan proses susu lg..lg kerap baby menyusu lg kerap la proses refil tu berlaku...

Cinnamoroll berkata...

nak citer sikit pengalaman sy...ms ngandungkan yg sulong sy n suami x pernah berbincang atau berfikir nak susukan baby samada susu tin or susu dada. Yg kami doa & harap hanyalah agar sy dapat bersalin dgn mudah & selamat. Bila baby lahir, dr apa yg sy baca kat majalah misi akan ltk baby kat dada kita dulu lepas siap segala dia akan berikan baby kat kita utk disusukan dgn susu dada. Tapi itu tak terjadi pada sy. Sebaik baby dilahirkan, mmg baby diberikan sekejap pd sy utk didakap tp kemudian diambil misi. Ianya berlaku krn masa tu wad penuh & semalaman sy tido di dewan bersalin.
Keesokan ptg tu baru sy dihantar ke wad. Depan katil sy ada sorang kakak yg baik hati. Dia tgk sy terkial2 nak susukan baby, baby pulak tak henti2 menangis & merengek. Dia pun dtg kat sy. Dia minta keizinan utk merasa breast sy samada ada susu atau tidak. Ada isi dan berat katanya, maknanya sy punya susu. Tapi kenapa baby tak nak tido walaupun setelah berjam2 lamanya menyusu? Semalaman sy nyusu baby tanpa henti, asal sy letak jer dia nangis. Bila balik kerumah mak pun cenggitu. Sekali tu kakak sy dtg melawat bersama rakannya seorang. Bila dia tgk baby asyik nangis jer dia pun cakap, “baby tak kenyang kot, ko tak de susu tu...” Sy pun perah guna tangan, memancut keluar, tambah lagi masa tu baru lepas berurut. Tak de susu apanya sekali perah terus memancut sy kata. Kakak sy tetap bertegas yg baby sy tak leh tido sbb tak kenyang. Kebetulan rakannya tu pulak punyai 4org anak lelaki, jd kakak sy jadikan dia sebagai panduan. Katanya anak lelaki mmg kuat nyusu mmg takkan cukup dengan susu badan shj. Maknanya mesti kena support dengan susu tin. Sy fikir mungkin yer lah kot, sy pun masa tu tak mengexplore sgt pasal susu badan ni...tp krn suami takde disisi sepanjang sy berpantang, duit belanja pun berapa sen jer dia bagi, sy pun takdelah nak gi beli susu tin. Sy senyap jerlah. Nak pinjam dgn mak malu, kedai dgn umah pun jauh, nak kena tunggu abah balik keje ntah kul bape baru leh gi kedai. Abah sy keje bawak limo jadi waktu balik keje tak menentu. Jd sy terus menyusukan dengan susu badan. Nak beli susu tin pun sy tak cukup duit inikan lagi nak beli produk tambah susu. Breast sy pulak kerap bengkak penuh susu. Masa tu bodoh alam lg, tak tau yg kalo baby kerap nyusu lagi byk susu produce.
Mak saya pulak membesarkan anak2nya dgn susu tin. Jadi mula2 mmg mak bising. Pendek kata sy memang tak dpt sokongan langsung. Suami pulak keje jauh tiada disisi. Sy cuma makan benda2 biasa jer, tp sayur mesti ada. Seminggu mak sy ambil cuti menjaga sy yg baru bersalin ni. Lepas seminggu mak sy pun mula kerja semula. Tinggallah sy dan baby berdua siang hari. Alhamdulillah, senang pulak sy jaga baby. Elok jer dia tido.
Alkisahnya, anak sy yg sulong ni perangainya kalo tido mmg tak leh bising langsung. Telinganya over sensitif. Padanlah kat spital dia tak leh tido dek baby2 yg lain nangis, ngan misi jalan berborak2, tolak troli lg. Kat umah mak pun cenggitu jugak, sbb sy tido kat depan tv, dekat pulak ngan dapur. Kalo mak wat keje kat dapur mesti dia jaga. Sampaikan susah sy nak letak dia tido ditempatnya sendiri, sbb kalo sy gerak nak bgn mesti dia sedar. Haiqal ni jenis yg mudah terjaga dan terus menangis. Mungkin dia dah terbiasa masa dlm perut lagi dgn senyap sunyi sbb masa mengandungkan dia sy memang tak suka bising langsung. Tgk tv pun seperlahan yg boleh. Perangainya yg tido tak leh bising itu terbawa2 hampir ke usianya 2thn. Jadi kesimpulannya, bknlah dia tak cukup susu, cuma dia tak leh tido kalau bising. & tempat yg paling selamat baginya masa itu adalah berada dekat di dada ibunya:)

Tanpa Nama berkata...

ya.. sy setuju dgn pn. cinnamoroll...sbb anak sy pun mcm tu.. smpaikan kalo dia terbuang angin pun dia leh terkejut n terjaga...

Naa Anilzah berkata...

insyaAllah.. menjaga hubungan dengan Allah itulah yang paling penting... thanks kerana mengingatkan saya dan yang lain2..izinkan sy share kat fb ye

fairiz ❤ ashnani berkata...

salam...sayalah antara orang yang terpengaruh dengan segala milk booster ni...tp tak berkesan pun..mujur tak terpengaruh dengan milk booster yg mahal2 tu kann..anak 1st...experience tak seberapa...skrg saya amalkan kurma + susu (tgk mood..kdg2 anlene...kdg2 dutchlady)...yang penting doa..semoga apa yang saya bekalkan untuk anak, cukup untuk dia...

Tanpa Nama berkata...

Sy nak tnya la..maaf la kuar topik sket..pas sy pam susu kt ofc, sy simpan dlm freezer ofc(beku)..tp susu tu xsempt beku sgt pun bila sy nak bw balik umh then trus simpan dlm freeze(beku) betul x cara sy tu?

*Sy akn cuba fully bf ank ke2 ni..coz yg 1st bf+susu frmla..ms ank 1st tu sy kurg ilmu tentg bf ni..hope kali ni semagat sy kuat..
~fyza~

zahirah zainal berkata...

idamurni~ insyaallah, asalkan kita makan makanan berkhasiat, kerap menyusukan N mengepam, susu tetap cukup untuk anak. Insyaallah...semoga melimpah ruah susu ida...amin... :)

zahirah zainal berkata...

tanpanama~ Betul tu, hikmah berpuasa ni, lagi banyak pulak hasil susunya (bgtug pd individu). Semua tu kuasa Allah. Memang betul, kalau time berpuasa susu kita kurang lemaK, tapi SUSU IBU TETAP YG TERBAIK! Komposisinya tetap yg terbaik,lengkap serta KHUSUS untuk bayi.
So, jangan lepaskan peluang menyusu selagi diizinkan Allah... :)

zahirah zainal berkata...

cinnamorol~ sebakla baca pengalaman nih! minta izin share kat blog ye...
Bangga kat nad, sebab wpun dikelilingi dgn situasi yg tak support breastfeeding, tapi, TETAP TABAH meneruskan breastfeeding. Tahniah! :)

zahirah zainal berkata...

naa anilzah~ Silakan...terima kasih... :)
Sy selalu ingatkan diri sendiri, bukan apa, sbg manusia kita mudah terlupa. Bila dah sibuk dgn urusan dunia, dan berbual ttg urusan duniawi, mesti kita akan terlari dari memikirkan Allah secara tak sengaja. Sedangkan, "akhirat" itulah kampung kita nanti...

SEbab tu, sy excited sgt galakkan ibu2 supaya menyusu, sebab banyak pahala serta manfaatnya. :)...

SElamat menyusu N semoga setiap titis susu kita, menjadikan anak2 kita anak2 yg soleh dan solehah...amin...

zahirah zainal berkata...

fairizashnani~ alhamdulillah kalau dah sedar tentang milk booster ni, yg penting doa dan menyusukan bayi sekerap mungkin. Kalau mampu beli, nak cuba makan MB tu tak salah pun sebenarnya. Cuma nak ingatkan mummy je, pasal faktor kejayaan penyusuan, bukan bergantung pd milkbooster, tp kekerapan penyusuan dan mengosongkan breast tu, betul atau tidak. N paling utama, kena hantar signal yg betul pd otak...Dengar macam mudah, tp sebenarnya tak semudah yg disangkakan.

Semoga berjaya menyusu hingga 2 tahun...Amin...:)
(Jangan risau2 tau, insyaallah, kalau betul caranya, pasti cukup susu kita)

zahirah zainal berkata...

fyza~ Tahniah sebab dah pasang niat nak fully breastfeed, semoga berjaya tau!

Pasal susu perahan kat ofis tu, janagn simpan peti beku dulu. Balik rumah baru letak peti beku. Sementara kat ofis, simpan bahagian bawah je.

Supaya nutrien susu tu dapat dikekalkan pada suhu yg optimum. Susu ibu kan banyak mengandungi bakteria baik serta sel2 hidup yg penting untuk tumbesaran dan antibodi bayi.

Susu perahan segar kan, suam je suhu dia, pastu terus masuk peti beku. Terencat terus sel2 hidup dalam tu, dikhuatiri kita secara tak sengaja dah memusnahkan dia.

Pasni, simpan je dalam peti bhgn bawah je k! Balik rumah baru transfer.

Selamat menguruskan stok EBM...! :)

Tanpa Nama berkata...

Thnks ats info tu..insylh smga niat sy nk bf sampi 2thn tercapai..
~fyza~

Mama Ayra berkata...

Sama-samalah kita berusaha berikan yang terbaik untuk anak2 kita. Susu ibu memang terrrbaikkk untuk nak kita :)

Love Razila berkata...

Tq kak atas nasihat and dorong pasal milk booster ni, saya saja mencari2 ape petua yg murah n ringkas tanpa bahan kimia bagai...most of them pakai product yg famos tp i prefer for easy to get like kurma, horlick etc.

Thanks a lot for the infomation.Love it =)

Ila May berkata...

salam semua.. Sronok share cmni.. Sy pon bru bsalin 1st bby..ibu muda..mmg xtau pape.xde planing susu2 ni..tp ble bsalin je trus tdetik nk full bf.. Alhamdulilah bby da 5bln msih boleh truskan,, tpi d cite milk booster ni mmg gram jgk ngn kakak ofis ni duk promot..last bli jgk sbb 1ofis..punya mkn mgkin xssuai susu kering..sgt sedih dn ttekan ms tu.. Lpas tu bt mindset bru, stop mkn suplemnt tu.. Bt cam biasa..syukur susu ad mcm sblom ni.. Kakak ofis tu hntam sy plak ckp sy xmkn ikut cra btul, suh sy mnum smpai 3-4 liter air shari.. Air tu mmg perlu sgt wlpn xmkn milk booster kn?? Hmm ntah la smpai skrg dia msih xpuas ati ngn susu yg sy hasilkn tnpa mkn suplemnt dia tu,.siap ckp susu sy cair, nnt bby xkenyg.. Sy pekak kn je smpai skrg... Ni la blog ptama sy bc yg xsokong milk booster..huhuhu.. :-) thnks sgt..jdi bsemangat.. Bby da cecah berat 7kg+++ bru msuk 5bln..dn dia nmpk sgt sihat dn cerdik..huhu terima kasih ya Allah.. Smoga mmberi smnagt pd ibu lain utk full bf sbb bby mmg nmpk beza ngn bby yg mnum susu frmula.. Tp cra pmbersihan dn pnympanan susu mst betol..

mekcumil berkata...

sonok bace entry ni... saya salah sorang ibu yg kurang susu....setakat ni full bf anak dah masuk setahun setengah...teringin gak la nak mkn produk milk booster tu tp tak mampu... so pam la 4 kali sehari, per sesi dpt la 2 oz utk bekalan anak di umah pengasuh..
Sedih tp saya kuatkan semangat....
camne eh nak setting minda ni kata susu byk....

Tanpa Nama berkata...

Kadang2..post2 mcm ni sgt melukakan hati ibu2 yg tak berjaya fullt breastfeed baby. Anak saya dah 2..2 2 terpaksa campur formula sbb susu saya sikit sangat. Saya amik bermcm2 milk booster dgn niat nak betul2 anak fully bfrrastfeed. Tp tak berjaya. Kalau boleh semua ibu nak fully breastfeed anak..usaha..smp breast melecet2 anak tak lepas sbb lapar..saya respect org breastfeed smp 2 tahun..tp jangan pandang rendah dekat ibu2 yang tak berjaya buat mcm tu :)

Tanpa Nama berkata...

Btol.. sy stuju.. sy smp berurut baru la akhirnya susu kluar.. walau pun lepas urut , bila pump susu 10minit susu bru setitik dua.. sedih sgt.. alhamdulillah skg ni bila pump 20minit untuk 2breast dpt 2oz.. sy tgh pantang hari ke 20 n baru berjaya simpan 4oz ebm.. doakan saya berjaya ye semua.. harap sgt dpt buat stok sblm masuk kerja..

zahirah zainal berkata...

Salam all, thx for all ur supportive comment. Really appreciate that! Kepada 'TANPA NAMA', pls take note, tidak pernah terniat di dalam hati saya untuk down kan ibu2 yang 'formula fed' baby. Apa yang saya tekankan ialah, ketika terdapat cabaran, cuba tepis sebaik mungkin dan bertanya pada rakan lain yang berjaya breastfeed. Sebab saya sendiri pernah ditimpa ujian:
NIPPLE BERDARAH/ MELECET
SUSU KURANG
SUSU TAK KELUAR
STOK SUSU HABIS

Semua dah rasa. Tapi saya tetap pertahankan untuk teruskan penyusuan. Kalau saya tak kuat semangat, mungkin saya pun akan gagal separuh jalan. Wallahualam.

Saya doakan semoga puan dilimpahkan Allah susu yang banyak dan berjaya menyusukan anak seterusnya hingga sampai 2 tahun. Amin...

hanin berkata...

Alhamdulillah..sy sudah punya 4 Ank..berjaya mnyusu shgga 2 tahun..xdnafikan ..environment sgt2 mmbntu. Pelbagai cabaran dhadapi... Mmg bukan mudah..perlu disiplin Dan banyan sabar.

ieza beledza berkata...

Sy pun sama...dr anak 1st sy x de susu...anak 1st, mggu pertama je ada...lps tu kering...nk kata makan jamu, pun tak....ni anak ke 2, mggu ke 4 still ada tp last2 pump kuar setitik dua je...nk ambik milk booster, tp bila baca kat sini ramai gak x berjaya, malas la nk membazir...redha sahaja pemberian Dia...insyaallah ada rezeki lain utk anak2 sy

ieza beledza berkata...

Sy pun sama...dr anak 1st sy x de susu...anak 1st, mggu pertama je ada...lps tu kering...nk kata makan jamu, pun tak....ni anak ke 2, mggu ke 4 still ada tp last2 pump kuar setitik dua je...nk ambik milk booster, tp bila baca kat sini ramai gak x berjaya, malas la nk membazir...redha sahaja pemberian Dia...insyaallah ada rezeki lain utk anak2 sy

UmmiMadeena berkata...

Saya baru bersalin anak ke-7. Saya pn berazam & sedang berusaha untuk full bf anak yang ni. Yg sebelum2 ni banyak yang kurang berjaya. Huhu. Moga Allah makbulkan hasrat murni saya. Aamiin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...