My F.r.i.e.n.d.s

Isnin, 6 Jun 2011

Hasil susu ibu berkait rapat dengan mental dan emosi ibu! Walau makan milk booster apa pun!

Salam,
Kali ni nak citer pasal mental & emosi ibu. Mental & emosi kita ni, memang berkait rapat sangat dengan 'production' susu ibu. Tak kisahlah walau makan 'milk booster' apa pun. Atau pam berapa kali. TAPI, kalau dalam hati kita @ dalam kepala kita, mental dengan emosi tengah tak stabil @ bercelaru @ susah hati @ sedang bersedih, memang 'effect' pada susu ibu. Sama ada berkurang atau yang paling malang, susu tak keluar langsung. Pernah terjadi tak?
Aku sendiri pernah lalui, kalau tengah sedih, walaupun breast tengah penuh (bengkak), percaya tak, walau kita pam dekat sejam pun, susu yang keluar tak sampai 1oz. Dahla nipple jadi sakit, lepas tu, breast bengkak sampai macam nak demam. Baby minum pun, tak membantu. Kadang2 dia lak yang melalak sebab susu tu takmo keluar.
Pastu, tadi aku 'try' minum, air longan kurma (yang orang dok sibuk heboh2 boleh jadikan susu banyak@meningkat), tak membantu langsung pun. Sikit je aku dapat tadi. Adalah dapat tak sampai dalam 1 oz dalam 15 minit. Sabar jelah kan. Biasa leh dapat 4-5 oz. Hmm...(actually aku tengah bersedih la arini, ada something happen yang wat hati aku terluka.) Takpelah, lupakan...Semua yang berlaku disekeliling kita adalah ujian. Dan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ada kebaikan yang tersembunyi disebaliknya.
Aik..melalut lak aku arini. Dahla...lupakan...
Ok, kalau semua ni ada berlaku @ terjadi pada korang, aku nak nasihatkan korang supaya, teruskan saja sesi mengepam, ikut waktu. (Pls, jangan skip, sebab ingat konsep susu ibu ni, more demand=more supply). Kemudian, bawak2la hepi2kan diri. Atau pandai2 tenangkan diri, supaya flow susu tu lancar. Kalau tak pun, pernah terjadi, bila pam langsung tak keluar kan (pam angin). Kalau kes ni terjadi. Pam jugak, just untuk rangsang kilang susu supaya tetap produce susu. Oh, satu lagi, aku nak pesan, WAJIB semua ibu tahu macamana nak guna teknik 'marmet' (memerah susu guna tangan). Sebabnya, bila kita perah guna tangan, setiap urat susu @ salur susu tu, dapat dikosongkan dengan sepenuhnya, berbanding dengan pam manual/ pam letrik dan sebagainya. Sebabnya, setiap kali aku pam, lepas pam, aku perah gunakan tangan, biasa leh dapat sehingga 1 oz lagi setiap sebelah. Maksudnya, bila campur 2-2, leh dapat 2 oz lagi. (inipun setelah 'expert' gunakan tangan, mula2 dapat 0.5 oz je 2-2 breast). Lagipun, lagi kita kosongkan sepenuhnya breast kita. Lagi kilang kita aktif 'produce' susu sebanyak mungkin.

Ni dia hasil susu aku yg sikit (giler punya sikit...) tu...........>>>

***huuaaa...feels like want to cry... :(
Ok, sekian saja untuk kali ini.

Selamat berjuang dalam dunia breastfeeding ! :)....

2 ulasan:

Unknown berkata...

Salam ziarah...

Thanks atas perkongsian yg sangat bagus ini...

Saya pun tengah berjinak2 untuk fully b/f nih... Setakat ni Alhamdulillah, dah hampir 4 bulan... Moga2 dapat berterusan sampai 2 tahun... amin...

zahirah zainal berkata...

lady salwa~tahniah..anak kita dekat sebaya...anak sy dah masuk 5 bulan..Insyaallah, niat yg baik mudahan dimakbulkan Allah...amin...Jgn lupa buat stok sebanyak mungkin, spy di saat2 emergency (spt ketika berpuasa @ susu tgh merudum dapat kita gunakan sebagai back up).
Ok, happy breastfeeding!!!... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...