Salam,
Entri kali ni khas untuk semua ibu2, terutama yg pertama kali nak menceburkan diri di dalam bidang breastfeed ni. Kenapa aku sebut ingat sifir 3? Sebab sifir 3 ni, kita dah belajar sejak sekolah rendah lagi, N sentiasa terpahat dalam ingatan. Prinsip ni, aku yakin, aku ialah orang pertama yg memikirkannya. So, mana2 kalau korang jumpa, orang nasihatkan tentang prinsip ni, ia berasal dari aku, ok! :)
Prinsip sifir 3 ni, kita gunakan untuk "pumping session" iaitu waktu mengepam. Sebab aku guna prinsip sifir 3 ni, supaya korang mudah ingat N alert waktu mengepam korang. Idea aku gunakan sifir 3 ni disebabkan, jarak waktu mengepam yg paling maksimum ialah 3 jam. Ni untuk me'maintain' kan hasil susu korang supaya susu tidak berkurang. Selang masa ni, sama seperti jarak masa baby nak menyusu. Biasanya di awal2 kelahiran dalam 2 jam sekali baby menyusu, kemudian semakin meningkat umurnya, akan jarak 3 jam sekali (lebih kurangla...).
Paling simple, cuba setkan sesi mengepam korang pada waktu ini. (aku ulang lagi...padahal dah cite dah sebenarnya dalam entri yg lalu...tak pe, anggap as a reminder je...ok!) . Kita kan ada masa 24 jam. Tengok jam bulat tu, kalau kita bahagikan kepada 4 bahagian, kita akan nampak angka 3, 6, 9 dan 12 kan.
So, apa kata, setkan sesi mengepam korang pada jam ini;-
Sesi pertama: 9 pagi
Sesi kedua: 12 tengahari
Sesi ketiga: 3 petang
Sesi keempat: 6 petang
***Penting:
1. breast bengkak ke atau tak bengkak, memang kena perah..!!!.Sebab itu adalah cara kita merangsang kilang susu kita supaya sentiasa aktif. Sebab, walaupun breast tak bengkak susu akan keluar juga. Tak kira walaupun sedikit, janji, habis semua sesi mengepam, hasilnya tu, tetap cukup untuk anak kita.
2. Hasil susu setiap kali mengepam memang berbeza, takkan sama. Maksudnya hasil pam tu tak statik. Contoh hasil pam aku;-
- sesi pertama : 6-7 oz
-sesi kedua : 4-5 oz
-sesi ketiga : 4-5 oz
-sesi keempat: 2-3 oz
Ni hasil pengeluaran susu aku untuk 4 sesi (biasanya berubah2, kadang2 dapat antara 13oz hingga 18oz). Kita masing2 lain hasilnya, ada ibu yg banyak, ada ibu yg sikit. Sebab keperluan setiap anak berbeza. Jadi, jangan terpengaruh, ngan orang2 yg tengok hasil susu kita, pastu tegur, "cukup ke susu tu? " Jawab je, "insyaallah cukup...memang anak saya minum banyak ni."
3. Kalau ter'skip' waktu mengepam disebabkan hal2 lain yg menghalang, korang pam je antara masa tu. Contoh kalau waktu pam jam 9 pagi, tapi tgk jam dah kul 10.15 pagi, (masa pam, tetap perlu pam), so, hasil susu tu, anggap hasil untuk sesi pertama. Kalau, sesi jam 12 tengahari, terpaksa pam 1 petang (waktu lunch), anggap sesi yg kedua...dan begitulah seterusnya...
Rasionalnya sebab, kalau kita nak agak2 jarak 2/3 jam sekali perah. Contoh korang perah jam 10.15 pagi, nanti sesi yg kedua korang adjust masa pas 3 jam kemudian, maksudnya time perah jam 1.15 petang. Kan macam susah kan. Kadang2 terlupa, tu yg ter'skip' waktu pam susu tu!...Betul tak... :)
~ Perkara ni boleh dipraktikkan, kalau dah start kerja. Kalau untuk ibu2 berpantang pun boleh (untuk kumpul stok). Sebenarnya,sebaik2 waktu pam bagi ibu yg sedang berpantang ialah, pam sebaik sahaja lepas menyusukan baby. Masa tu tahap hormon prolaktin tinggi. Tapi, kadang2 korang tak sempat atau penat. Guna je prinsip sifir 3 ni. Baby menyusu bila2 sukati dia. Timing baby nyusu tak effect, (time baby nak susu, kasi je direct feed dari breast, jangan kasi yg perah lak..tu untuk wat stok!) Cuma kalau korang nak wat stok, pamla ikut prinsip sifir 3 aku ni. Insyaallah,korang takkan ter'skip' masa tuk mengepam, malah susu korang semakin lama akan semakin meningkat hasilnya...Insyaallah...
Oklah..sekian utk kali ini. Mudahan bermanfaat...Insyaallah...
Selamat menyusu, Happy2 selalu...N jangan lupa, sambil menyusu, sambil berzikir serta berdoa... :)
Wassalam...
4 ulasan:
Assalamua`laikum..... subhanallah....satu perkongsian yang sangat3 bermanfaat! syukran kathir atas perkongsian ini....inshaAllah, sy lebih yakin untuk fully BF anak sulung sy ni....doakan sy ya!
Salam... maaf kalau soalan saya ni kelakar.. kalau saya memerah setiap 2/3 jam time berpantang untuk stok. kemudian anak saya nak susu just after saya perah susu, adakah susu saya akan "ada" untuk baby?
Salam kak. Nk tnye. Akk salu pkai single@double pumping ye? Tq ^_^
Nk tnye, bape minit kene pam setiap kali sesi mengepam tu? 10minit@15minit@20minit? Still
confiused
Catat Ulasan