My F.r.i.e.n.d.s

Jumaat, 27 Mei 2011

Biasalah tu, susu ibu dapat sikit! Bukan alasan untuk tidak menyusu badan.(Pengakuan: aku perah hasilnya dapat tak sampai sesudu)

Salam,
Kelainan pada tajuk entri kali ini. Nampak aku macam sedikit garang, tapi tidak sebenarnya. Aku cuma nak menjadi sahabat yang lebih tegas kepada korang semua! Nak cuba menjadi sahabat yg sanggup bersusah payah menasihati dan berkongsi pengalaman dengan korang, sehingga korang berjaya menjadi ibu yang menyusu badan sepenuhnya (terutama pada ibu yg bekerjaya). Sebabnya, apa yg kita kongsikan bersama ini, menambahkan pahala kita di akhirat nanti. Insyaallah....(kerana apabila seseorang, menyampaikan sesuatu ilmu yg baik, lalu yg lain mengikutinya, sedikit bahagian pahala dari seseorang tersebut, kita jua mendapat manfaatnya. Begitulah jua sebaliknya. Wallahualam)

Pertama sekali, apa yg aku nak sampaikan pada kali ini, betul2 dari dalam hati aku. Seikhlas hati dan pengakuan yg sebenar2nya aku nak beritahu. So, aku harap korang baca elok2 N hayati betul2.

Siang tadi aku tersentuh ngan citer kawan  lelaki aku pasal wife dia tak menyusu sepenuhnya. Tengah berpantang kat rumah lagi, dah mula campur susu formula. Sedih giler aku dengar tadi. Alasan yg diberi,"Susu wife aku tak cukup, sekarang ni pun dah nak kering!"...Dalam hati aku berkata, Astahgfirullah..sayangnya. Wife dia dahla amik cuti 3 bulan. Kalau aku memang manfaatkan sepenuhnya menyusu anak sebanyak N sekerap mungkin.

Sekarang aku nak buat pengakuan yg sebenar2nya, kalau itu alasan korang, sikit2 beri jawapan "SUSU AKU KURANG", "SUSU AKU TAK CUKUP", "ANAK AKU LELAKI,KUAT NYUSU", "AKU KERJA BUSY", boleh tak aku nak jawap, "ADAKAH KAMU SEDANG MENYUSUKAN ANAK SINGA YG LAPARNYA LUAR BIASA, SAMPAI SUSU YG ALLAH BERI PUN TAK MAMPU NAK SUSUKAN ANAK KAMU SEHINGGA KENYANG?."

Cuba kita kembali kepada fitrah kita diciptakan sebagai seorang wanita, yg mampu mengandung, melahirkan dan seterusnya menyusukan. Kenapa perkara menyusukan selalu tercicir dari list sebagai seorang ibu? Korang tak rasa perlu bangkit dari tidur ke, kalau korang tahu, orang2 yg bukan Islam, antara yg paling ramai menyusukan anak2 mereka? Amik contoh simple, orang yahudi, hampir kesemuanya menyusukan anak2 meraka. Kenapa kita yg sebagai orang Islam ni tak nak amik iktibar dari situ? Bangsa yang paling bijak dalam dunia ni siapa kalau tak orang2 yahudi?

Dekat oversea sana, sepupu hubby aku cakap, susu formula tu, diorang letak kat rak paling belakang sekali. Kalau tak jumpa cari, memang logikla. Tapi,kalau kat Malaysia ni, susu formula tu (kat Alamanda Putrajaya), elok je bersusun, kat pintu masuk depan sekali. Aku pun tak faham. Kadang2 yg tambah menyedihkan tu, aku nampak yg paling ramai q beli susu tu, orang Islam kita je.

Lagi satu, sebenarnya, aku tak berapa suka bila orang cakap, "Wah banyaknya susu ko! Kalau aku dulu masa mula2 perah dapat tak sampai 1@ 1/2oz. Kadang2 nasib2 adala dapat 2 oz, campur kiri kanan."

Ini, hasil yg korang tengok sekarang!!!!...Masa susah aku ada korang tahu? Ada aku citer, nurse suh aku perah susu masa anak aku kena tahan wad. Susu aku dapat tak sampai sesudu. Aku dok rumah batu pahat (berpantang), dekat 20 hari dapat gitu jugak. Sampai aku give up, aku tak perah susu pun. Cuma aku kerapkan bagi direct pada baby. Kat ofis, pernah aku tgh tension,perah susu,langsung tak keluar. Padahal breast rasa penuh je. Bayangkan, kawan yg tak support susu ibu nih (dulu...sekarang tidak lagi), nampak gitu je, terus cakap, "Camana tu, susu takde. Cukup ke anak nak minum susu nanti?" Sebab tu, bila aku dengar jawapan2 "susu kurang, susu tak ada", hati aku sayu je... : (

Aku bersusah payah mula2, korang tak nampak. Pastu terus compare kan susu korang dgn aku yg sekarang ni,umur anak aku dah masuk 4 bulan lebih. Makin bertambah usia anak, makin meningkatla keperluan dia, dan semakin meningkat jua hasil susu tu.

Rangsangan tu penting! Korang kena faham dan  bezakan, bahawa susu ibu nih, bukan macam susu tepung yg korang nak kena sukat2 auns dia. Susu ibu, mengandungi khasiat nasi,sayuran, buah2an dan lain2 sumber makanan yg kita makan. Nak compare ngan susu tepung, susu tepung tu, tah campur dgn apa2, termasuk bahan pengawet bagi susu tu tahan lama. Ingat ye, susu ibu tak perlu nak disukat2 berapa auns. Sebab tu, susu ibu selagi baby minta nyusu kita leh bagi sekerap mana dia mahu. Sebab mudah dihadam dan MEMANG KHAS UNTUK BAYI. Sebaliknya SUSU FORMULA yg korang anggap mengenyangkan budak tu, yang sebenarnya,perut budak tu,berusaha keras nak menghadam susu tu. Sebab tu korang nampak dia tido lama. Kesian...

Masa mula2 baby keluar, alahai, ukuran perut dia baru sebesar biji guli. Susu yg ada pada breast korang tu, cukup untuk anak korang. Insyaallah...

Ada sorang nurse ni, dia leh cakap dgn aku, "kenapa u tak nak campur susu anak u,dengan sedikit susu formula? Mana u tahu susu u cukup untuk anak u?" Memandangkan dia bukan Islam, aku sabar je...Hish...Kalau tidak...

Jawapannya ada. "Mana u tahu pulak, my baby tak kenyang minum susu I? Kenapa dia boleh tido lena N membesar dgn baik? Kenapa sebelum u tahu i fully breastfeed, u pun puji anak i very active N ceria? Bila sudah tahu i fully breastfeed, terus cadangkan tambah susu formula. Sebabnya, dia kata,"dulu pun, dia top up susu formula pada anak dia, alasannya, susu dia tak cukup." Kalau tak kuat aku time tu, dah goyang dah. (Nasib aku ada motivator, iaitu idola aku SHAZA SHAMSUDDIN). Confirm ibu2 mana yg tak kuat, dengar je nurse cakap gini, dah top up susu formula.Alangkah ruginya..

Sebab tu aku cakap, kena dengar pengalaman ibu2 yg berjaya. Pls jangan, Jangan dan JANGAN dengar citer dari mulut ibu2 yang tak berjaya. Bila anything happen, korang seolah2 mengiyakan pendapat diorang yang salah tu...Dan akhirnya....SUSU FORMULA lah jawabnya.....SAYANGGGG...SUNGGUH!

Sekian, terima kasih.

Dari aku, insan yg lemah lagi hina,
sekadar ingin menasihat dan mengingatkan diri sendiri dan jua teman2 yg dikasihi

Tiada kata yg dapat digambarkan apabila anak membesar dengan susu kita sendiri. Indahnya perasaan itu, hanya yg mengalaminya saja yg tahu..... :)

"Happy breastfeeding"

47 ulasan:

Zulie berkata...

zahirah...boleh bagi email. saya dah rpivate kan blog just nak invite u!

zahirah zainal berkata...

nuratiyah28@gmail.com. TQ

Yu Aiza berkata...

NAT pernah menitik air mata tgk RAYYAN isap susu fomula. NOW no way.. selagi mampu RAYYAN pasti akan dapat breast milk dariku. biarlah orang nak cakap aper..RAYYAN pun reti bezakan mane sedap kalau FM milk tu alahai skit giler dia minum. cube bagi BM eerrmm macam tak cukup. terutama NAT ader rumah memanjang nak mengopek jerk.. hikkhikk.. but i enjoy it.. its the best moment..dia main jari kita..dia pandang muka kita.. OMG..tak boleh di nilai..

zahirah zainal berkata...

Nieza~ Nat pernah beri susu formula N sekarang dah fully breastfeed eh...? Pengalaman menarik tu! Leh share ngan kawan2 lain... :)

delieyana berkata...

waa..bagusnye semangat die..
saya dlu, dari mengandung mmg takda niat pun nak bagi full bf, bila lahirkan anak sulung bulan lpas, lepas 2 mggu saya cmpur dgn susu formula, tapi bby saya dapat kenal susu formula kalo bagi je die akan rasa dulu n takkan minum!selagi tak bagi susu ibu die akan melalak dgn kuat..dalam 2 mggu ajar susu formula die tetap taknak, akhirnya saya wat keputusan bagi full bf, tak campur. baby pun suka, minum banyak je..:) kenyang n tido jer..kurang dah meragam die..:)tula baru skang terhegeh2 nak blaja macamana cara2 nak bagi full bf..:(

Nur Zahirah berkata...

wah....sharing yg best..sy suka...betol..rmi yg pk susu xckup..sbnry sbb xfhm konsep supply vs demand tu..xpe...kita bg knowledge kt die...nnt die taulah..biasanya ank sulong mmg byk yg kt xtau kan zahirah...hihi..btw,nama kita sama...nama ayh je lain..eheh...jom kita tukar2 blog list...saya masukkan blog zahirah dlm blog list sy...ni blog saya...http://zahirahhafizan.blogspot.com...welcome to visit me...thanks for the knowledge t u sahred:)

diana berkata...

bagus topik nie...diana mmg setakat nie fully breastfeed..jope can be last selagi baby nak...sekarang dah 6 bulan..

ainiannisa berkata...

salam...
skrg mmg sy bg spenuhnya susu badan n ada buat simpanan stok susu. bln 9 nti dah start keje. tp smpai skrg,sy blom ajar baby isap susu guna botol. bagi susu direct je. smlm ada try bg botol tp mlalak nangis. bg direct,trs snyap. ada jgk try guna sudu pun xnak. pening kepala mikir cara nak bg susu dgn pgasuh nti..

ada cdgan x bgaimana cara nak bg susu swaktu tgal dgn pgasuh?

Farah berkata...

Salam...
Ainiannisa,cuba guna botol brand pegion. Usia bb sy sebulan setengah, dah sebulan setengh sy bg direct bf & botol. Awalnya sy guna avent,tp bb x nak ...sy tukar pegion, bb blh terima. Teat pegion ni lembut mcm our teat..so rasa xde masalah nipple confusion...

Tanpa Nama berkata...

Saya sedih bila anak first wean sendiri bila saya start pregnant yg second. tapi, x pe, yang no 2, hopefully boleh cecah 2 tahun. aminn. semoga usaha sis promote bfeeding dirahmatiNya, aminn :)

Tanpa Nama berkata...

As salam..ank sy nk msuk 3 bln..n fully bf..mslh skng mse cucuk 2 bln doc ckp ank sy sedikit under weight..sy xnk cmpur susu..tp ank sy sht n xmeragam pn..nk mintak pendapat..sy pump 3x mse office hour mule2 pg dpt 1oz..waktu lunch dot dlm 3 oz lbh skit then last sy pump mase mule2 smp umh..dpt dlm 3 oz gak..mlm mmg xdpt nk pump sbb ank sy suka bergayut...

alis berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
alis berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
alis berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
alis berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
alis berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Ayu Jannah berkata...

salam...saya happy sgt bila baca entry ni...saya pon ada masalah jgak...saya baru jer lpas bsalin bulan lpas...anak saya dah sbulan lbih...saya fully breastfeed...tp yg buat sy sedih ialah slpas sbulan berat baby sy hnya naik 200g...lahir 2.7kg...slpas sbln 2.93 kg..sy sgt2 tkejut..sdgkn baby saya slalu bf ngn saya...doc tu ckp...susu awak x ckup kot...dia sruh sy kerap nyusu...bila dgr anak2 kwn sy..slpas sbula anak dia dh 4.3kg...hati ibu mana yg x risau...tp sy yakin pd Allah swt..n truskn penyusuan...xtau la next month brapa kg..bila sy pump 1 jam dpt 1 oz jer...apa patut sy buat??ada apa2 pndpat or sape2 pernah jd mcm sy?

Ayu Jannah berkata...

salam...saya happy sgt bila baca entry ni...saya pon ada masalah jgak...saya baru jer lpas bsalin bulan lpas...anak saya dah sbulan lbih...saya fully breastfeed...tp yg buat sy sedih ialah slpas sbulan berat baby sy hnya naik 200g...lahir 2.7kg...slpas sbln 2.93 kg..sy sgt2 tkejut..sdgkn baby saya slalu bf ngn saya...doc tu ckp...susu awak x ckup kot...dia sruh sy kerap nyusu...bila dgr anak2 kwn sy..slpas sbula anak dia dh 4.3kg...hati ibu mana yg x risau...tp sy yakin pd Allah swt..n truskn penyusuan...xtau la next month brapa kg..bila sy pump 1 jam dpt 1 oz jer...apa patut sy buat??ada apa2 pndpat or sape2 pernah jd mcm sy?

alis berkata...

Sy mrupakan pengomen sblum ini.scr umum sy hanya smpaikan luahan hati ibu2 diluar sana yg gagal bf stelah berusaha sbb ‘tak cukup susu’.

Dlm komen sblum ini,sy kategorikan ibu ‘tak cukup susu’ kpd 4 kmpulan supaya boleh lihat prbezaan masing2 sbb pnglaman masing2 xsama.

Sy berkongsi scra ringkas pengalaman&detik sukar sy mmperjuangkan bf wpun menemui jln buntu.sy tidak ambil masa sekejap sbelum terpaksa mengalah.sy masih rs rendah diri hingga hr ini& tak pernah bangga trpaksa beri anak selain dr susuibu.

Sy berikan link&info berkenaan fakta sebenar ‘tak cukup susu’(TANPA MENGABAIKAN FAKTOR RANSANGAN BABY&PAM)sekadar berkongsi ilmu&rujukan spaya dpt mnyelidiki punca sbnar masalah masing2&mencari pnyelesaian yg betul (sekiranya mampu diselesaikan).di zaman moden mcm2 penyakit ni, ‘xcukup susu’ bukan lg sekadar alasan psikologi semata2.ia bole terjadi pd sesiapa saja.tak semestinya sbb penyakit kritikal.

Sy terangkan pjg lebar bgaimana cara sy melihat kebesaran Allah yg menvariasikan kejadian makhluk ciptaan-Nya&sama sekali tidak pernah menunding jari kpd takdir sepertimana yg dianggap.

Sy sama skali tidak menghentam bf malah memohon supaya setiap ibu cuba berusaha gigih trlebih dulu dan jgn menyerah kalah sblm berjuang.

Sy cuma memohon agar golongan kami diberi peluang utk mngemukakan alasan knapa kami mengaku ‘xcukup susu’ sebelum/setelah kami dilabel macam2.

Saya akui ada ‘memerli’ a few statement blogger, tp perli sy BUKAN BUTA2,sy ada alasan utk memperbetulkan salah anggap pd golongan mcm kami. memang sy tekankan pd ayat yg telah ditulis blogger iaitu “dlm hati aku berkata “ ***!!!!astaghfirullah...”(ayat ini baru je diedit oleh blogger menjadi ayat- “dlm hati aku berkata , ‘astaghfirullah...” .)

Pd saya ayat “ *** ” itu keterlaluan. (skrg baru nak delete.napa tak fikir panjang sblum post?)Ada statement2 lain yg saya tangkis sbb sy rasakan kurg wajar ditujukan/dilabelkan kpd golongan mcm kami,dan sy dah beri pjg lebar ulasan part mana dan mengapa sy rs kurg wajar . sy tak tangkis semberono. Kalu dek istilah ‘tak cukup susu’ kami dikatakan mempertikai pemberian Allah&cuba menandingi ciptaan Allah, sy rs tak patutlah.ini dh kira mmpersoalkan iman org lain.sy yakin xde sapa pun yg berfikiran smpai kesitu,kami masih ada iman.agak2lah.

Sy cuma mohon golongan seperti kami dinilai secara BERPADA2, bukan dipertikai pukul rata dgn ‘kekerasan’.

Paling penting sy tegaskan bhw komen sy sebelum ini sama skali TIDAK mnggunakan bahasa kesat jauh skali mencarut.

NAMUN SMUA KOMEN SAYA TIDAK DIJAWAB&TELAH DIREMOVE.

Ada 2 ktgori blogger yg prnah sy jmpa :
1- blogger yg buat entri ‘panas’.tapi takleh terima komen2 berunsur teguran,sindiran,kritikan or dianggap negatif (wpun punc anya dr ayat ‘panas’nya sendiri).tak suka dikritik&tak suka org lain baca org lain baca kritikan keatasnya.Penyelesaian :remove comment.(paling kerap dijumpai)
2-blogger yg buat entri ‘panas’.tapi menerima kritikan dgn matang&terbuka.penyelesian:memohon maaf terlebih dahulu atas keterlanjuran bahasanya.beri alasan kenapa dia menulis begitu tapi secara berhemah.tetap menghormati pendirian org lain&ajak berdebat secara berhemah sekiranya perlu.ambil iktibar utk lbh berhati2 menggunakan bahasa pd ms hdpan.berterima kasih ats komen&kunjungan diblognya.TIDAK REMOVE komen yg memprovoke dirinya utk biar follower/reader menilai sendiri dgn bijak.(saya bru jumpa 3 org. Org lain xtau lah.ayat plg sy ingt dr salah sorg blogger ini-‘apa yg saya tulis,saya akan BERTANGGUNGJAWAB’).

Wpun blog ada unsur peribadi,tp ia dipublish secara terbuka,so kenalah ada sifat keterbukaan.kena snsitif dgn smua golongan pembaca.

kalau kita berani provoke org,kita pun kena bersedia diprovoke semula. Kita boleh hangin dgn statement org, maka org pun boleh hangin dgn statement kita.kita ‘keras’ dgn org, org pun boleh ‘keras’ dgn kita.Takde apa yg perlu disembunyi/remove/delete kalu kita rasa kita bersikap terbuka.

Kalau tak suka or takut dgn sindiran/kritikan/komen negative/provokasi, jgn jadi blogger.

Tanpa Nama berkata...

saya ingin like komen alis 100%!!!!! :)

MyHeartMySoul's Diary berkata...

suka bca blog ni.. byk info.. mohon share info ye sis..

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Sy seorang ibu yg berkerjaya dan mempunyai anak berusia 5 bulan yg masih lg fully bf.niat di hati nak full bf anak hingga cecah usia 2 tahun..insyaAllah..Alhamdulillah semasa dlm pantang lg sy telah berusaha keras menyimpan ebm utk digunakan bila start kerja..seperti kebanyakan ibu berkerjaya yg fully bf, sy juga terpaksa menggunakan masa di ofis utk pam susu.Alhamdulillah masih lagi konsisten pam susu 3 kali setiap hari semasa di ofis. Masalahnya skrg stok ebm makin berkurangan dan ada 1 kali sy terpaksa cuti dan anak tidak dihantar ke rumah pengasuh kerana kehabisan stok ebm..so skrg sy nk minta pendapat sis mcm mana nk tingkatkan lg pengeluaran susu.xkan asyik nk kena cuti klu ebm hbs..

bella amanda berkata...

sy masa dlm pantang pun bgi bby susu fornula sbb susu kluar ari ke5,lepas 2 my mil bsing suh bgi juga susu badan n sy smpai stress yg keterlaluan dsebabkan bb xnk hsap susu bdn(maybe xdiajar dari awal) n desakkan dari mil n hubby..2mggu lepas2 sy BERJAYA full bf 2uk bby n sy happy sangt2 sbb susu bdn mmng betol2 eratkan hbungan sy n bby.thanks mil sbb bjaya desak n stress sampai bjaya bf..:-)

Bapa Baby berkata...

Walaupun entry ni dah lama, saya setuju sgt dengan alis. Adakah penulis telah mengambil alih tugas Tuhan dengan menghukum ibu2 yg kata susu tak cukup ni cuba menandingi kuasa Tuhan?

zahirah zainal berkata...

Salam alls. Thanx for ur supporting comment. Love u all. :D
Kepada those yang memberikan komen negatif, ingin saya perjelaskan, bahawa tiada niat untuk saya menghina, atau melawan hukum Allah kepada ibu2 yang tidak cukup susu. Saya sendiri pernah mengalami cabaran ketika menyusu:
NIPPLE BERDARAH/ MELECET
LIANG SUSU TERSUMBAT
SUSU KURANG
SUSU TIDAK MAHU KELUAR
BREAST BENGKAK
DEMAM DAN SAKIT
STOK SUSU HABIS

Semua saya pernah alami. Apa yang ingin saya tekankan ialah usaha kita menangani CABARAN tersebut. Saya banyak dapatkan semangat dari ibu2 lain yang lebih getir ujian dia seperti, family tak support, puting tenggelam, anak reject penyusuan, anak jauh di kampung. Dari situ saya jadikan sumber kekuatan untuk menangani CABARAN yang saya sedang hadapi.
Untuk makluman anda, anak ketiga bersalin, saya tiada susu hampir 24 jam. Saya tetap usaha perah, urut dan tuam dengan air suam, minum oat, milo dan sebagainya...paling UTAMA berdoa dengan penuh harapan agar susu dihasilkan, alhamdulillah, walau sikit, tetapi ia mampu membasahkan sedikit tekak bayi saya yang kelaparan. Dan alhamdulillah, masih meneruskan penyusuan sehingga kini (1 tahun 6 bulan) dan dalam masa yang sama hamil anak keempat. :)
Saya doakan semoga BAPA BABY, isteri anda dilimpahkan susu yang banyak serta berjaya menyusukan anak hingga 2 tahun, begitu juga ALIS dan TANPA NAMA, semoga urusan penyusuan anda kepada anak seterusnya juga dipermudahkan Allah. Amin...:)

alis berkata...

Memang 1 jawapan yg cliché, apabila kita telah mencipta sesuatu provokasi, kita sekadar menyebut ‘SAYA TIADA NIAT’ untuk ‘membetulkan’ keadaan :).

Ya, kami pembaca faham niat awak nak menekankan usaha menangani cabaran penyusuan & itu sesuatu yg bagus.

Banyak juga yg awak dah edit semula dlm entri awak. Well, that’s ok. Tapi saya harap awak pun BOLEH FAHAM situasi yg kami maksudkan. Bukan content penekanan usaha tu awak yg bermasalah. Tapi KETERLANJURAN dan KELANCANGAN bahasa awak yg guna dah mengguris hati sesetengan pihak. Dalam takde2 niat tu, sama ada sedar atau tak awak sedang berbahasa lantang menghukum org lain.

Saya tak tahulah apa yg awak rasa sewaktu menulis atau mengedit entri tapi tak nampak pula sebarang permohonan maaf dibuat.

Terima kasih atas doa awak. Saya juga berdoa agar Allah sentiasa membuka pintu hati awak untuk lebih berhati2 berbahasa, sensitif dan beretika dalam berblogging.

Sepertimana niat awak nak menekankan usaha menangani cabaran, begitu lah niat saya dlm komen2 sebelum ini. beserta niat utk memohon diberi peluang utk mngemukakan alasan knapa kami mengaku ‘ tak cukup susu’ sebelum/setelah kami dilabel macam2.& niat utk memohon golongan seperti kami dinilai BERPADA2, bukan dipertikai pukul rata dgn kekerasan.

Awak pun tahu komen2 saya awak dah remove. Saya tiada niat (ohh cliché nya...) nak memanjangkan, tapi kalau awak seorang yg jujur boleh tolong jelaskan kenapa komen2 saya awak remove (tidak pula pada komen terakhir)? Awak pun tahu kan saya tak ada me‘what the...’ kan orang, berbahasa kesat jauh sekali mencarut?

Peace.

Mira Hamzah berkata...

Suka baca post ni. Kalau sis nak tahu..saya skang tengah berpantang anak ke3. Anak 1st n 2nd saya fail bf sbb xcukup sabar. Harapnya anak ke3 ni buatkan jiwa saya lebih sabar nyusukan dia tiap kali dia nak nyusu.
FYI Susu saya mmg tak keluar 4 hari pertama..Kat hosp anak saya nanges je n perut pun kembong asyik melalak..sedeyyy sgt bila kuning anak semakin tinggi n kene masuk wad. But saya teruskan sbb ni ujian Allah. Bersalin kat hosp kerajaan memang mencabar jgak bila diorang berhqbis habisab band susu botol. Terpaksa jugak sembunyi2 sulam dgn formula sbb badan anak dah start kuning dr hari pertama lahir.

Suka baca blog sis sbb message yg tegas tp positif bagi saya. Saya dpt nasihat2 positif n berguna dr sis n kawan2 yg lain.

Thanks banyak2. Semoga Allah memberkati usaha sis ni.

mamayaya berkata...

entry ni dh lama sgt..tapi sy tetap nk komen..sy faham knp entry ni agak tegas..hanya ibu2 yg berusaha keras mencukupkan keperluan susu ibu utk anak sahaja yg fhm..ibu2 seperti kami ni mmg wajar pun pertikaikan golongan yg kata susu xcukup ni sebagai malas dan usaha bagai melepaskan batuk ditangga..sgt byk inspirasi dr ibu2 yg berusaha sehabis mungkin nk bykkn susu balik..dan mereka berjaya..tiada cara yg mudah melainkn kerapkan pam dan direct feeding..ibu2 yg berjaya kumpul stok dan survive menyusukan bayi hingga dua thn bknnya lahir2kan terus byk susu sebaliknya dr hasil yg sikit apablia diteruskan dan dikerapkan tuai hasilnya maka byklah hasil yg dpt..

anonymous berkata...

kamu terlalu kurang ajar. terlalu riak. kamu dah sakiti hati orang dengan bersembunyi dengan alasan 'berniat baik'. kamu tak akan hidupo tenang atas perlakuan ini. sila muhasabah diri.

saya sokong komen alis

Tanpa Nama berkata...

Amboi...aku pulak yang panas baca komen ko nih! Cuba ko baca bebetul. Blogger ni dengan penuh semangat share kan perasaan dia n cabaran dia selama menyusukan anak supaya ibu lain ikut bersemangat yang ko negatif sangat kenapa. Terpulang pada ko lah nak kasi anak ko minum susu lembu ke susu kambing ke. Ada blogger tu kisah kat ko?

Kerana blog dia, aku berjaya menyusukan anak kedua aku walaupun anak pertama aku GAGAL MENYUSU! Sampai sekarang aku ralat sebab anak aku membesar dengan susu LEMBU.Aku takde ilmu, surrounding aku negatif, aku takde support n aku betul2 buntu.

Aku cadang kat ko supaya personal consult dengan dia lah sebelum ko negatif sangat. Time susu aku merudum dia kasi aku semangat. Takde langsung down kan aku walau aku tanya nak top up susu formula kat anak aku. Siap kasi formula kat aku cane nak buat stok emergency. Aku rasa baik ko, ALIS N BAPA BUDAK mintak maaf ngan blogger ni.

Kitorg2 ni, lagi ramai doakan yang baik2 buat dia sekeluarga. Ko ngan puak2 negatif aku takut doa terbalik kat korang je. Hati2 sikit bila berdoa tu. PEACE!

MANTAN IBU BERI SUSU LEMBU KAT ANAK

#akumenyusukoyangpanas

Tanpa Nama berkata...

sye pun penah alami susu kurang. Sye faham perasaan blogger ni. Dia excited nak share. Cube kite bce btul ulangkali dan letak diri kite di tempat die. Die pun alami susu kurang tu. Tapi dia usaha keras. Dia nak kite smua ada sifat n perasaan camtu kowt. Pndangan sye lah...

Nina

Tanpa Nama berkata...

It's a good sharing! Nice info. Be positive. :)

Tanpa Nama berkata...

Kenapa certain org suka sentap bila mak2 yg bejaya bf ni kongsi pengalaman? Mesti kena chop riak dsb..

Saya tgk yg share exp nyusu kebykannya penah gagal jugak dlu dan tahu MESTI boleh bf.. Saya pun camtu.. Susu lambat keluar.. Keluar pun sikit.. Org keliling dok saiko kata saya xdak susu.. Siap kena topup formula tanpa kerelaan saya.. Hampir giveup. Mmg penah nangis je dpn diorg ni sb giveup xde susu. Tp saya direct feed je.. Sbb baby pun ada time nak df.. Sampai la susu mmg sentiasa ada dan akhirnya stok fm yg dibekalkan tu saya buang je.

Kat sini, lepas smua struggle, mmg nak share kat ibu2 lain yg kita semua mmg boleh bf dan mmg ada susu. Kecuali sbb2 yg umum pun tau. Tp awal2 jgn giveup. Kalo terus2 bg fm mmg susu akan kering.. Sbb x stimulate breast..

Buat apa blogger ni buang masa nak share exp dia.. Baik berjaya nyusu sendiri je.. Bila share kena ckp mcm2 plak. Yg komen pun melabel org lain wpun terasa diri sendiri kena label.

Pls.. Positif. Kalo x suka entry ni baik x pyh bagi api sbb blogger ni share utk kebaikan bersama. Saya pun dlu ada sorg kwn yg x putus2 bg smangat suh bf.. Padhal dia sendiri tgh struggle nak bf anak dia..

Saya kalo jumpa org dpn2 yg kata susu xda n bila saya kata kena stimulate pon still kata xdak susu.. Saya dah malas nak argue. Unless kgkwn rapat. Sbb2 mcm org takleh terima positif mcm kat atas ni la.. So saya stop the conversation.

Issue bf ni senang buat org sentap. Saya nak post kat blog pun takot ade pihak kecik ati. Masalahnya pihak2 tu yg sibuk topup fm dan deny hak baby saya utk dptkan bm dari saya. Byk mende saya nak share. Alhamdulillah skrg awareness dah meluas kat tv n sotkaba.. Bia orglain tahu psal bf ni.

Efek bm dan fm ni mmg semua sedia maklum. Bg saya, kalo hal pemakanan baby ni tak begitu penting, xkan disebut dlm quran panduannya?

-F-

Unknown berkata...

Mcm mne kalo kite pregnant plak? Ank 1st msih mnyusu..Kdg2 kalo pam tu dpt laa 3oz..ank minum 4oz..

Tanpa Nama berkata...

Kepada yg sentap tu, saya juz nk bgtaw, apa pun alasan anda dan geng2 seangkatan anda utk tak bf anak, ia mmg tak dpt diterima. Alasan! Anak kita berhak disusukan dgn susu manusia.bukan susu formula. Kalau dah habis daya dah tapi susu masih tak ada, tolong lah cari ibu susuan please. Kesian kt baby.itu hak anak.

Ummi Syifa' berkata...

Alhamdulillah best baca blog awak ni. Banyk info especially macam saya ayng baru ada anak. Yeyyyy akhirnya saya dah makin pandai uruskan susu EBM dan cara nak bagi susu dekat pengasuh. Rugi rasanya xstudy masa tengah mengandung. Sekarang anak dah hantar pengasuh baru tergedik2 nak cari info pasal susu badan buat stok. Xpalah masih belum terlambat. Rugi jugak xbuat stok susu masa tengah pantang 3 bulan. Padahal susu melimpah ruah time tu. Dengan seikhlas hati, saya pon nak pasanag niat nak susukan anak sampai umo 2 tahun. Amin!

hambaMu berkata...

Sis boleh bg smgt kt sy tak

sayacomey berkata...

tabik spring kat awak..awak sangat kuat dan hebat!!!

Shelin berkata...

kalau yg berjaya bf, di cop riak, yg gagal di cop malas. Tahu tak niat yg gagal itu baik kerana masih mahu berniat utk fully bf. Klu yg dh sedaya upaya masih tak ada hasil, bagaimana? Siapa kita nak menghukum org lain dgn berkata usaha dia tak setanding usaha kita. Kuasa tuhan, mana kita tahu mungkin ada yg tersembunyi, bukan semuanya di depan mata. Saya sendiri first time mother, struggling nk bf, sudah dicuba latching yg betul, masih sakit tapi saya keep on bagi dan bagi kerana tidak mahu susu kering sedangkan bila pam hanya dpt kurang 2oz. Air horlick, air kurma merah, longan, susu kambing, habbatus sauda semuanya saya telan. Saya juga berusaha dan pada masa yg sama tidak akan melabelkan org lain yg gagal sbg malas. Sila faham perasaan wanita lain sepertimana blogger di link ni http://az-ila.blogspot.my/2012/11/salahke-memberi-susu-formula-kepada-anak.html

Kerana dia juga ibu seperti anda. Respect and peace!

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. Juz read this. Time prgnt already mindset bg Fully Bf. Alhamdulillah it work for 1month only. I start bg susu formula sbb pas DF dia akn nagis then bg DF letak nangis lg. Bkn shari tp smpi 2 mingu smpi berat bdn bby krg. Then my mom ckp mybe susu x ckp. Then i try pump yup xsmpi 1oz. Start tu hubby n mom beli syur n milk booster to increase BF. I also try hard ever night do pumping for 1hour but still lack of milk. Jmpa doc bg pil for BF but still not work.

At last coz ksian my baby i bg formular . tp xde la sntiasa bg bila baby nangis susu x ckp bru bg formular.

Last weeks ad tgk progrm ilmiah ustzah tu ckp bg susu ibu as first piority. Then xckp cri ibu susuan. Then bru alternatif lain. TAPI... Ustzah tu ckp situasi kita x sama mcm zmn Rasulullah dlu. Tkut blaku pkahwin mahram dgn ank ibu susuan klu x djaga ikatan ank n ibu susuan dgn btol. Len la klu adik bradik kita ad yg myusu ank bleh la kita tmpg.

Islam tu mudah. Stiap ksusahn ad pyelesaian. Allah adkn susu gnti dr kambing n lembu. XBERDOSA PN BG SUSU LEMBU. Xhina pn. Ank i alwas t best in class sihat lg.. DOA IBU lg mustajab..

Moga Allah mudahkn smua urusan ibu myusu semua cuma kita kne jga Hati n jgn judge ssuka ati kita xtau susah diorg nk klurkn Susu Ibi. Xtau sedih ye kne bg formula..wasalam

Tanpa Nama berkata...

Masih keliru sama ada meneruskan bf secara exclusive atau top up fm.. Actually masa anak pertama and kedua mmg berazam nak fully bf..tapi keadaan x mengizinkan because saya sendiri ada masalah kesihatan masa dlm pantang. Berulang alik dari rumah,klinik dan hospital..anak terpaksa tinggal pada mak..so mak terpaksa bg fm pd baby..tapi x stop pun bf..cuma terpaksa sulam dgn fm..
Sekarang sedang pantang anak ke 3..awal2 lagi lepas bersalin hospital (swasta) dah bg fm..alasan perlu sbb takut anak jadi hypoglycaemia..so redha walau hati membantah..demi kebaikan anak...doktor lebih mengetahui..
Sekarang dah seminggu try fully bf semula..mmg sukar kena pula anak asyik bergayut jerr..masa nak makan pun kena tunggu hubby balik umah supaya dia boleh tolong pegang sambil2 pujuk.. Try perah tapi dlm sejam dpt la 1-1/2 oz je..sedih hati..
Mak mentua dok perli..camna nak tinggal anak kat pengasuh kalo camni..kalau susu badan bnyk xpe gak la katanya..boleh pam pastu bg kat pengasuh suh bg anak bila dah keje nanti..ni bila pam pun susu susah nak keluar..lagi tambah sedih..
Sekarang dok berbelah bahagi sama ada nak fully bf atau nak top up fm especially bila dah start keje balik..
Bila baca entry ni dan beberapa post di bahagian komen..mcm dosa besar la plak bg fm kat anak!! Lagi tambah konpius dan sedih... Bukan niat x mau fully bf..but sometimes kerana terpaksa..��

Tanpa Nama berkata...

Anak sy menangis setiap masa kecuali sms tdo dan menyusu.sy menyusu badan sepenuhnya.mak mertua,mak bidan dan doktor pead mencadangkn top up fm krn anak masih tak kenyang sbb tu dia meragam selalu.krn kesiankn anak menangis hingga suara takda,sy cuba susukn dgn fm....tp....anak sy tak minum walau setitik pun.
Sy cuba pam supaya sy boleh sulamkn dgn df jika dia masih tak kenyang.sy pam slps dia menyusu,susu keluar titik2 je.sy pam sejam lps dia myusu (masa dia tdo),dpt 0.5-1oz gabung 2 side.lepas tu kalo dia menangis sy try memyusu tp susu dah jd slow dan dia akan meraung berjam-jam.akhirnya skrg sy stop mengepam dan df je.
Sy dh bwk dia g berubat..kot la dia nangis bkn sbb susu tp sbb perubatan atau gangguan lain...but to no avail...dh masuk 2bln...anak sy masih meragam siang dan mlm.sy masih df.anak pun x nk fm.apa yg sy blm buat adalah tukar susu/botol je kot2 la dia x rasi dgn fm/botol.tp sy kiv je dulu.yg merunsingkan sy adalah berat badan yg plateau dan warna air kencing yg semakin gelap...mgu dpn adalah check up 2bln anak sy...dr situ sy nak kena decide utk anak sy..tlg doakn sy berjaya utk meneruskan journey bf sy yg sgt mencabar.....

Tanpa Nama berkata...

samalah saya dah cuba sedaya upaya kering air mata asyik menangis sakit dan kecewa. kini masih bf tapi terpaksa campur dgn formula kerana bayi mmg kuat menyusu walaupun dah menyusu dgn saya df tanpa henti 3-4 jam dia masih menangis nak susu. macam2 usaha dah buat minum horlicks, susu badam, pergi class bf. kesihatan saya waktu pantang pun tidak baik terpaksa spend masa seminggu di hospital lepas bersalin tp masih gagah sedaya upaya bf di hospital walaupun badan lemah. jadi saya faham situasi semua org tak sama tak patut kita terus nak hukum org malas dan sebagainya.

Tanpa Nama berkata...

Betul tu. tapi masalah saya lain pula :( This is my first baby. my baby skrg dh 4 bulan and my baby fully breastfeed until now. yang saya paling sedih and kecewa skrg ni adalah, my mil suruh saya bg susu formula and stop kan breastfeed, sedaya upaya nya dia suruh saya bg susu formula. Mil kata susu formula kenyang sikit drpd susu ibu. since dari masa saya pantang haritu dia suruh saya ajar bg susu formula. and yang sedih, masa sy tengah pantang haritu, saya ada demam. and then dia takut my baby terjangkit drpd saya, sbb dia kata kalau sy demam, baby pasti akan demam juga sbb sy breastfeed. then dia halang saya bagi susu badan padan baby saya. baby saya lapar and menangis2, my mil cepat2 buat susu formula and bg susu tu pada baby. baby sy muntah2. dia tolak taknak susu formula tu. sedih hati saya tgok anak saya. mil kata my baby muntah2 sbb sy demam waktu tu dan baby minum susu saya, so baby pun akn demam tu dia muntah taknak susu saya. padahal dia minum susu formula tu yang muntah. hm air susu saya banyak and smpai bengkak, saya terpaksa pump and buang sbb my mil tak bg simpan, suruh buang. menangis saya dgn keadaan anak saya yg lapar and tgh pantang waktu tu. smpai kan saya rasa serbasalah nk bg susu badan sy pada ank saya depan my mil . lepas je habis pantang, sy balik rumah sendiri, and saya bagi je anak sy breastfeed takdapun bg formula.. my baby alhamdulillah sihat ceria bijak pandai ketawa semangat badan dia, just eczema. and now baby dah 4 bulan pun dia still suruh desak saya ajar bg susu formula. my mil kata jgn dengar ckp nurse or sapa sapa yang kata susu badan tu kenyang, anak tak sakitla itu la inila. susu tepung lagi ank cepat kenyang. saya pun peliklah. pening saya memikirkan hal ni. hmmm and dia kata disbb kan saya breastfeed, ank saya jd eczema gatal gatal . saya sedih. kesian anak saya nanti. skrg ni dh happy dh . saya rasa kasih syg antara anak saya mmg rapat sgt :(


arghhh Help meeeee!

Unknown berkata...

Sy suka baca info pyusuan susu ibu... Sy skrg baru lps pantg anak ke 4..anak yg lain sy bjaya bf sampai 2 thn.. Yg skrg ada masalah skt... Stiap kali pump, hanya dpt 3 oz campur kiri kanan.. Tp bila myusu anak sy mcm xpuas.. Klu yg lepas2, stiap kali pump mesti dpt 6 oz.. Anak sy myusu sekejap2, adakah akan myebabkan pghasilan susu sy kurg mcm skrg... Sy buntu

Tanpa Nama berkata...

Salam, walaupon komen ni dah lama tapi saya nak share jugak pengalaman saya berdepan dengan mil masa pantang. Bab bf ni la. Mil saya ni baik, bagus dia jaga saya masa pantang. Cuma bab bf ni saya tak sependapat dengan dia. Anak saya lahir berat 2.4kg je. Harini c/up sebulan hanya 2.8 kg. Dia selalu cakap yang baby saya tak kenyang. Sebab tu asyik meragam. Dia suruh saya sulam dengan susu formula. Memandangkan awal-awal haritu saya dah pon bagi fm sebab baby kuning dan susu saya takda so harini saya terpaksa sambung balik fm. Baby saya df 1-2 jam tapi masih tak kenyang. Bila bagi fm dalam 2oz pon masih tak kenyang. Sampai saya stress. Bila saya picit susu keluar. Cuma saya tak pam je lagi. Sebab awal2 haritu say pernah pam. Dapat 1 sudu je. Lagi saya stress. So saya stop pam untuk elakkan stress. Pada awalnya saya yakin susu saya cukup. Tapi bila mil cakap macam tu terus saya down. Saya give up. Tak tahu nak buat apa dah.

Ibu ZZ berkata...

Just read this..benar susuan badan adalah hak kitaa..namun jika dah ditakdirkan susuan si ibu hanya setakat itu perlu Kita menyalahkan diri?Allah berikan akal dn jalan untk kita menjaga amanahnya jadi gunakan Cara lain..Susu FM..xsalah pun..Yee sya fully BF anak sya namun sya segan bila dipuji dn dibanggakan..Kita sesama ibu seharusnya faham dan perlu Ada sifat mengasihani sesama bukan menjatuhkan dan membuat mereka sedih..air Susu dalam badan rahsia Allah..niat dan berdoa serta doakan buat mereka yg berkeinginan juga.. inshallah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...