My F.r.i.e.n.d.s

Rabu, 29 Jun 2011

Lagi menyusu di mana-mana....

Salam,
ok, malam ni, aku nak buat citer ringkas je. Sebab aku 'busy' la akhir2 ni, dgn pam susu rosakla, kereta rosakla, aircond meletupla, astro trip la, itula inila...So, mood aku tak berapa nak ok. Cuma tadi saja2, cari2 idea nak citer apa, so, aku ternampak gambar2 ni, saja nak 'share story' sikit.

Pengalaman ni, paling bagus diambil tahu oleh ibu2 yg tengah study sikit2 pasal breastfeeding ni. Saja je share gambar ni, supaya ibu2 yg baru nak berjinak2 dalam dunia breastfeeding ni, rasa MENYUSU itu MUDAH sebenarnya. Paling cepat, selamat, yakin, suci serta jimat. ( Cewah cam buat iklan la pulak..)
Sebab, ada sesetengah ibu, bila menyusu kat tempat awam, diorang segan sangat. Tah apasal tah. Tah masalah mentaliti ke, atau terpengaruh dgn anasir2 yg anti-breastfeeding ke, anggap breastfeeding tu menyusahkan. Wallahualam..

First sekali, hikmah fully breastfeeding@ menyusu sepenuhnya ni, ialah kita tak perlu prepare sebarang alatan menyusu ketika keluar bersama family. Hanya bawa diapers, baju, napkin N lain2 je..Tapi, susu tepung, botol susu, thermos dan sebagainya, dah tak payah nak bawak, sebab kita ialah ibu yg 'fully breastfeeding'. Bila anak haus dan lapar, kita cuma suakan breast pada anak bila2 masa diperlukan. As easy as that. (Situasi ni MUNGKIN berbeza dgn ibu yg TIDAK FULLY BREASTFEED, breastfeeding + susu formula.)

Sila lihat gambar di bawah...


Sambil makan, tangan sebelah nyusukan anak..(Kalau tak biasa jangan buat, takut tangan si 'baby' sibuk main2 tudung kita, kang terselak, tak sempat nak tutup, sebabnya, tangan sebelah diguna untuk makan.)
Gambar yg ini, setelah selesai makan (di KFC alamanda). Sebelum bangkit keluar, nyusukan kejap. Supaya time masuk carrefour, 'baby' dah kenyang.
Gambar yg ini pulak, tengah beli barang kat tesco semenyih. Ilman dah haus nak menyusu, cik hubby tukang cover line jadi dinding hiasan di sebelah stroller serta merangkap tukang amik gambar.




(oh ya, sebelum tu, sila faham terlebih dahulu, bahawa aku tiada niat nak menunjuk2 ke apa, sekadar share pengalaman aku menyusu di tempat awam. Kalau ada mana2 pihak yg kurang senang, aku minta maaf, niat aku cuma nak beri idea, pada ibu2 yg berminat nak breastfeed ni, supaya tahu bahawa menyusu itu MUDAH. Sangat MUDAH. Itu saja. Sekian, terima kasih. )

Selamat menyusu...:)

Ikhlas...

~ atiyah zahirah zainal abidin a.k.a zahirahzainal ~

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pakai bju nursing ye,beli kt mana..tq..

zahirah zainal berkata...

salam, tak pakai baju nursing...cuma pakai skirt tu, memang tutp perut sampai dada, sebab labuh...Cadangan sy beli tiub rm5 kat luar tu...Pakai tak yah tutup dada. Jadikan penutup perut dan pinggang..

Cinnamoroll berkata...

mmg mudah, sy gi jalan tak pernah bawak beg besar, cuma pampers ngan baby wipes jer, kalau baby kecik bawaklah baju spare. Lagi kalo diaorang dah besar sikit, kekadang pampers ngan baby wipes masuk dalam handbag jer, sekali jalan...hahaha, maklumlah handbag sekarang ni kan style besar2...pehtu kalo baby nak nyusu tak yah nak segan silu...duk jerlah kat mana2...asalkan kita pandai cover, tak de org nak pandang sgt pun sebenarnya. Kalo kat shopping mall lagilah, org duk sibuk shopping tak de mananya dia nak nelek kita duk nuyusu anak, diaorang sibuk nak bershopping, kita jer yg rasa semua org pandang2...panjang pulak sy membebel...ahaks:-P

zahirah zainal berkata...

cinnamorol~ cayalaH HOT MUMMY yg dah anak 3 nih...!!! :)
I'm proud of u...

idamurni berkata...

as-salam, saya belum pernah lg nursing in public.. slalu nk gi shopping complex mesti cari tmpt yg boleh menyusukn budak mcm kt alamanda & jusco. x reti lg nk menyusukn budak in public. kalau pakai shawl/selendang utk cover OK ker.. ke ade option yg lebih mudah?

zahirah zainal berkata...

idamurni~Salam...
ida, sayangnya kalau ida masih tak berani nak NIP (Nursing In Public)...Mesti masih rasaleceh kan, bila jalan2, anak nak nyusu pulak. :)...

Cadangan sy, ida beli tube yg macam2 kaler tu. Tube yg org pakai macam kemban dari dada ke pinggang tu kan. Tapi, kita pakai ke bawah sikit. Kita pakai untuk tutup perut. So, kalau kita selak baju, belakang badan N perut kita orang tak nampak. Cuma nak cover breast dari nampak tu, senang sangat, kalau ada lampin/ selendang/ topi memang unutk NIP. Takpun, sy biasa cover dgn tudung je. Ke ida tak dapat bayangan lagi? ...
Biasanya kalau nak nyusu, saya kan duduk di mana2:-
1. angkat baju sampai ke pinggang.
2. Standby lampin kat tangan.(untuk tutup breast tu nanti)
3. Adjust baby kat lengan untuk breastfeed seselesa mungkin. (jgn selak baju dulu).
4. Tengok org sekeliling, bila line dah clear, cepat2 selak baju, hadapkan kepala anak ke breast kita N lampin guna tangan yg satu lagi sbg penghadang breast dari ternampak. (Biasanya, baju yg bergulung2 kat atas dah dpt cover breast kita sebenarnya. Biasanya org tak nampak. Cuma, memang kena guna tube yg saya cakap tu. Supaya badan tak nampak.
Harap ida faham penjelasan sy ni, kalau tak faham, sila tanya lagi, nanti sy cuba beri penerangan guna gambar lak.

Selamat NIP ! :)...

idamurni berkata...

owh, ok dh dpt gambarannya... nk try lps ni.. hopefully hubby give full support-
thnx a lot !!

shiken berkata...

salam... kak zahirah..
saya baru jer sebulan bersalin.. dan beri fully breastfeeding. niat memang nak ber fully breast feeding ke baby. saya serupa akak, langsung x menuntut mana2 kelas menyusu baby ni, cari maklumat dan belajar dari internet jer...

rasanyer dengan cadangn akak pakai tiub dalm baju tu membolehkan saya bershopping lepas ni...

thanx for information...

~saya bangga dengan penyusuan ibu sepenuhnya~

zahirah zainal berkata...

idamurni~ ok ida...good luck! Insyaallah...lepas ni mesti senang... :)

zahirah zainal berkata...

shiken~ tahniah kerana dah berjaya fully breastfeed baby hingga ke hari ini, walaupun 'zero knowlegde' tentang breastfeeding! N TAHNIAH lagi sebab berusaha menggali ilmu dengan tulus hatinya...(maksudnya, shiken memang betul2 niat nak breastfeed anak)
Dan akak doa, semoga shiken berjaya dan tabah menghadapi segala dugaan serta cabaran yg mendatang selama 'breastfeeding' ni... amin... :)

orangbiasa berkata...

bagusla pe yg zahirah kongsikan ni..sy baru sebulan 2 minggu melahirkan ank..kiranya baru pas berpantang la..so skang tgh memikirkan cara nak menyusukan ank di public..hubby cadang nak cmpur susu..means ms kuar ng ank susu fm tp kt umah full bf la..tp sy xnak sbb sy nak ank full bf smpai 6 bln..lgpun ajar kt ank die xnak ss fm tu..die tolak..skang dah de cara cm yg zahirah ckp..eli tiub pkai utk tutup perut..sy mmg terpikir cm ne la nak tutup perut ni ms selak baju kan..thanks sbb share ye zahirah..:)

Sab berkata...

salam, saya pon kurang berani sikit untuk NIP, perkongsian zahirah untuk pakai tube tutup dari bawah dada ke perut tu mmg membantu sangat..saya akan cuba belajar dan praktikkan dulu... harap2 nmpk slumber jek cam zahirah buat tu! :)) tp nk tye kalau pakai baju t shirt yg agak kecik cam dlm gambar yg ke-3 tu pon boleh jugak yer? hmm.. tak perlu pakai nursing cover?

Salhah Suhot berkata...

oh..terima kasih idea tube tu!!hehe..sy setakat ni NIP kt ospital time check up tu je..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...