Susu ibu yang beku leh terus panaskan direct ke? Eh..mana ada. Dulu, mak mertua aku (termasuk aku la skali), dia amik stok susu yang beku, terus panaskan dengan cara rendamkan terus ke dalam mangkuk air yang berisi air panas. Byk2 kali gak la, tukar2 air, sampaila susu tu jadi cair dan suam.
Aduila..ni semua gara2 aku tiada pengalaman handle susu ibu nih. Sebab baru beranak sulung la katakan. Tak tau apa2. Memang zero knowledge. Yang aku tahu, kalau nak panaskan susu ibu, tak boleh direct atas api, tak boleh cairkan dalam microvave. Tu je. Bila kita rajin bertanya dan cari maklumat, barulah kita akan dapat ilmu. Betul tak? Tapi, memang aku rasa tak sedap hati, time mak mertua aku amik stok EBM beku tu,terus masukkan dalam air panas. Sebab fikir logik, panas dgn sejuk bila bersatu kan, jadi berlawan. Erm faham tak apa yg aku cuba nak sampaikan. Simple cakap, kalau kita tuang air panas dalam gelas, pastu tuang air sejuk, gelas tu akan pecah kan? Bagi aku, susu tu,mesti dah rosak kot nutrien dia kalau kita terus je rendam yg beku ke dalam air panas. Rupanya memang betul pun apa yg ada dalam fikiran aku tu. Takpela,perkara dah lepas,dah 2 tahun berlalu dah.. Masing2 tak tahu. Tu semua gara2,mak mertua aku risau, aku dah nak naik ofis, tapi lum ajar anak aku menyusu guna botol. Selama ni direct feed aje. Yang aku ni tak tahu, semua stok susu ,terus simpan tempat beku. Takde pun tinggalkan yang cair untuk test pada anak aku. Ok,takpe, lupakan semua tu...
Cara panaskan susu ibu yang betul ialah (yg biasa aku buat):
1. Turunkan susu ibu yang beku dari tempat beku ke bahagian bawah. (Bahagian yang tak beku.) Contoh,peti ais aku 2 pintu. Bhgn atas tempat beku, so aku turunkan kat pintu bawah. Camana pun, rak peti ais bawah, ada banyak tingkat kan? Aku lebih suka letak kat rak paling atas. Rak paling atas antara yang paling sejuk, lepas tu, aku memang tak letak makanan2 berbau kat rak atas tu, supaya susu kita tak berbau makanan2 tu. Kalau tak bau lekat tau! Sian baby nak minum susu ada bau pelik pulak.
2. Turunkan hanya bila kita memang pasti nak guna sahaja. Sebab susu yang dah dicairkan dari tempat beku PERLU DIHABISKAN dalam masa 24 jam. Contoh kalau aku nak guna pada hari esok, antara jam 7 pagi hingga 6 petang (lebih kurang ikut time kerja pejabat aku). Aku akan start turunkan susu tu, jam 6 petang. Maknanya, susu tu boleh diguna dari jam 6 pagi sampai 6 petang esoknya. Biasanya balik ofis, sampai je rumah dalam kul 6 petang, aku dah start turunkan susu yang beku tu ke bahagian bawah peti ais. So, dalam 6 pagi esok,susu tu dah mula cair. N dah boleh kalau nak dipanaskan. Macam aku, simpan stok EBM dalam plastik aiskrim, so aku akan pindahkan susu yg dah cair tu ke dalam botol2 susu. Nanti pengasuh kita pun senang. Time baby nak nyusu, cuma panaskan je botol susu tu dalam mug atau mangkuk yang berisi air panas. Pastu, nanti tinggal bubuh aje puting susu kat botol tu. Ha..dah tersedia untuk diminum wahai anak...
ok, sekian dulu..jumpa lagi..:)
10 ulasan:
salam atia,
nak panaskan susu agak2 berapa minit?
baya~ biasanya lebih kurang dalam 10 minit kalau kita gunakan air suam panas.
Kalau guna air panas, dalam 5 minit je...(tapi, kalau guna air panas, akan mematikan nutrien dalam susu ibu)
Thanks for sharing...tapi bila i baca balik post u ..dah ada mention...x perasan
baya~welcome...sama2 kita share ilmu k! Mana yg kurang, baya leh tambah...:)
Asalamualaikum...saya nk tanya...waktu bagi susu yg cair dlm botol kpd pengasuh...pengasuh
Perlu letak tak susu tur balik dlm peti ais diorang untuk kekalkan suhu sejuk sementara anak x menyusu lg. Sebab setahu saya susu ibu yg dok kat suhu bilik hanya tahan 4 jam sahja. Tq
*Seeven*Stars*of *Deela
Ya betul tu....smpi umah pengasuh mestilah simpan balik di dalam peti ais bhgn bwh jek...utk maintain suhu balik...seeloknya dlm perjalanan ke umah pengasuh letak EBM didlm bag yg mempunyai ice pack utk maintain suhu...tq
Em nk tanye...kalu susu tu simpan dkt bhgn bwh...pastu di pnskn utk baby minum...berapejam thn kt luar?, kalu tetibe die xnk minum...blh sejukkn blk ke? Ke kene buang
as salam kak...nak tnya...kalo susu beku yg dah di cairkan boleh ker bekukan balik? ktakan kalo trlebih turunkan susu ke fridge bwh utk cairkan pas2 bila letak dlm botol tgk da ckop utk perluan bby ari 2..susu yg dah cair td bley x masok kt fridge beku? ada x entree akak psl pnyimpanan susu..x jmpe cari.. ;)
as salam kak...nak tnya...kalo susu beku yg dah di cairkan boleh ker bekukan balik? ktakan kalo trlebih turunkan susu ke fridge bwh utk cairkan pas2 bila letak dlm botol tgk da ckop utk perluan bby ari 2..susu yg dah cair td bley x masok kt fridge beku? ada x entree akak psl pnyimpanan susu..x jmpe cari.. ;)
Susu yg dah beku dan di cairkan tidak boleh di bekukan semula walaupun masih blm di gunakan... itu menurut apa yg saya faham lah...
Catat Ulasan