My F.r.i.e.n.d.s
Isnin, 14 Mac 2011
Bagaimana cara nak dapatkan hasil susu yang balance atau sama banyak?
Entri kali ni,aku nak cerita pasal hasil susu yang kita pam@perah. Camana nak bagi sama banyak. Ini ialah berdasarkan pengalaman aku sendiri. Lain ibu,mungkin lain pengalamannya. Kalau ada sesiapa sudi nak share citer ngan ibu2 lain kat sini termasuk aku,amatlah dialu2kan…
Ok, sebelum ni,aku pernah citer pasal breast aku besar sebelah akibat, susu ibu yang sebelah kanan nasi, yang sebelah kiri air?. Nak tahu lebih lanjut, baca entri ni.
Memang setiap kali lepas menyusukan anak, bila kita pam susu selepas itu,susu kita takkan sama banyak. Yang mana anak dah minum, akan kurang sikit dari yang sebelah lagi. Tetapi, bila kali kedua kita pam, contohnya lebih kurang sejam kemudian, nampak tak hasilnya hampir sama banyak ataupun memang dah sama. Kalau tak sama, maknanya, mungkin cara korang rangsang susu atau cara penyusuan korang salah. Sebabnya,kalau kita lebihkan bagi yang sebelah je, contoh asyik bagi yang kanan je, nanti breast yang kanan akan besar tak sama ngan yang sebelah lagi. Sebab ada setengah ibu, dia senang bagi sebelah kanan je, sebelah kiri dia rasa cam susah. Hmm..kalau setiap kali nyusu buat gitu, memangla takkan balance.
Aku sendiri dah alami, bila aku banyak concentrate beri yang belah kanan, yang belah kiri production susunya kurang sikit. Kalau breast kanan dah mula membengkak penuh susu, yang kiri lembut je lagi. Pastu, bila aku dah tukar rutin aku,gilir2 menyusu kiri dan kanan,barulah tak lama lepas tu, dia jadi balance. Tapi,apa yang penting, korang kena pastikan, setiap breast betul2 kosong dan ringan atau lembut, barulah korang tukar,beri yang sebelah lagi. Setiap ibu lain2. So,aku biasanya kali kedua feeding, yang ketiga, baru tukar yang sebelah lagi. Sebab, aku dapat rasa, breast aku masih berat skit lagi..Ada sesetengah ibu,setiap kali menyusu memang dah kosong habis, pastu next feeding leh terus tukar yang sebelah.
Apa yang penting,cuma pastikan breast korang betul2 dikosongkan sepenuhnya ya! (Susu memang sentiasa ada,kalau kita picit nipple, still keluar susu lagi. Cuma pastikan breast betul2 ringan. ) Kalau nak senang, setiap kali after feeding,perah jela susu tu. Lagi senang nak nampak, dah kosong belum ye tak..N lagi meningkatkan production susu tu..Jadi, silalah rajin2kan diri ye wahai ibu2 mithali sekalian…:)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
akak setuju sgt dgn entry zahirah nie..ermmm susah betol nk yakinkan ibu2 yg memang tkder kesedaran nie..kalo kita bg nasihat pun dia terima dgn mcm2 alasan..siap senyum sinis lg..kita hanya manpu berdoajer semoga suatu hari nanti diaorg akan sedar bahawa susu ibu adalah yg terbaik utk ank2 diaorg
ibuaisyah~ betul tu!memg susah sgt nak yakinkan para ibu ni ttg ilmu breastfeeding. Kdg2 nak beri nasihat pun tak sempat. Awal2 dah reject pasal susu ibu..Sedihkan..Takpe, betul kata akak, mudahan mereka akan sedar suatu hari nanti...Insyaallah..
kak zahirah : mmg betul, br saya perasaan.. cik B x sama sebelah. hahahaha, sbb asyik bagi kanan je... belah kanan lagi banyak susu dr kiri.. sekarang bg kiri je.. supaya sama besar..
salam..sy ibu baru yg sdg berpantang.masa pantang ni byk maklumat ttg bf sy dpt dr entri2 zahirah.zahirah,nak tny kan kite kena pam breast slps menyusu,pam disini maksudnye pam side yg kite bf baby shj ke atau pam breast dua2 side?sbb sy hny pam side yg sy df kat baby tp sebelah breast lg susu dah menitik.so ape ptt sy buat?jika sy pam dua2,nnt baby bgn breast dah ringan.ape yg sy notice baby seolah2 tak puas minum after pump breast
Sis,saya langsung xbg baby bf belah kanan,sbb puting xde,n baby pun xnak..bila pam belah kanan 2titik je susu yg kluar..mcmana nak bg byk susu belah kanan ye..
samala...akupun gtu....
Catat Ulasan