My F.r.i.e.n.d.s

Ahad, 7 Oktober 2012

Tips Memilih Breastpump

Salam sayang buat pembaca blog yang dikasihi...Semoga kalian sentiasa di bawah lindunganNya...

Pada kali ini, aku nak share tips untuk memilih "breastpump". Tips ini mungkin sangat diperlukan oleh ibu2 yang 1st time pregnant (1st time mommies) atau yang baru nak berjinak2 dengan dunia penyusuan. Perlu dan wajib kita ambil tahu bagi mengelakkan pembaziran dan penyesalan di kemudian hari kerana "terbeli" breastpump yang tidak diingini atau sekadar sebagai hiasan semata2. It's a No, no, no....ok dear

Tips memilih:
1. Keberkesanan mengepam
Pastikan pam yang ingin dibeli "suction" nya seperti bayi yang sedang menyusu. Kebiasannya kita biasa dengar antara yang TOP ialah pam jenama "spectra 3" dan "avent". Boleh juga google untuk dapatkan senarai pam yang teknik sedutannya ibarat bayi yang sedang menyusu. Insyaallah, ketika sesi pengepaman nanti, susu akan keluar dengan lebih lancar dan rangsangan mudah terjadi, serta sangat selesa N tidak menyakitkan.

2. Ketahanan pam
Dicadangkan, cari pam yang tahan lasak serta motornya tahan untuk sesi pengepaman yang kerap. Biasalah ibu menyusu yang bekerjaya sudah pastinya akan lebih kerap mengepam berbanding dengan ibu yang tidak bekerja. Kerana stok susu sangat2 diperlukan bagi ibu yang bekerja serta kerap keluar berkursus. Boleh rujuk pada jurujual dan tanya betul2 pam mana yang jarang mengalami kerosakan motor dan sebagainya.

3. Jenis pengepaman
Ikut keselesaan masing2 serta kemampuan. Terdapat dua pilihan, samada untuk memilih "single pump" atau "double pump". Kelebihan "double pump" ni, sekiranya kita hanya mempunyai masa yang agak "limited" untuk memerah, sebagai contoh, hanya 15 minit sahaja dapat diperuntukkan untuk memerah, maka "double pump" adalah pilihan yang terbaik. Sebabnya, kita akan memerah keluar susu dalam masa yang serentak. Bukan bergilir2 seperti "single pump".

4. Keselesaan
Pastikan, corong pam yang akan dilekapkan ke atas breast kita, mempunyai alas getah yang lembut serta selesa. Lebih baik, corong pam yang mempunyai pelbagai saiz. Disebabkan, kita semua ni unik, ada pelbagai saiz. Tetapi kebiasaannya, corong sedia ada dijual telah pun direka dalam saiz yang standard (atau kata lain, FREE SAIZ).

5. Pam manual atau elektrik
Terpulang kepada keselesaan masing2 samada nak memilih pam yang manual atau letrik. Pada pandangan aku, manual agak letih dan cepat lenguh. Ia mungkin sesuai digunakan bagi ibu2 yang jarang mengepam. Bagi aku yang sangat komited ini (setiap 3 jam), sudah pastinya, pam letrik adalah yang terbaik untuk aku. Jimat masa dan cepat. Cuma kekurangannya, ialah, taklah se"flexible" pam manual, kita boleh pam walau di mana, sebab tak memerlukan plug point. Tapi, untuk breastpump sekarang, plug point untuk kereta pun ada. So, mudah sangat kan. (Apa2 hal, klu emergency, korang guna teknik marmet okeh...! Memerah keluar susu guna tangan. Yang ni wajib belajar!....)

6. Cara pam beroperasi
Ada banyak juga, antaranya:
a) Battery operated
b) Electric operated
c) Battery & electric operated
d) Manual

Pilihan di tangan anda ya...

7. Suction
Pilihlah yang menyerupai bayi menyusu dan yang boleh dilaras kuasa sedutannya. Setiap orang lain2 keperluannya, ada yang perlukan suction yang kuat, ada yang suction slow pun ok...

8. Parts
Kalau boleh, cari yang mudah ditanggal dan dipasang semula ketika sesi membersihkan pam. Macam aku, still nak promote "spectra 3" gak. Sebabnya, spare part dia mudah nak cari, murah, n tak banyak yang perlu ditanggalkan untuk dicuci. Cuma cuci corongnya saja. Bestkan....

*gambar ihsan google. 

9. Sounds
Ok..yang ni memanglah antara yang wajib untuk dipertimbangkan. Ada sejenis pam nih, aku tak sampai hati nak sebutkannya namanya (P bukan nama sebenar), antara breastpump yang bunyinya punyalah kuat. Satu kampung leh dengar N tahu kita tengah ngepam. So, berhati2lah dalam memilih pam ya. Cari yang sound dia, senyap je...Lagi tak bunyi lagi bagus. Bukan apa, setiap kali nak ngepam, kang jadi perhatian pula...

10. Mobility
Pilihla pam yang korang rasa selesa n flexible untuk dibawa ke sana ke mari. Yelah, sesi ngepam paling kurang 2 kali kan. Ni kalau beli set pam yang terlampau banyaklak compartment nyer...cam lecehlak kan... Penat kat kita yang nak usung dia ke sana ke mari. Kalau kita memang stay di ofis takpe. Buatnya kena keluar contoh gi kursus ke apa, dah kena bawak beg besar2.

11. Budget
Belilah pam yang sesuai ikut kemampuan. Tak semestinya beli pam beribu, susu dapat banyak. Sama je. Mana2 pam sama sahaja. Cuma pastikan, ia selesa, tak menyakitkan, suction macam baby yang sedang menghisap n senang nak bawa ke mana2. Kalau boleh, beli time promosi ok! Beli masa jualan murah. N survey dulu harga pam. Jangan main beli je. At least kita dah tahu harga, senang nak nego nanti. hehe...Apa susah, google je. Teknologi di hujung jari kan.... :)




Kesimpulannya, pastikan "breastpump" yang ingin dibeli kualitinya bagus dan tahan lasak + tahan lama. Sebaiknya google atau bertanya dengan rakan2 lain pendapat serta pengalaman masing2 dengan pam sedia ada. Boleh juga google pam yang sedang dipromosikan dengan harga yang menarik. Kemudian baru decide nak beli yang mana. Lagi bagus kalau ada yang boleh "test drive". Hehe... (ingat kete je ada test drive, breastpump pun ada tau!)

Ok, sekian saja untuk kali ini...

All the best....

Selamat maju jaya dalam penyusuan...

* Lagi 2 bulan lebih Ilman genap 2 tahun disusukan...Insyaallah
 (Wpun sedang pregnant anak ke 3 sekarang ini, usia baby baru 9 minggu)
Doakan kami selamat dan sihat sejahtera hendaknya....Amin...

salam sayang,
~atia~

6 ulasan:

Green Apricot berkata...

Artikel yang menarik. Akak dulu masa anak sulung, tak pandai guna breast pump. Guna tangan je. Tapi alhamdulillah, boleh la tampung keperluan anak kat nursery. Dah 10 tahun anak akak tu. Cepatnya masa berlalu.

Masa anak ke2, yang premature, lahir minggu ke 27 dgn berat 745g, akak guna breast pump elektrik. Sbb bekalan susu kena ada 2x ganda. Alhamdulillah, dapat susukan sampai 2 1/2 tahun. Dah nak masuk 4 tahun anak tu.

Alhamdulillah. Susu Ibu mmg terbaik. Insya-allah, allah permudahkan dengan susu yang banyak.

zarina berkata...

salam.

ni nak tanya. sebab i dah nak start kerja lagi 3 minggu. kalau 1st pump tu cuma dapat 1 or 2oz lepas yu 2nd pump after 2hours dapat lagi 1 or 2 oz. soalanya bole tak i campurkan susu dari 1st pump dan 2nd pump dalam satu botol yang sama? :) faham tak soalan i?

zarina berkata...

lagi satu. berapa lama bole kita simpan susu dalam frezzer??

Asyikhin Rusli berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

cantiknya awak. awak pakai produk apa ye? nak tanya, time breastfeed, boleh x minum collagen from japan spt colla plus. ada x petua kuruskan badan? hehe banyak pula soalan. u really beautiful ;)

zakiah malik berkata...

saya baru beli tiny touch mini series..tp suction x kuat..susu pun x nak keluar sedangkan breast dah bengkak penuh susu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...