My F.r.i.e.n.d.s

Sabtu, 20 Oktober 2012

Mummy, Pls Don't u ever say "Susu saya tak ada!"

Salam sayang buat pembaca blog yang dikasihi.... Mummy2 and daddy2 dan juga bakal mummy2 dan daddy2 yang sudi singgah membaca di blog ini.....

Topik kali ini agak hangat sedikit, bukan sengaja di "create" tapi secara paksa rela di "create" juga, disebabkan masih lagi terdengar2 di telinga aku ayat2 panas ini... Bukan apa, aku agak "allergic" malah terasa panas saja telinga ini bila mendengar ayat2 seumpama... Contoh macam "susu saya tak ada", "keturunan saya jenis tak ada susu", "susu saya memang tak keluar lepas bersalin" dan sebagainya....

Maaf cakap, aku memang tak leh terima walau apa saja alasan ini (bagi aku alasan untuk menutup kemalasan atau ketidaksungguhan dalam penyusuan).

Apa yang u all expect selepas bersalin agaknya ya? Susu keluar secara tiba2? Sekali perah susu dapat sebotol susu? Breast membengkak secara sepontan? Susu penuh sampai melimpah2 baru dikira u all ada susu?...

Plsla...tolong study dulu and buat research demi anak yang dikasihi mengenai penyusuan ini. Jangan mudah2 membuat andaian sendiri atau terpengaruh dengan anasir2 negatif ini...(makcik2 sibuk, atau nenek2 yang kurang arif tentang penyusuan dan memberi pandangan berdasarkan cakap2 kosong sahaja...)

Tapi, jangan juga tunjuk biadap atau berlagak pandai kepada golongan seperti ini, sekiranya korang diuji dengan situasi "Eh, cukup ke susu kau tu?", "keturunan kita memang takde susu nak...", "susu ibu saja mana cukup untuk baby, mati anak kau nanti", "anak minum susu ibu, kurang zat", "jangan berkira dengan anak nak beli susu tepung...", "eee...nampak sangat ko ni jenis pemalas kan, nak bancuh susu anak pun berkira", "baby kena bagi minum air masak, panas badan dia nanti", "susu belah kiri air yang kanan nasi" dan yang sewaktu dengannya...



Apa yang harus korang lakukan ialah sabar...sabar...dan sabar... Buat research, research dan research... Tanya pada yang pakar, even dengan doktor pun, bukan boleh tanya pada sebarang doktor, sebaiknya bertanya pada yang PAKAR TENTANG PENYUSUAN.... Dengan rakan2 seangkatan pun (ibu2), jangan tanya pada yang GAGAL breastfeeding, bertanyalah pada yang BERJAYA dalam dunia penyusuan..... Dalam dia BERJAYA tu, cuba dengar dulu cabaran2 mummy itu sebelum berjaya, mana tahu sama situasi dengan kita... At least boleh dijadikan pedoman untuk kita supaya berjaya juga....

Kalau korang sudi baca kisah aku dari mula dalam dunia penyusuan ini, baru tahu perit getir dunia penyusuan ini. Itu permulaan, malah sekarang jadi kenangan manis pula. Dan seolah2 aku ialah wirawati dalam perjalanan dunia penyusuan aku sendiri... (dengan rendah diri aku memuji diri sendiri, sebab segala kesusahan dulu masih segar dalam ingatan)... Dan aku pun tak nak terlepas ucapkan BILLION TAHNIAH kepada semua ibu2 yang berjaya dalam dunia penyusuan tidak kira bagaimana cabaran yang dilalui....

Sekurang2nya, dapatkan ilmu yang tepat. Jangan dengar cakap orang, terus setuju dengan pandangan tersebut. Study dulu...baru buat keputusan...

Apa yang mak aku pernah cakap suatu masa dulu, "keturunan kita jenis takde susu" n lain2 lagi benda negatif, serta kata2 makcik dan juga beberapa rakan2 ofis suatu masa dulu, masih terpahat diingatan. Dulu aku benci dengan kenangan itu, tetapi sekarang, aku nak ucapkan terima kasih kepada mereka, kerana disebabkan alasan2 tidak logik inilah yang membuatkan aku terus berusaha untuk perjuangkan dunia penyusuan dan share dengan korang pengalaman tersebut... Disebabkan mereka jugalah (asyik berikan alasan2 yang tak logik dek akal), aku jatuh cinta pada dunia breastfeeding... Sebab aku lebih rajin nak study dan buat research tentang penyusuan ini....

Reminder ringkas di sini, aku harap sangat2, mummy2 n daddy2 mesti saling kuat n memberi sokongan di antara satu sama lain. Kemudian, berkenaan penyusuan bayi ketika lahir, pada peringkat permulaan, SUSU MEMANG TIADA, kolustrum yang akan keluar dulu (apa yang Allah beri sangat sempurna, malah cukup untuk bayi yang baru lahir pada ketika itu, perutnya hanya sebesar guli). Dan susu kolustrum yang ada pada ibu, kalau kita cuba perah masa lepas bersalin (adalah dapat sesudu kot atau mungkin tak keluar) disebabkan ibu2 baru 1st time bersalin. Itu bukan bermakna korang tiada susu, kadang2 bila ilmu tiada, cara perahan pun salah, memang dia taknak keluar, melainkan dengan cara anak yang menghisap. Kerapkan penyusuan, insyaallah susu akan keluar malah cukup untuk bayi. Lagi banyak rangsangan lagi banyak susu yang keluar... Tolong study dulu "bagaimana susu ibu terhasil". Segan bertanya, "google" saja. Jangan lupa, mohon pada Allah agar dimudahkan perjalanan penyusuan. Insyaallah pasti ada jalannya...

Lagi satu aku nak ulang, "jangan sekali2 cakap korang takde susu" dan yang sewaktu dengannya... Sedangkan mummy2 yang menghadapi masalah "nipple tenggelam", "anak tak nak menyusu direct", ibu yang "exclusive pumping" pun boleh berjaya menyusu hingga dua tahun...Inikan pula kita yang tiada masalah ini. So, pls study dulu ya....

Sekian sahaja untuk kali ini. Semoga kalian berjaya dalam dunia breastfeeding. Anggap setiap perkara yang terjadi berhikmah... Insyaallah kita tidak akan mudah mengalah....

"Menyusu itu indah...."

salam sayang,
~atia~

17 ulasan:

Unknown berkata...

saya x dapat susukan anak sy 3 hari pertama. kami kena tahan wad asing. bila cuba perah keluar darah..sedih.doc pun tak kasi bf dulu.tp doc suruh terus perah..hari ke-4 baru kua susu..alhamdulillah walaupun lewat tapi muhammad naufal sekarang hanya menyusu badan.

OmbakBaik berkata...

ye setuju...semangat gile bile bace entry ni..da minggu ke 36 ni..niat dalam hati saya nak bf sepenuhnye..tengsss a lottttt

Riana berkata...

Yeah..suka sgt n3 ni..buat sy lebih semangat!..skrg dah 35 weeks..semoga Allah mudahkan urusan sy nt =)

faraMommyUmayr berkata...

salam atia,

finally sy jmpa super duper blog sal bf world.alhamdulillah.fyi, sy salah sorg mommy yg gagal bf anak dek kerana kurangnya ilmu didada.sy berharap sgt klu preggy lg akn dtg (2nd child), sy bertekad untk fully bf.cukuplah ngn rasa kesal yg sy hadapi smpi ke hari ni akibat xdpt bf anak sy yg dh berusia 1yr 4mnths skang.

anyway,salam perkenalan buat atia n harap dpt keep in touch n share idea n ilmu in this fabulous blog.

big tanx dear!

Tanpa Nama berkata...

saya dulu pun, mak sendiri pun suruh campur, takut x cukup susu. anak lelaki, minum byk katanya. nanti dah kerja. susah. tapi tu lah, kena jadi katak pekak. ye kan je apa dia kata. tak yah lawan. kalau beza pendapat, diam je. last2 bila dia tgk saya ok je, anak pun xde prob, jarang sakit. seronok bila dpt inspire sepupu yg lain utk fully bfeed :)

- AZIE - berkata...

sy sdg preggy 18w, harap sgt dpt bf baby secara ekslusif selama 6bulan..baca entry nie btl2 beri semangat..kebanyakan membe dkt ofis nie tnya kenapa dh xbf baby..seme ckp susu dh tak de..sy harap rezeki baby nti ada, sbb sy mahu berikan yg terbaik dlm tempoh 6bulan tue.

ruslina berkata...

Memang pedih telinga kan dengar komen-komen org. Tapi terpaksa senyum ja tanda hormat. Saya dulu 3 minggu bersalin tapi susu menitis saja. Beli breastpump beria-ria, susu keluar 3 sudu ja... Rasa nak menangis (menagis dah pun)Baby tak pandai2 latching ..rasa nak give up (nasib baik my mom in law insist... very annoying but she's one of my success factor)

Lepas search internet baru tahu bukan saya seorang masalah susu lambat keluar, raaamai lagiii.. masa tu baru rasa ringan hati.

Actually saya kasihan mereka2 yg tak berusaha utk bf, sbb tak ada pendedahan. Kiri kanan org bagi formula, kitalah kena dedahkan kpd saudara-mara. Jadi duta susu ibu!!

p/s: alhamdulillah sekarang dah bf setahun 3bulan

Tanpa Nama berkata...

setuju sbb saya pun mengalami nasib yang sama.. bayaangkan walaupn saya dah tunjukkan buku tentang penyusuan ibu , namun ibu saya tetap berkeras susu sikit

♥•✿mrs cik@n •✿♥ berkata...

dear,teruja sgt baca blog u ni...mcm2 info dpat at same time boleh share dgn kwn2 kat off,jadi sy nak mtak izin copy paste tul letak dlm group bf mummy di office ni...lagi satu nak tya mn nak beli termos warmer tu??pueh dah den cr tak jumpo..

Tanpa Nama berkata...

Sgt bersetuju..heran bile ada mommies ckp yg dorg xde susu..sbnrnyr, pgalamn sy utk myusukn ank juga sukar krn nipple dua tenggelam..tp my luv hubby tersgt2 memberi sokongan dan kata2 peransang utk berusha myusukn ank..drpd nipple tgelm, berdarah, puting melecet, susu kering....tetap hubby suh sy usaha susukn ank sbb bgnya susu ibu tesgt pentg utk antibodi ank dan megeratkn hbgn ank dan ibu..alhamdulillah. .dgn segala kesukaran yg dihadapi..tetapkn mind set mohon Allah izinkn sy utk myusu ank2 sy...mkn mknn yg memperbykkn susu cm lobak putih, longan, pegaga...syukur..sy mampu myusukn ank 1st sy smpi ckup 2tahun full bf dan ank 2nd sy jgk full bf skrg da umur setahun..nasihat sy pd ibu2..usaha bersungguh2, jgn malas, jgn set dlm kepala xde susu, positive thinking...insyaAllah.dan kpd suami2..berikan sokongan dan galakan pd isteri2 utk myusukn ank..tjkkn sikap keprihatinan kita dlm usaha isteri myusukn bby...insyaAllah.jln terakhiradalah doa dan tawakal pd Allah swt...

BabyAnnur Shoppe berkata...

Tahniah for sharing with us this useful blog :-) sy pn mengalami jg ujian itu (mak dok suh bg susu botol), tp sy tetap degil nk bg bf. Alhmdllah, niw she's 3y, kdg2 nk bf lg, rezeki ank2. Lgpun mmg hak mereka susu ibu. Apa hak kita untuk menafikan hak mereka? My 2nd daughter pn fully bf alhmdllah..yes, what u thnk is what u get :-) think positive!

BabyAnnur Shoppe berkata...

Tahniah for sharing with us this useful blog :-) sy pn mengalami jg ujian itu (mak dok suh bg susu botol), tp sy tetap degil nk bg bf. Alhmdllah, niw she's 3y, kdg2 nk bf lg, rezeki ank2. Lgpun mmg hak mereka susu ibu. Apa hak kita untuk menafikan hak mereka? My 2nd daughter pn fully bf alhmdllah..yes, what u thnk is what u get :-) think positive!

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dengan pandangan saudari..Semua ibu secara semulajadi mempunyai susu..dn untuk mengeluarkan susu untuk anak pertama memang "menyiksakan"..Berdarah, melecet,bengkak semua ada..tp berkat kesabaran memang susu akan keluar..byk atau sedikit lihat brapa byk kita bg direct n pump..Alhamdulillah, anak sy sulong minum susu ibu tanpa campur selama 2 tahun..tapi anak ke-2..sy dh campur dgn S-26, bukan sb xcukup susu tp tak larat nk pump :( ..untuk ibu2 diluar..teruskan usaha untuk bf baby ye..jgn mls mcm sy..hehehe

Unknown berkata...

Betul2....agree sangat2 experience saya pun sama....tension betul bila first day balik ..pastu siap ada org soh SIL pulak yang susukan anak saya....dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu...

http://sihatdananggun86.blogspot.com/


Unknown berkata...

sy suka blog ni. :)

sy pon sama xd pendedahan awal sb fmly sume y bekerja bg susu formula sejak sebulan anak lahir.tgh pantang bru tau psl apa itu sbnrnya breastfeeding n kebaikan nya.
dgn ilmu y sgt sikit tu, n pantang kat uma mentua, jauh gan suami mmg sgt mncabar. nk yakingkan org sekeliling dgn ilmu y sgt cetek, kdng2 kalah sndr. +_+.

hbis pantang bru sy tau kt internet BERLAMBAK info psl breastfeed. bru tu la nk beli pam, nak beli sume bnde2, nk bljr pki, bljr handle ebm..mmg da cmpur fm gak masa pantang tp now cume cmpur sekali on weekday j sb pam still x ckup (breast sblh krng gila susu sb x ajar anak susukan kat situ mse pantang).

Ape pun, bljr dr pnglamn, anak ke-2 nanti, mu tnggu mama breastfeed mu exclusively ye.

hadyla rose berkata...

memang betul hati kena kuat, sabar, sabar, sabar
banyak dugaan kan ;-)

Osama berkata...

Setuju..susu badan sy hanya keluar pd hari ketujuh..namun sekarang anak sy fully brestfeed.😀

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...