My F.r.i.e.n.d.s

Jumaat, 1 April 2011

Cara paling jimat ruang simpan stok susu ibu atau EBM.

Salam..arini kita nak cite pasal cara simpan stok susu ibu yg leh jimatkan ruang peti ais. Ini dah kali kedua aku citer N ulang tayang. Tapi takpe. Kali ni citer lagi sbb peti ais aku dah pun penuh ngan stok susu. Tak muat dah. Yela..bukan pe. Aku bukak cite pasal ni pun,sebab bukan semua ibu yang mampu beli botol susu banyak2. (macam aku ni..hehe..) Ingat murah ke botol susu tu.Lagi plak,wat nyemak rumah je. Wat penuh almari je nanti klu dah tak pakai. Tara...ni dia stok susu yg aku simpan skit demi sdikit..




Malu ler lahai nak tunjuk kat korg sebenarnya ni... Sebab tak byk mana pun. Tp,improve skit la, dari anak yg pertama dulu. (sbnrnya leh buat byk dari ini. Tp,aku agak malasla kebelakangan ni. Sebab,aku dah mula menyusukan anak aku yg umur 2 tahun 1 bulan tu semula. Takdela sepenuhnya. Cuma, leh jadi pembantu stimulation semulajadi. Senang,takyah bangun  siap sedia pam.Kalau terasa penuh,bg je kat si abangnyer minum..Ni salah satu cara gak untuk tingkatkan production susu. Ingat ye teori ni,"lagi kerap kosong breast,lagi banyak kilang susu akan produce."

Kalau,dikira2 ada lebih kurang 100 batang aiskrim tuh. Setiap satu mengandungi minima 2oz. Maksimum, 4oz yg aku isi. Sebab tu batang aiskrim tu ada panjang pendek.Nampak tak betapa jimatnya space kat situ. Sebenarnya, plastik aiskrim ni, kak shaza (idola aku) tu yg kasi. Tak tau dia beli brapa harga. Dia kata murah jee..(Alah dia memang gitu, baik sangat N tak berkira ngan aku). Kalau nak compare harga botol susu. Aku tak mampu nak beli banyak2, N rasa cam nyemak je banyak2 tu. Ni yg ada pun,kalau jatuh bergelimpangan kat lantai,punyala bising. Macam org tgh gaduh laki bini, baling2 benda...haha..

Rasionalnya guna plastik aiskrim/ breastmilk storage linear dll yg sewaktu dgnnya:

1. Leh jimatkan space yg byk kat dlm peti. Sebab semua stok tu leh ditindan2 bila masing2 dah beku. (dulu pernah guna bekas dadih tu, itupun takleh simpan banyak gini) Sebab dia takleh tindan rapat2 cam batang aiskrim ni. Kena susun ala2 susun tupperware gitu..)
2. Leh bahagikan siap2 brapa oz yg secukupnya anak kita minum. Takdela membazir nanti.Biar anak minum sikit2, tapi kerap. Yg ptig tak membazir setiap titis susu tu. (Klu boleh biarlah setiap titis tu masuk ke dalam perut anak kita ok! :)...  ) Standardnya, biasa baby minum 2oz atau 3oz sekali minum. Baby kan minum setiap 2-3jam kan. Bila dah 6 bulan ke atas, dalam 4oz ke 5oz gitu.lbih kurang la..)
3. Tak payah nak strealize. Pakai buang aje. Senang kan.
4. Tak perlu kuar duit banyak beli botol. Sebab, setiap 3/6 bulan sekali,botol yg kita guna tu,kena tukar kan. (buang ek??aku pun tak sure..)
5. Bila botol tu dah tak pakai, takdela semak ruang almari atau laci kita nak simpan botol2 segala tu. (hubby aku pun cam tak suka je tgk botol susu tu byk2, semak dia kata).

Disebalik itu, ada gak kekurangannya..Tapi,kekurangan ni,bagi aku enteng je. Drp nak kuar duit beli botol susu banyak2 tu.

Kekurangannya ialah, bila susu tu dah mencair pada awal pagi esok (sblm korg gi keje). Kenalah tuang masing2 aiskrim susu cair tu ke dalam botol masing2. Kalau tak,minta tolong pengasuh yg baik hati itu,tuangkan ke dalam botol susu,kmudian baru panaskan. Jangan lupa pesan lak!!! Kang korang main bagi je,apa2 jadi pada anak korg kang aku lak yg dipersalahkan. Plastik tu,takleh dipanaskan tau! Nanti kuar bahan kimia berbahaya lak. MESTI tuang dalam botol susu dulu, pastu baru panaskan.

Okay...selamat mencuba! Happy Breastfeeding dear...!!! ;)

22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tiba2 rasa nak gi beli plastik aiskrim...huhu...tp petiais 1 pintu je.stok pun 2mggu je la..huhu...

zahirah zainal berkata...

hmm..susah gak kan klu peti ais satu pintu je...tak byk stok boleh simpan...

Lin berkata...

salam..sy tengah preg 8 bulan anak pertama...memang berazam nak fully breastfeed...kalau guna plastik aiskrim nie, nk kena sterilise ker??

zahirah zainal berkata...

lin~ wslm...tahniah & selamat menjadi ibu mithali...Bagusnya, awal2 pregnant lagi dah plan nak fully breastfeed. Insyaallah, dengan semangat yg kuat, keyakinan yg tinggi pada rezeki Allah, pasti lin takkan patah semangat utk berjaya dalam misi breastfeeding ni. Sy doakan semoga berjaya, dan semoga tabah & kuat menghadapi cabaran2 serta halangan2 yg bakal dilalui dan ditempuhi pada awal2 kelahiran.
Jgn lupa banyakkan dengar kisah2 serta cabaran2 ibu yg berjaya ye!! :)

Pasal plastik aiskrim tu, tak perlu steril lagi. Senang kan. Kalau botol, habis guna kita kena cuci semula. Kalau plastik, pakai buang saja, N dah confirm kebersihan dia. Insyaallah.
Selamat menyusu N melalui detik2 indah sebagai ibu!...:)

Tanpa Nama berkata...

boleh ek guna plastik aiskrim ni..bukan ape, tkt x terjamin kebersihannya berbanding storage liner tu..klu ok, nk cuba gak..rimas dh penuh dgn botol2..huhu

zahirah zainal berkata...

Boleh..insyaallah...selama ni sy guna pun, kak shaza (idola sy) yg beri idea...Tp, kalau ada duit lebih sikit, belilah storage linear tu. Cuma nak susun kemas2 macam plastik aiskrim, kena seal guna 'plastic sealer'. Kalau ikat guna getah, tak sejimat 'space' macam plastik aiskrim. Tapi, still mudah N jimat space, compare guna botol2 susu banyak2 tuh.. :)
Happy breastfeeding...N selamat mengumpul stok! :)...

Tanpa Nama berkata...

slm.. xpe ke guna plastik aiskrim ni..xde bhn kimia merbahaya utk baby ke? teringin nk guna sbb leh pakai buang jer.. tp risau sbb diorng buat plastik ni ada ke pikir yg baby akn guna.. botol pun skang kene beli yg xde BPA..plastik aiskrim ni xde ke??

zahirah zainal berkata...

wslm...plastik aiskrim ni boleh guna N selamat untuk baby.
Yg mereka tekankan pasal penggunaan plastik yg BPA n PP free tu, sebab kita akan panaskan botol susu tu. Pemanasan akan mengeluarkan bahan kimia berbahaya dari plastik. So, kalau guna plastik aiskrim tu nanti, bila nak hantar kepada pengasuh, transfer siap2 susu ke dalam botol susu tau!
Senang je kan, dah pakai buang, jimat space n tenaga. Hehe... :)

Selamat menguruskan stok EBM..:)

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah...dapat panduan utk menyimpan ebm..terima kasih..mohon share di fb ya:)so kawan2 yg fully bfeed bole view skali:)

zahirah zainal berkata...

tanpa nama~silakan..sharing is caring...:)

Muna Mohammad berkata...

owh..tak pernah cuba simpan pakai plastik aiskrim msia ni..cuma nak tanya klu plastik aiskrim ni masuk deep freezer ok ke tak? kot2 la akan merosakkan ebm yg dok dlm pek tu

muna mohammad
hoppey_luckie@yahoo.com
mummysnote.com

Unknown berkata...

salam kak,boleh tak sy nak share aiskrim susu ni kat blog sy?sbb sy tertarik dgn cara penyimpanan akak ni..hehe..

Mama berkata...

Saya pun macam awak....ada gk guna plastik aiskrim...mudah skit kn...jimat ruang...jimat duit...hehehe....:)

Tanpa Nama berkata...

Slm, tq for d info, sblm ni mmg pakai plastik eskrim ni utk stok ebm, tp stil was2, skang dh konfiden, tqvm n mohon share

ieta berkata...

hehe...tgh mencari idea utk plastik simpan susu, jumpa blog pn. zahirah ni. Memang jimat & geliga otak puan. Thanks atas perkongsian

Tanpa Nama berkata...

salam..nak tny,kalau simpan stok susu dlm plastik aiskrim ni dlm peti ais 1pintu,tahan lama ke ye?coz mmg nk wt stok byk2 b4 msk ofis blk hehehe.tq

Unknown berkata...

Nice:) Nak cuba idea ni juga:) thanks for sharing.
btw camne labelling bila guna plastik ice cream malaysia ni?

Tanpa Nama berkata...

Mmg jimat ruang..cume plastik eskrem nipis..kene handle bebetol.cepat bocor..pengalamn sy

Unknown berkata...

Tengah mencari2...da jumpa blok ni bgus bg idea..tp nk label date tu x hilang ker pki marker.nk tahu date kan.

Izan berkata...

Salam, sy ni first time nk try full BF, tader pengalaman. Nak tny, nnt pagi2 kita masukkan susu yg dlm plastik ais krim tu yg cair ke dalam botol, mcm mn pengasuh nak simpan susu tu utk pastikan ia tahan samp ke petang time kita balik keja yer...sbb pengasuh tak boleh bekukan balik susu tu...ke dia just simpan dlm peti sejuk yg suhu biasa...

Unknown berkata...

Plastik aiskrim tu kena cuci dulu x.. Ke terus je isi susu dlm pastik tu..

Unknown berkata...

Saya pun guna plastik aiskrim begini untuk jimat space and money. hehe.. tak minat banyak2 sangat guna botol. Renyah.

Untuk di pejabat, penyimpanan susu perahan saya hanya simpan di dalam termos. Bila balik rumah, baru tuang susu ke dalam plastik dan sterilkan termos seperti biasa. Tak perlu bawa beg berat2 ke pejabat. Hanya termos dan pam.

I like your blog. Membakar semangat untuk fully breastfeeding. Thanks for sharing the journey yang banyak relate dengan ibu-ibu menyusu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...