Bismillahirrahmanirrahim
Salam all pretty breastfeeding
mummy. Didoakan semoga kalian sentiasa sihat n ceria di samping meneruskan
perjuangan penyusuan yang diakui tidak semudah yang disangka. J
Syukur Alhamdulillah, akhirnya
saya dapat baby girl untuk anak yang keempat ini. Cuma saya nak terus ke tajuk
entri (tak sempat nak taip panjang lebar maklumla anak dah empat, mamanya dah
macam sotong sekarang ni. Kalau ada 5-6 tangan pun bagus juga boleh bertindak
lebih pantas).
Since ramai mummy yang dah rindu
ngan post saya, since ramai yang dok pujuk-pujuk minta saya update. Saya dengan
gigihnya update jua sepatah dua kata ya.
![]() |
Gambar sumber: http://kemh.health.wa.gov.au/services/breastfeeding/images/baby-cues.jpg |
Kali ini tajuk entri ialah
tentang:
KENALI TANDA BAYI INGIN MENYUSU
2. Mulut terbuka dan mencari-cari
3. Merengek lembut
4. Menghisap jari, tangan, selimut, cadar atau apa sahaja yang boleh disumbat ke mulut
TANDA AKHIR (tak
selamat dan anak start melalak) INGIN MENYUSU
- Bayi mula menangis dengan kuat
- Bayi mula merajuk dan susah untuk dilekapkan ke payudara
Haa..nampak tak? Yang selama ni
kita dok tangguh-tangguh nyusu sampai anak dah pun berteriak nangis, punyalah
gelabah nak nyusu sampai mak atau mak mertua pun dah gadoh panik cakap susu kita
tak cukup. Kenapa? Sebab anak pun dah merajuk bila kita dah stress, susu pun
lambat nak keluar lagilah buat anak mengamuk. Sudahnya bila bancuh susu
formula, anak jerit berteriak, kita dok sumbat puting botol tu dalam mulut
anak, anak pun diam nyusu gopoh-gapah punyalah haus lama dok tunggu nak nyusu.
Ha..dan-dan tu jugak, terus suami n mak cakap, “susu tu tak cukup, sian dia
haus ha..elok dia tido ni…” adoi…untuk first time mummy mesti akan down n
sedih.. tambah lak tengah berpantang kan… (Faham perasaan tu… L )
So sekarang ni, bila u ols semua
dah kesan tanda anak nak menyusu, terutama bagi ibu yang sedang berpantang,
cepat-cepat nyusukan anak sebelum dia dah merajuk menangis berteriak, sampai
orang sekeliling dok panik minta kasi susu formula. Ok? Ada faham faham? Good
girl! J
Semoga Berjaya!
Okeh…safiyyah pun dah menjerit
(ni bukan sebab lambat menyusu, ni sebab abang-abang dia dok lompat atas katil,
dia terperanjat lalu tension n nangis berteriak). Wuu….
Sekian n jumpa lagi.
Salam rindu dan sayang,
atia
FB: www.facebook.com/menyusuituindah