My F.r.i.e.n.d.s

Jumaat, 3 Jun 2011

Makan Kurma, Memang hasil Lumayan!

Salam,
Kali ni, tentang milk booster pulak. Ok, firstly,kena faham, milk booster setiap ibu lain2. Kita kena cari sendiri, mana satu makanan yg secara tiba2 leh menyebabkan susu meningkat dgn mendadak. Kebanyakan list yg biasa korang dapat tu, antara booster yg popular, N kebiasaannya 'menjadi' bila kita makan. Tapi,pada mana2 ibu yg tak nampak sebarang kesan, jangan putus asa. Cuba lagi dan mencuba, sampai tahu, makanan @ minuman apa yg leh meningkatkan susu kita.

Hmm...dah lama tak makan, 'Qaseh Adinda' (mengandungi makanan sunnah terpilih). Tiba2 (kalau) aku teringat, aku makanla. Jadi hasil susu aku tadi, jadi seperti ini (hasil susu siang tadi, snap fresh dari ladang...hehehe..).....>>>>
 Takla banyak manapun,cuma sedikit banyak dari biasa. Oh...tapi pernah juga dapat sehingga ini (6-6 tu semua botol susu aku)....>>>>
hmmm...perlu diingat. Nama pun kadang2. Bukan selalu dapat macam ni. Tiba2 kalau dalam hati aku,banyak sangat taman rama2 (riang gumbira), susu aku pun leh jadi banyak dari biasa. Tak payah makan milk booster pun,leh dapat banyak gak. Betul tak...:) Yg penting niat kena betul. Menyusu kerana ingin menunaikan hak anak spt yg termaktub di dalam al-quran,sehingga genap 2 tahun,bagi ibu yg ingin menyempurnakan penyusuan. Bukan untuk siapa2, tapi untuk kita dan anak kita. Wallahualam...

Tapi, kalau tengah sedih...walau pam ikut waktu pun, yg kuar adala, 1 oz lebih...Takpe2...rezeki tu...Hmm..tapi perasan tak,cth kalau kita perah tadi dapat 2oz je, kurang dari biasa, next session dapat banyak kan. Biasanya double. Seolah2 menggantikan susu yg tersangkut kat dalam tadi. Hehe...Tu aku cakap, jangan ambil kisah berapa hasil dia, yg penting, bila dah habis sesi pam 3-4 kali (kat ofis), hasilnya, cukup untuk anak kita minum esoknya. Betul tak?...

K, sekian.Harap maklum.

Sayang korang!...

Selamat menyusu...:)

Jangan 'fokus' kepada berapa auns kita dapat, tapi FOKUS kepada berapa kali kita perah!

Salam,
Sejak 2-3 hari sibuk ni, aku asyik tak sempat je nak tambah entri baru. Tapi hari ni ku gagahkan jua. Oh, ada pulak yg tegur, suh aku ber'lembut' sikit bila berbicara. (Thanks buddies). Aku cuba eh... :)

Ok, hari ni, aku nak buka cerita pasal, dekat mana 'the best' fokus kita semasa memerah susu. Jawapannya, senang je. Jangan sesekali korang fokus pada berapa auns yg kita nak dapatkan tu.! (ops..masih ganas lagik ek...) Err..aku nak cakap, harap kita jangan fokus  lagi pada berapa auns kita dapat. Sebab banyak ibu, termasuk aku (dulu2), sibuk bertunggu-tangga nak dapatkan sampai 5 auns, baru stop pam. Sudahnya,aku amik masa yg banyak sgt tuk mengepam (sampai kena sound). Maafla,dulu tiada pengalaman. Manusia belajar dari kesilapan kan...Orang yg berjaya,ialah orang yg sentiasa berusaha memperbetulkan dirinya kan...;)

Kalau asyik fokus je pada hasilnya...Inilah yg biasa akan terjadi...Walaupun setelah 15 minit berlalu......
Masa ni, aku tengah penat giler N ngantuk sangat plus, tengah rasa tension giler...huhu...Susu tak mau kuar...Lama aku tunggu. Breast masih penuh, tapi memang tak mau kuar...(pernah terjadi tak?) So,aku nak beritau, ini perkara biasa. Bukan kita saja yg lalui. Kadang2 bila something happen, susu tu tak mau kuar. So, takpe. Jangan putus asa. Janji kita dah lepaskan sesi mengepam kita (yg aku pesan guna prinsip sifir 3 tu, ingat lagi tak?)...Bengkak tak bengkak, MESTI PAM IKUT MASA @ MAKSIMUM SETIAP 3 JAM.

Hasilnya, kerana aku tak mudah putus asa (setelah belajar dari kesilapan). Aku tetap pam je ikut waktu. Yg penting, balik rumah, yg aku bawa balik banyak ini hasilnya............
Oh ye, aku nak tambah kat sini (bg ibu2 baru bersalin @ habis berpantang), maybe susu korang bukan banyak ini hasilnya. Ingat setiap ibu berbeza. Mesti yakin, susu kita cukup untuk anak kita. Lagipun, sekarang usia ILMAN sudah 4 bulan lebih, tggal berapa ari lagi nak masuk 5 bulan. Aku pun lupa lak nak snap gambar hasil susu aku, baru2 naik ofis. Tapi kalau tak silap aku, dalam 12-13oz je. Time tu anak aku, masih minum 10oz je. Sekarang, dah meningkat umur dia,meningkat juga hasilnya. Insyaallah, susu kita, akan meningkat hasilnya, seiiring dengan usia anak. (untuk ibu2 yg FULLY BREASTFEED sahaja). Yg campur dgn susu formula, tak sama. (Bergantung pada berapa kali si ibu tu beri anak minum susu badan dia N berapa kali dia perah. Coz, kalau permintaan tiada, susu pun takkan diproses oleh kilang susu kita)
Ok, sekian untuk topik ini buat masa ini. Hehe..:)

Happy breastfeeding...! ;)

Wassalam

Isnin, 30 Mei 2011

Susu ibu tak boleh dipanaskan berulangkali.

Salam,
Kali ni, ada ibu yg nak tahu pasal susu ibu ni, samada leh dipanaskan berulangkali atau tidak?

Firstly, aku nak korang ingat dan faham, bahawa SUSU IBU mengandungi, nutrien-nutrien penting untuk bayi. Termasuk antibodi dan sel-sel hidup yang lain. Kesemua sel-sel hidup ni akan mati apabila dipanaskan melebihi suhu 40 darjah. Kalau dah mati kesemua sel-sel hidup tu, dan selama-lamanya korang amalkan begitu, jadi jangan terkejut la kalau anak korang senang terkena jangkitan dan sebagainya sama seperti kanak-kanak yang minum susu formula. Sebab pengendalian stok susu ibu yang salah, dah merosakkan kesemua nutrien tu. Sayangkan...So, cara pengendalian yang betul korang perlu ambil tahu. Ini untuk memastikan supaya, susu ibu sentiasa segar dan terjamin khasiatnya.

Kenapa ada ibu yang bertanya soalan ni? Boleh ke susu ibu dipanaskan berulang kali? Sebelum tu aku nak tanya, kenapa susu ibu (yg dah dipanaskan) tu nak dipanaskan lagi? Buat apa?
Aku yakin, yang tanya ni mesti ibu baru bersalin sulung atau baru nak berjinak-jinak dengan dunia breastfeeding.

Ada beberapa situasi yg menyebabkan ibu tadi ni terfikir nak memanaskan semula susu ibu:-
1. Susu ibu dah dipanaskan, tapi baby rupanya dah kenyang @ tak mahu menyusu. Kalau situasinya gini, susu tu tak perlu dipanaskan lagi, cuma biar je kat suhu bilik. Susu ni tahan dalam masa sejam (dari waktu ia dipanaskan).
2. Susu ibu dah dipanaskan, dan baby dah minum sikit. Lebihnya disimpan (simpan kat luar je, pada suhu bilik ), untuk diberi lagi pada baby. Boleh juga, tapi dalam masa sejam sahaja. Lepas tu sila buang ye. Sayangkan perut anak daripada sayang susu tu. Susu tu, nanti boleh perah lagi. Daripada baby sakit terkena jangkitan bakteria, lagi kesian. Sebab bila baby dah minum, kemungkinan bakteria dari mulut baby membiak.

So, ingat, susu ibu yang dah dipanaskan atau lebihan susu baby minum tak habis, Jangan simpan dalam peti ais dan panaskan semula!

Kenapa tak boleh? Sebabnya, awal2 tadi aku dah beritahu, pasal nutrien-nutrien penting dalam susu ibu tu. Sebab tu susu ibu tak boleh dipanaskan berulang-kali dan disimpan semula dalam peti sejuk untuk dipanaskan lagi.

So, harap korang faham dan ingat. Rajin-rajin bertanya pada ibu-ibu yang dah berpengalaman tentang breastfeeding. Kalau tak pasti boleh tanya pada pakar laktasi. Sebab kadang-kadang ada ibu yang ada pengalaman tapi cara dia uruskan stok susu ibu tu salah. (bukan semua betul, termasuk aku. So, kalau ada kesilapan, sama-samalah kita tegur-menegur, supaya dapat betulkan mana-mana yang salah. Cuma kebanyakan fakta yang aku beri ni, adalah dari rujukan aku dari buku-buku dan pertanyaan aku pada pakar laktasi.)
Wallahualam...

Oh ada lagi pesanan aku, kalau boleh @ sebenarnya apa yg harus korang buat, ialah pack kan susu tu, siap-siap sekadar yg baby minum. Kalau baru habis berpantang (2-3 bulan) N si ibu dah start kerja, biasanya baby minum dalam 2oz sekali minum. Sediakan 5 botol x 2oz untuk 5 sesi minum, anggaran 2 jam setiap kali minum. Faham tak? Kalau tak faham, silalah bertanya @ letak soalan kat ruang komen di bawah. Sekian, terima kasih...:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...