My F.r.i.e.n.d.s

Jumaat, 3 Jun 2011

Jangan 'fokus' kepada berapa auns kita dapat, tapi FOKUS kepada berapa kali kita perah!

Salam,
Sejak 2-3 hari sibuk ni, aku asyik tak sempat je nak tambah entri baru. Tapi hari ni ku gagahkan jua. Oh, ada pulak yg tegur, suh aku ber'lembut' sikit bila berbicara. (Thanks buddies). Aku cuba eh... :)

Ok, hari ni, aku nak buka cerita pasal, dekat mana 'the best' fokus kita semasa memerah susu. Jawapannya, senang je. Jangan sesekali korang fokus pada berapa auns yg kita nak dapatkan tu.! (ops..masih ganas lagik ek...) Err..aku nak cakap, harap kita jangan fokus  lagi pada berapa auns kita dapat. Sebab banyak ibu, termasuk aku (dulu2), sibuk bertunggu-tangga nak dapatkan sampai 5 auns, baru stop pam. Sudahnya,aku amik masa yg banyak sgt tuk mengepam (sampai kena sound). Maafla,dulu tiada pengalaman. Manusia belajar dari kesilapan kan...Orang yg berjaya,ialah orang yg sentiasa berusaha memperbetulkan dirinya kan...;)

Kalau asyik fokus je pada hasilnya...Inilah yg biasa akan terjadi...Walaupun setelah 15 minit berlalu......
Masa ni, aku tengah penat giler N ngantuk sangat plus, tengah rasa tension giler...huhu...Susu tak mau kuar...Lama aku tunggu. Breast masih penuh, tapi memang tak mau kuar...(pernah terjadi tak?) So,aku nak beritau, ini perkara biasa. Bukan kita saja yg lalui. Kadang2 bila something happen, susu tu tak mau kuar. So, takpe. Jangan putus asa. Janji kita dah lepaskan sesi mengepam kita (yg aku pesan guna prinsip sifir 3 tu, ingat lagi tak?)...Bengkak tak bengkak, MESTI PAM IKUT MASA @ MAKSIMUM SETIAP 3 JAM.

Hasilnya, kerana aku tak mudah putus asa (setelah belajar dari kesilapan). Aku tetap pam je ikut waktu. Yg penting, balik rumah, yg aku bawa balik banyak ini hasilnya............
Oh ye, aku nak tambah kat sini (bg ibu2 baru bersalin @ habis berpantang), maybe susu korang bukan banyak ini hasilnya. Ingat setiap ibu berbeza. Mesti yakin, susu kita cukup untuk anak kita. Lagipun, sekarang usia ILMAN sudah 4 bulan lebih, tggal berapa ari lagi nak masuk 5 bulan. Aku pun lupa lak nak snap gambar hasil susu aku, baru2 naik ofis. Tapi kalau tak silap aku, dalam 12-13oz je. Time tu anak aku, masih minum 10oz je. Sekarang, dah meningkat umur dia,meningkat juga hasilnya. Insyaallah, susu kita, akan meningkat hasilnya, seiiring dengan usia anak. (untuk ibu2 yg FULLY BREASTFEED sahaja). Yg campur dgn susu formula, tak sama. (Bergantung pada berapa kali si ibu tu beri anak minum susu badan dia N berapa kali dia perah. Coz, kalau permintaan tiada, susu pun takkan diproses oleh kilang susu kita)
Ok, sekian untuk topik ini buat masa ini. Hehe..:)

Happy breastfeeding...! ;)

Wassalam

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...