My F.r.i.e.n.d.s

Memaparkan catatan dengan label Ajar minum susu botol. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ajar minum susu botol. Papar semua catatan

Rabu, 14 Januari 2015

Cara melatih anak menyusu dari botol sebelum mula kerja

Bismillahirrahmanirrahim

Salam sayang kepada semua pembaca budiman n mummy  jelita. Semoga kalian sihat sentiasa hendaknya serta urusan penyusuan dipermudahkan Allah.

Ok, entri kali ini saya nak share bagaimana cara melatih anak menyusu dari botol. Saya suka memudahkan cara. Saya sangat flexible dan kreatif dalam apa jua situasi, insyaallah. (Muntah hijau??? Opps..jangan muntah. Setiap kata-kata adalah doa kan? Jadi saya sedang mendoakan diri saya. Jangan mara haa..Ngeee.. ;) ) Semoga pinjaman Allah ini dapat dimanfaatkan kepada semua orang pada setiap perkongsian saya. Amin...

bayi
Gambar: Feedinggear.blogspot.com
TIPS MELATIH ANAK MENYUSU BOTOL:
1. Elakkan ibu sendiri yang melatih bayi menyusu dari botol.
2. Latihan hanya dilakukan setelah bayi mahir menyusu badan (dimulakan seminggu atau dua minggu sebelum mummy mula bekerja)
3. Puting botol susu pilih lubang yang kecil.
4. Ibu jauh dari bayi.
5. Latih ketika tiba waktu menyusu bayi.

NOTA: Cara menyusu melalui botol, tiru cara bayi breastfeed pada breast ibu. Iaitu;
a. Mulakan dengan bismillah (beberapa hari sebelum latihan dimulakan, selalu nyatakan pada bayi, bila mama tiada baby harus minum susu mama dari botol ni ya.)
b. Biar bayi yang menyedut susu ibu dari puting botol susu. (Elakkan susu sengaja dilelehkan mengalir ke dalam mulut bayi)
c. Lakukan hisapan telan, hisapan telan dan rendahkan botol untuk beberapa saat (beri bayi rehat dari menghisap, ikut rentak seolah-olah bayi menyusu dari breast)

*Untuk permulaan, jika bayi menolak untuk menyusu dari botol, elakkan memaksa. Berhenti seketika. Dan cuba lagi ketika bayi tenang. Jangan putus asa. Insyaallah. Pasti berjaya dengan izin Allah.

Penjelasan lebih lanjut untuk setiap poin di atas:

TIPS MELATIH ANAK MENYUSU BOTOL:
1. Elakkan ibu sendiri yang melatih bayi menyusu dari botol.
Rata-rata bayi yang breastfeed memang sangat kenal bau badan ibunya walaupun ibunya berada jauh beberapa jarak darinya. Aura dan bau ibu tak dapat dipisahkan dari bayi yang menyusu badan.

Oleh itu, bagi memastikan urusan pengenalan botol susu kepada bayi berjalan dengan lancar, ada baiknya minta bantuan orang lain untuk melakukan latihan. Jika boleh suami atau pembantu rumah (jika ada). Tetapi sebaiknya, jika bayi ingin dihantar kepada pengasuh, latihan dimulakan di rumah pengasuh seminggu atau seawal dua minggu sebelum ibu mula bekerja. Sekurang-kurangnya. bayi dan pengasuh dapat menyesuaikan diri serta mempunyai tempoh masa berkenalan. 

2. Latihan dilakukan setelah bayi mahir menyusu badan dan seminggu atau dua minggu sebelum mula bekerja
Sebaiknya, latihan menyusukan bayi melalui botol dilakukan setelah mummy dan baby masing-masing telah mahir breastfeed. Iaitu, cara penyusuan telah berjalan dengan lancar dan baby tahu tiada cara lain untuk minum susu, selagi bersama dengan mamanya iaitu direct melalui breast sahaja. 

Latihan dan kebiasaan tersebut biasakan telah ditanam lebih awal dalam minda bayi. Ini bagi mengelakkan bayi yang telah dilatih menyusu melalui botol, akan mengalami keliru puting dan memilih untuk menyusu melalui botol pula.

3. Puting botol susu pilih lubang yang kecil.
Elakkan memilih lubang puting yang besar dan susu mengalir laju. Kerana penyusuan badan, berbeza dengan penyusuan botol, di mana, sekiranya terdapat rangsangan pada aerola, baru susu akan mula diproses dan mengalir keluar.

Dapatkan puting susu, yang lubangnya lebih kecil dan susu hanya keluar sekiranya puting tersebut disedut oleh bayi.

NOTA: Untuk mummy yang mempunyai masalah inverted nipple, elakkan membeli puting susu yang nipplenya panjang. Jika boleh, dapatkan puting susu yang lebih pendek dan lebih kurang nipple mummy yang inverted. Ini bagi mengelakkan bayi keliru puting dan menyukarkan penyusuan badan mummy dan baby untuk sesi seterusnya. 

Bagi mummy yang mempunyai puting biasa, tiada masalah.

4. Ibu jauh dari bayi.
Percaya tak mummy, bahawa walaupun mummy bersembunyi dari bayi di bilik sebelah ataupun tingkat bawah, bayi masih boleh menghidu dan merasakan kewujudan mummynya. Betapa hebatnya bayi yang breastfeed nih kan. Subhanallah... :)

Oleh itu, jangan terkejut sekiranya ketika mencuba melatih penyusuan botol, agak sukar untuk permulaannya, walaupun dilakukan dengan bantuan suami atau ibu anda. Jangan putus asa, tetapi jangan pula memaksa. Gunakan kaedah memujuk, dan cuba lagi ketika bayi telah bertenang. Berikan baby masa dan ruang untuk menyesuaikan diri.

Usah risau, skill ini biasanya agak sukar untuk mummy yang first time breastfeed. Untuk anak seterusnya, insyaallah akan lebih mudah.

5. Latih ketika tiba waktu menyusu bayi
Biasakan melihat anggaran waktu bayi menyusu dan cuba catatkannya untuk rujukan pengasuh nanti. 

Setiap bayi lain-lain waktu menyusunya. Ada juga sesetengah bayi yang kurang menyusu pada siang hari, tetapi pulun menyusu dengan mummynya pada waktu malam. So, setiap bayi adalah berbeza. Tidak perlu kita bandingkan bayi kita dengan bayi yang lain. Ok! ;)

Baiklah, sekian dulu perkongsian pada kali ini. Best of luck! Semoga urusan penyusuan mummy semua dipermudahkan Allah.

~menyusu itu indah~

Salam sayang,

atia

* Perlukan khidmat nasihat peribadi dan penjelasan lanjut, sertai di sini.

# Diizinkan share di facebook/ blog atau mana2 sahaja media sosial untuk manfaat rakan tersayang. Mohon disertakan link rujukan ya. TQ all. :)

Selasa, 26 Julai 2011

Pengakuan: Saya tak pernah pegang botol susu untuk susukan anak, hanya "BREASTFEEDING".

Salam,
Lama sangat tak update blog. Sampai ada beberapa org mummy yg bertanya. Terlalu sibuk, sampai tak sempat tengok FB pun, apalagi nak update blog...
Sebabnya, si kecil itu masuk hospital. Dan lebih seminggu sibuk menjaga dan melayan ragam si baby yang sedang sakit... Huhu... :(

So, sekarang saya nak citer pasal entri ni, bcoz of seorg mummy yg sangat2 risau pasal anak tak nak minum melalui botol.

Nak tahu pengakuan ikhlas saya? Selama saya menjadi ibu, saya tak pernah menyusukan anak sendiri menggunakan botol susu. TAK PERNAH!!! Sebab prinsip hidup saya sejak pertama kali bergelar ibu, menyusukan anak hanyalah melalui "breastfeeding" sahaja. (walaupun, saya pernah melalui saat getir, time "berpantang", saya jatuh sakit. Kemudian bila nak susukan anak, macam tak keluar. Mujur suami mengambil peranan untuk memujuk bayi. Sementara tu, saya minum horlicks, makan kurma dan biskut sikit.

Ambil masa jugak. Dalam 30 minit, saya dah mula rasa tenang, baru saya ambil bayi saya, kemudian, menyusukannya. Alhamdulillah, lepas tu, keluar susu agak lancar berbanding tadi.

Nampak tak, menyusu ni, bukan mudah sebenarnya. Bukan niat nak menakutkan. Just, take it, 'positively' la. Saya cakap ni, just nak share pengalaman saya, yang saya pun pernah alami situasi "down" gak. Situasi kurang susu. Bukan kurang, tapi 'lambattt' sikit nak 'refill' balik. Kalau yang jenis pandang dari sudut negatif, mesti akan cakap, " Kan aku dah cakap, menyusu ni kan leceh..." (Ni, cakap mummy2 yang tak berjaya. Jangan ikut ok. )

Selama saya dok berpantang kat rumah, dan berjalan (keluar ke mana2) ketika waktu berpantang, saya menyusukan anak direct je. Tak pernah beri melalui botol. Mungkin sebab tu susu saya cukup kot. Rangsangan banyak dari anak sendiri. Nama pun breastfeeding, time nilah nak buktikan breastfeeding tu mudah. Leh menyusu kat mana2, dan bila2 masa saja. Kalau keluar, nak kena beri susu perah, dah nampak leceh pulak breastfeed ni nanti. (Masih ada lagi mummy yg segan NIP "Nursing In Public', sanggup beri anak susu perahan daripada nyusukan direct) Kan leceh tu...

Satu lagi, tentang nak ajar anak menyusu botol. Yelah, sebab kita nak naik ofis kan. Kalau tak ajar anak nyusu botol, nanti payah pulak pengasuh dia kan. Takkan nak nyusukan anak kita melalui cawan atau picagari. Biasanya pengasuh tak sanggup!.

So, cara saya ialah, semasa awal kelahiran, menyusukan anak secara 'direct' sahaja. Teruskan menyusu selama sebulan. (Aktiviti mengepam sudah boleh dimulakan seawal seminggu kelahiran). Dah cukup sebulan 'direct feed;, kemudian, latih anak minum melalui botol, dengan pertolongan suami/ mak/ mak mertua/ pembantu.(Jangan kita sendiri yg berikan.) Sebab, baby kenal bau ibunya. Ini juga bagi mengelakkan anak keliru puting. (Bagi ibu yang susu dia flow perlahan, ada kemungkinan akan alami masalah anak 'reject' susu melalui breast. Sebab, baby yang sudah minum melalui botol, (susu keluar lebih laju), akan menyebabkan baby malas berusaha untuk hisap susu ibunya. Lama-kelamaan baby akan secara sendirinya 'reject' "breastfeeding". Sebab tu, jangan mummy yang ajar sendiri, supaya bila kita ada, baby tahu, susu ibunya di mana.... :) Dan dengan cara itu, walau baby dah menyusu melalui botol, tapi bila 'mummy'nya ada, dia tetap mahukan breastfeeding.

Kemudian, teruskan menyusu secara direct. Ajar anak hisap melalui botol tak perlu tiap2 hari. Cukup sekali 2 saja. Cakap kat dia dan pesan pada baby, "bila mama kerja nanti, baby kena minum susu mama melalui botol tau! Mama tak de.... Mama gi keja.... Kalau tak nanti, sian baby lapar..." (Cam lawak je kan pesanan saya ni, tapi cubalah, insyaallah berjaya. Anak kita faham apa yg kita cakap. )

Kemudian, baby dah masuk 2 bulan, ajar lagi sekali. (Supaya dia tak lupa). Nak dekat naik ofis ajar lagi. (Ingat tau, bukan mummy sendiri yg beri susu botol tu.)

Insyaallah, baby akan minum susu melalui botol secara sendirinya. Tak perlu kita tergesa2 sangat nak ajar anak menyusu melalui botol. Ni ada sesetengah mummy, terlampau risau, (sebab dengar cakap kawan2/ makcik2/ mak2, suh ajar botol), masih awal berpantang lagi, dah sibuk2 nak kasi botol. Teruskan menyusu anak dengan tenang. Banyakkan berdoa pada Allah, agar dimudahkan segala urusan menyusu. Insyaallah berjaya! So, mummy2 jangan risau ok!

Sekian untuk kali ini. Selamat menyusu!!! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...