Bismillahirrahmanirrahim...
Salam sayang u alls. Syukur alhamdulillah, hari ini diizinkan sekali lagi untuk aku mencoretkan sepatah dua kata. Since aku dapat satu post wassap dari mrs @@ tentang "akak garang" nih (tentang "concern" beliau pada 1st time mommies yang tidak mendapat sokongan breastfeeding)...Rasa terpanggil pula untuk post sesuatu topik.
So, aku nak attach sekali satu gambar, supaya terpahat diingatan korang sampai bila2. Tadaaa...(comells tak..Pic credit to: http://steve-lovelace.com/)
Tu dia...Ninja turtle team aku kasik...Aku rasa imej ni yang paling sinonim sekali coz:
a. Turtle ni ada protected shield (cengkerang tu pelindung dia kan..)
b. Masing2 dengan kelebihan masing2 (menjadi pelindung & perisai) menentang "musuh" a.k.a pencabar breastfeeding (itulah yang sepatutnya tindakan hero)
Disenaraikan juga hero2 breastfeeding, antaranya (cam biasalah orang2 tersayang dan insan paling hampir dengan kita):
a. Mr. Hubby a.k.a suami
b. Mak
c. Mak mertua
d. Adik-beradik/ sanak saudara sefamily
Dilampirkan pesanan dari aku (insan biasa lagi lemah dan hina) untuk mereka seperti berikut:
a. Berikan sokongan padu kepada 1st time mummy atau 1st time breastfeeding mummy
b. Jadilah pelindung dan kekuatan kepada mereka dari anasir2 negatif lagi men'down'kan mereka untuk meneruskan penyusuan
c. Faham dan ambil tahu tentang cabaran serta selok-belok dunia breastfeeding
d. Mudahkan urusan ibu yang breastfeeding (sediakan makanan berkhasiat, suasana yang happy, kelengkapan penyusuan dll yang sewaktu dengannya)
Wahai hero sekalian a.k.a insan yang sangat dikasihi serta insan paling rapat dengan breastfeeding mommies, silalah jadi perisai kepada kata-kata negatif seperti "susu cukup tak?", "anak kenyang tak?", "kena top up susu formula nih..."dari makcik2 urut, makcik2 sibuk dan yang sewaktu dengannya. Malah paling UTAMA elakkan anda sendiri yang mengeluarkan kenyataan tersebut.
Penyusuan susu ibu sebenarnya bukan satu perjalanan yang mudah bagi 1st time mommies. Banyak latihan, penyesuaian diri serta pengalaman yang perlu dipelajari. Elakkan anda sendiri mengeluarkan pertanyaan2 tersebut atau tukang menjadi keputusan kepada si ibu. Hormati perasaan si ibu. Berikan mereka ruang dan waktu untuk menyesuaikan diri. Renung kembali perasaan si ibu yang baru saja bertarung nyawa melahirkan si comel, malah telah sembilan bulan lamanya memasang niat untuk breastfeeding...tetapi....telah di'down'kan oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab atau maybe terlebih caring....
Untuk 1st time mommies...Didoakan semoga perjalanan penyusuan anda dipermudahkan. Semoga anda kuat dan tabah menghadapi cabaran serta dugaan. Banyakkan berzikir dan berdoa kepada Allah SWT. Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.... Jangan berputus asa... Sekiranya susu anda sedang kurang, ambil masa untuk tenangkan diri, atau bawa diri berdua dengan baby ke bilik yang jauh dari orang ramai (kiranya anda perlukan privacy) atau mohon pada suami atau hero2 lain tadi supaya bantu menenangkan baby...sementara anda pergi mendapatkan minuman atau makanan yang sedap lagi berkhasiat...
Sekian untuk malam ini,
Menyusu itu indah
Salam sayang,
atia
*Nota: Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, mohon share. Semoga Allah membalas jasa anda. Terima kasih. :)
5 ulasan:
Salam,
setuju sangat. Cakap-cakap orang sekeliling memang boleh buat kita rasa down. Bila down mula la susu pun makin drop. Sokongan orang terdekat paling perlu. Syukur jugak suami saya sangat supportive dulu.Semoga ibu-ibu lain pun mendapat sokongan orang terdekat.
Nice sharing dear :)
Jadual Mengepam Susu untuk Ibu Bekerja: http://dazzlingmoms.com/2013/03/jadual-memerah-pam-susu-untuk-ibu-berkerja.html
Terkesan dengan entri ni. Tanpa sokongan orang orang tersayang, breastfeeding may not be a success.
Nice sharing dear :-)
Milk boosyer antara gimik & realiti
http://mamasyafi.wordpress.com/2014/08/05/milk-booster-herbs-busted-antara-realiti-gimik/
terjumpa blog akak masa BW...sy dh folo....byknya info...best2...
salam kenal ..
Wah tipsnya bisa dicoba makasih ya..
oya klo mau dapat info tentang kaos kaki wanita yang sedan tren saat ini sialakan kunjungi blok kami :)
Salaam. Sangat setuju!
http://dheartyummi.blogspot.com/
Catat Ulasan