My F.r.i.e.n.d.s

Jumaat, 9 September 2011

Susu berkurang, jangan panik! :)

Salam,
Salam AIDILFITRI buat mummy2 anggun yg sedang membaca entri ni... Syukur alhamdulillah...sekali lagi cukup sebulan daku berpuasa 'penuh' pada tahun ini. TAHNIAH kepada mummy2 yg BERJAYA berpuasa penuh! Pada mummy yg menyusu, tapi tak mampu berpuasa penuh, jangan la rasa sedih N bersalah pulak...Setiap mummy kekuatan dia lain2. Cuma pada mana2 mummy yg tak berjaya puasa penuh pada tahun ini, boleh cuba lagi pada lain kali. Sebabnya, kalau kita sudah bertekad N berniat nak berpuasa penuh, insyaallah pasti akan ada jalannya. (Bukan apa, bila puasa penuh, tak payah pening2 nak ganti lagi... N bila lagi dapat nak puasa penuh sebulan. Hanya ketika time mengandung dengan menyusu ni la...Bila dah period, takkan dapat merasa lagi...hehe.. :) ... )

SUSU KURANG ni, allergic aku nak dengar N sebut. Tapi terpaksa sebut gak. Sebab, akan ada situasi susu kita merudum atau kata lain, susu berkurang. Saja nak ingatkan mummy, supaya jangan panik, N tergesa2 kasi anak minum susu selain susu ibu (selagi anak belum 2 tahun).

Sebabnya, susu kita, takkan statik hasilnya. Biasa kita dapat 15 oz, lain kali, dapat 12 oz je, pastu esoknya, turun lagi pulak, dapat 9 oz je... Tu perkara biasa. N jangan panik! (Aku sendiri pun panik baru ni, pada hal dah ada pengalaman dulu2. Cuma panik aku masih dapat dikawal. Ni aku tuju khas untuk mummy2 yg pertama kali "breastfeeding".)

Masa hari raya baru ni, aku jatuh sakit teruk! Satu family sakit. N aku betul2 hilang selera makan. ( Wuaa...sampai sekarang aku terliur tengok rendang, sebab aritu tak selera makan langsung. :(...)Mana nak menyusu, dengan tak makan, itupun, paksa2 diri makan buah N minum air banyak. Kalau anak ada di sisi, memang aku tak pam. Aku pam cuma kat ofis, itupun untuk sediakan stok ketika dia dengan pengasuh N untuk recycle kitaran stok EBM aku yg dalam peti beku.. Cuma, kadang2, terpaksa gak perah susu sikit kat rumah, supaya dapat 'cover' balik, jumlah susu yang kurang.

So, time raya punyalah aku tak perasan susu aku dah merudum sebab aku direct feed saja. Yang aku perasan anak aku kuat makan (dah nak masuk 8 bulan, esok ni), N menyusu lebih kerap dari biasa. Bak kata org2 yg negatif, anak macam tak kenyang @ tak puas nyusu. (Sebenarnya, lagi bagus dia kerap nak menyusu, supaya hormon menyusu sentiasa dirangsang untuk menghasilkan susu.)

So, bila naik ofis, setiap kali pam, hasil susu aku, cuma dapat paling banyak sekali pam dalam 3 oz (biasa boleh dapat 5oz). Kalau pagi paling banyak dapat 4 oz (biasa boleh dapat 7-8 oz). Bayangkan, punyalah merudum susu aku. Lagi pulak dengan masalah cirit-birit N tak selera nak makan. Ada lagi, nak muntah2 pun ada. Kak Farah kat ofis ni, usik2 aku, mengandung lagi. Haii...panik aku. Mengandung memang nak, cuma bukan sekarang, aku nak mengandung tahun depan hujung tahun. Boleh tak plan gitu? Hehe...

So, apa lagi, dahla susu merudum. Kalau ikut pengalaman aku yg anak first, bila aku mengandung, 3 bulan lepas tu, susu berkurang. Bila cek semalam, nasib baik negatif. So, hati aku pun dah mula tenang.

So, pada hari ini, susu aku sudah kembali normal. Syukur alhamdulillah. Sekali pam tadi dapat 9 oz. Yg kul 12 tghari punya sesi, belum lagi. Harap2 kembali pulih la...Nampak tak, ambil masa hampir seminggu juga untuk pulih. Kalau ikutkan, stok yg kurang tu, patut aku perah lagi kat rumah, supaya jumlah susu cukup seperti biasa. Cuma sebab aku tak sihat, aku tak larat nak perah lagi, nasib baik ada stok EBM dalam deep freezer. (Sebab tu, aku sangat tekankan mummy supaya buat stok. Susu ibu tak dijual dimana2. Dan susu kita khas untuk anak kita. Stok EBM tulah, ibarat rak kedai runcit kita, bila susu kurang.)

Kesimpulannya, aku nak pesan. Jangan panik! Susu kadang2 ambil masa untuk 'produce' semula kepada hasil susu yg asal. Bergantung kepada faktor KESIHATAN, PEMAKANAN, KETENANGAN HATI DAN FIKIRAN, serta stimulasi dari permintaan anak N pam atau perahan tangan. Jangan mudah putus asa, mesti YAKIN pada ALLAH serta diri sendiri. Sabar pada ujian yg mendatang.

Selamat menyusu...semoga sihat selalu... (Doa buat kami sekeluarga N semua mummy N family tersayang...)

Menyusu itu mudah, tapi setiap kemudahan itu, pasti ada terselit sedikit ujian, supaya kita sentiasa ingat padaNya, serta menghargai setiap keMANISAN NIKMAT yg diizinkanNya untuk kita kecapi... :)

Salam sayang,
~atia~
 a.k.a zahirahzainal

Rabu, 24 Ogos 2011

Taktik menghadapi serangan dari beberapa penjuru

Salam,
Salam ramadhan kepada mummy2 mithali N solehah yg sudi singgah ke blog yg tak seberapanya ini..... :)
Hari ni, kita citer tentang, bagaimana nak menghadapi situasi sekiranya terdapat serangan dari pelbagai penjuru. Tak kisahlah ada yg terkena serangan 3 penjuru, 5 penjuru atau berapa penjuru... Yang penting, kita sama2 share pengalaman bagaimana nak hadapi semua ni, supaya misi kita untuk 'breastfeed' hingga 2 tahun berjaya!

Ada beberapa serangan, dari pelbagai penjuru. Aku akan pecahkan satu-satu. Cuma pecahan ni, aku ikut turutan dari selepas kita bersalin...(Sebaik2 je baby sudah ada depan mata.) Ok, jom baca sampai habis...(pastu, kalau sudi, sebar2kan entri ni, supaya, mummy2 yg lain dapat gunakan ini sebagai perisai untuk menentang serangan dari pelbagai arah ok...:)

Breastfeed your loved ones <3 <3 <3


*Semua cerita di bawah adalah berdasarkan pengalaman penulis dan mummy2 yg lain.

1. Serangan dari kakitangan hospital (tempat kita bersalin) atau bidan (kalau yg masih bersalin kat rumah)...
- Hospital
~ terus berikan baby susu formula sebaik saja baby selamat dilahirkan. Biasanya, baby akan disusukan, selepas doktor buat 'check up' kat baby.( mummy awal2 kena pesan pada kakitangan hospital, SECARA TEGAS, saya mahu susukan anak saya. Jangan beri langsung anak saya minum apa2 selain dari susu saya! Jangan TAKUT, itu HAK kita. Anak kita, bukan anak dia.. :))
~nurse yg tak support breastfeeding, sentuh2 breast kita, terus cakap kita tak de susu. (padahal, memang susu belum dihasilkan lagi, yg ada cuma kolostrum.)
~bagi mummy yg tiada pengalaman menyusukan anak, pasti akan menghadapi masalah. (kalau bersalin di hospital rakan bayi, biasanya nurse akan ajar ibu cara menyusu yang betul. Kalau bukan rakan bayi, nurse akan cakap, " Puan, anak puan dah lapar, dia harus disusukan segera. Biar kami susukan dia." Sebabnya, dia tak kuasa nak ajar cara menyusu dengan betul...Makan masa nak belajar ni, diorg kan busy...) So, mummy WAJIB study tentang breastfeeding ni, di awal kehamilan lagi. Supaya minda sentiasa bersedia dgn apa jua cabaran yg mendatang...
-Bidan
~Ada sesetengah bidan yg sokong susu ibu, tapi mentaliti dia masih anggap susu ibu tak kenyang. Biasanya dia akan nasihat mummy supaya campur dengan susu formula atau bagi glukos, air nasi @ pisang lenyek. TAK PERLU!!!
( Perut bayi yg baru lahir, cukup sekadar diisi dengan kolostrum sahaja. Tapi, kalau anak melalak tak cukup susu, biasanya sebab kita yg ajar dia awal2 minum susu formula...So, terpaksala hadapi... Masih boleh kalau nak patah balik untuk menyusu sepenuhnya...Tapi, bukan mudah tau!
(Biasalah tu, baby baru lahir minum kerap. Susu ibu mudah dihadam dan diserap oleh perut baby. Sedangkan susu formula tu, ambil masa yg lama untuk perut baby berhempas-pulas proses susu tu...Sebab tu, lambat lapar. Bukan kenyang seperti yg org biasa maksudkan.

2. Serangan dari suami/ibubapa/ ibubapa mertua/ adik-beradik/ kakak ipar dll sedara mara terdekat yg tak support breastfeeding
~Biasanya terjadi, sebab diorang tak didedahkan dengan ilmu yang TEPAT berkenaan breastfeeding ni. Diorang akan suruh kita campur susu formula. Kadang niat diorang ikhlas, kesiankan kita yg baru bersalin ni, tak cukup tidor, kejenya asyik nyusukan anak je...Itu NORMAL. Dan biasanya di awal minggu pertama-minggu kedua kelahiran...
~Bila dikelilingi dgn org yg terdekat, TAK SUPPORT BREASTFEEDING pulak...Kita akan stress...Pastu effect production susu. Susu tak mau keluar. Atau susu ada, tapi LDR (Let Down Reflex), pancutan susu yg mengenyangkan baby tu tak de.LDR ni, pantang terganggu sikit je, terus tak mau bertugas. Mummy tak leh stress, tak leh rasa malu, tak leh sedih N macam2 lagi perasaan negatif.
(So, caranya, kalau tengah nyusukan anak, ada insan2 yg sebegini, elok mummy N daddy jauhkan diri sekejap. Agak2 kalau diorang tengah kerumun kita kat katil wad, mummy gi nyusu baby jap (minta excuse), dekat bilik TV ke, kat nursing room ke...Jauhkan dulu dari bunyi2 bising yg mengganggu (mulut2 yg membebel suh mummy kasi susu botol @ cakap mummy takde susu). Kita baru je bersalin, nak nyusukan anak bagi yg pertama kali, memang agak mencabar! Bukan mudah, dan ia adalah sesuatu yg perlu dipelajari.
~Sering jugak terjadi, akibat baby MELALAK macam ape da... Macam da lapar sangat gayanye!!! Buatkan mummy panik N tertekan. Mungkin flow susu agak lambat. Paling memburukkan keadaan, mummy tengah panik N stress, mulut2 bising dok bunyi2 tak henti, tambahkan stress mummy. INGAT, JANGAN STAY kat situ, bawa diri mummy N baby ke bilik lain (untuk menyusu). JAUHKAN DIRI DARI MEREKA2 ITU!
(NORMAL kalau mummy stress, susu tak keluar. Jangan panik! Cuba tenangkan diri, nyanyi atau selawat perlahan2, ala2 nak dodoikan baby tido. Insyaallah, bila hati mula tenang, susu akan lancar. )
~Kawan2 ofis call tanya kabar N tanya, "dah ajar anak minum susu botol tak? Nanti naik ofis ko susah. Takut anak tak pandai minum botol."
Hati mummy yg baru bersalin sulung akan goyang. Sebab takde pengalaman N belum ada keyakinan lagi, sama ada susu mummy cukup tak untuk baby.
(Insyaallah susu cukup. Mummy kena percaya pada diri. Yakin pada rezeki Allah. Mummy dah selamat mengandung N bersalin, insyaallah mesti boleh menyusu. Cuma kalau menyusu buat yg pertama kali, banyak perkara yg harus dipelajari. Jangan susah hati, tanya pada nurse yg boleh membantu atau tanya pada kawan2 yg breastfeed. JANGAN SILAP BERTANYA PADA ORG YG TAK BREASTFEED. Jawapannya, tak breastfeedlah jadinya nanti. )
Tips untuk yg ini, (jangan kita berlagak atau 'over confident' pulak pasal breastfeeding ni). Kalau ada yg menasihat suh top up susu formula. Senyum je...berikan maklumbalas yg bersopan... "Tak pe kak/ makcik/ nenek...sy cuba breastfeed dulu, tengok dulu macam mana...Setakat ni, alhamdulillah susu saya cukup untuk anak saya..."

3. Ketika berpantang dgn mak/ mak mertua/ penjaga dan yg sewaktu dengannya...
~Mereka suh mummy ajar anak minum susu formula, sama ada sebab takut baby tak kenyang, atau takut mummy tak cukup susu.
Biasanya, kalau mummy menolak susu formula, diorang akan jawab dulu kita masa kecik2 pun minum susu formula, tak de apa pun..Hidup je..
So, terdapat kekeliruan di sini. Takde siapa pun cakap, minum susu formula tu BAWA MAUT! Siapa yg cakap? Siapa yg kata baby minum susu formula tu BODOH! Tak de cakap pun. Tapi, kadang2, org2 yg tak berjaya fully breastfeed ni, macam melenting2 bila kita nak breastfeed anak. Seboleh2 nak kita ikut jugak rentak dia.

***Sebenarnya tujuan kita nak breastfeed anak, ialah kerana nak pertahankan hak menyusu untuk anak. Tambah lak memang sudah termaktub di dalam al-quran, penyusuan hingga genap 2 tahun. Malah setiap titis susu tu, terdapat pahala di dalamnya. Lagi pulak, mengeratkan hubungan ibu dan anak. Pastu, susu ibu ni, berubah kandungannya ikut usia anak. Lagi, susu ibu ni, memang KHUSUS untuk bayi kita. Tambah lak kalau premature, baby memang sangat2 memerlukan susu ibu ni kerana antibodi di dalamnya. Susu ibu, baby jarang sembelit, sebab kandungan dia sangat lengkap dan sempurna. Allah yg ciptakan, mana sama dgn ciptaan manusia. Air masak pun tak perlu beri, selagi anak menyusu sepenuhnya tanpa makan bendasing lain selain susu ibu, sebab susu ibu mengandungi 80% air. TAK WUJUD perkataan susu ibu PANAS! Kalau susu formula mungkin ye, kandungan susu buatan ni tak balance. Memang kena sulam dgn air masak. Tapi kalau terlebih air masak pun tak boleh. So, macamana, susu ibu jugak yg TERBAIK! Kan.... :) ***

4. Tekanan ketika nak buat persediaan kumpul stok susu
~ Hasil susu perahan dapat sikit. Mummy risau susu tak cukup.
Ini perkara NORMAL N biasa je tu. Mula2 memang dapat sikit. Lama2 kalau kita berlatih N kerap pam, hasil perahan akan meningkat sedikit demi sedikit.
Perasan tak, kalau kita menyusu anak, rasa macam banyak sangat susu, atau kalau kita tak perasan susu kita banyak, tapi mummy perasan tak, lepas nyusu baby lena tido. Tu tandanya susu mummy cukup, ok! Sebab tu, hasil perahan yg sikit sebenarnya, bukan hasil sebenar susu kita. Setiap mummy berbeza tahap penerimaan dia dgn pam atau kaedah memerah guna tangan. Cuba sesuaikan diri. Dan berlatih banyak kali.
~Kalau ada manusia yg tegur, kenapa susu mummy sikit. Jawap jelah..."Biasalah ni, mula2. Lama2 nanti ok la..."
(Kalau boleh, kalau ada manusia ini di tepi kalian ketika nak memerah susu. Bawa diri kat dalam bilik, kunci pintu, pam susu sorg2, relaks N tenangkan diri...Insyaallah lancar. Jangan dok bertahan telinga biarkan bunyik2 tak sedap tu, macam radio rosak dok bising2 tepi telinga kita. Kita tak de masa utk itu. Banyak lagi perkara yg nak difikirkan.)
Kalau dah cuba jugak, tapi susu malu2 keluar. Maknanya, confirm mummy tgh stress walaupun mummy tak perasan. Berhentikan aktiviti memerah. Baik tido je. Nanti, bila dah tenang, relakskan diri...pam semula...Insyaallah ok. Jangan paksa diri ketika hati tengah tak tenteram. Lagi memburukkan keadaan.

5. Kena paksa latih beri anak minum formula sebelum naik ofis
~ Mummy perasan tak, kalau kita pertahankan anak kita untuk fully breastfeed biasanya org2 tua akan melenting, cakap kita budak baru belajar, diorang dah lebih dulu makan garam.
Biasanya, org2 tua, memang takkan mahu mengalah kepada org muda. Lagipun, mereka memang tak salah. Mereka cuma pertahankan sesuatu perkara setakat yg mereka tahu selama mereka hidup.
Mummy jangan risau. Tak payah penat2 bertegang urat dgn mak/ mak mertua/ husband N lain2 yg tak support susu ibu ni.
Kalau boleh, cuba print artikel yg berdasarkan fakta berkaitan penyusuan susu ibu. Kelebihan susu ibu, bahaya air masak dan susu formula kepada bayi, N lain2. (Sebab, kadang2 kalau kita cakap, tak masuk telinga diorang pun). Kalau boleh suh diorang baca sendiri.
Kalau tak berjaya (sebab aku pernah di 'gelar' seorang yg DEGIL dan tak mendengar kata), cakap elok2 ngan mereka, "tak pe, beri saya peluang untuk mencuba dulu. Kalau berat baby tak naik, atau ada masalah lain, tengoklah macamana nanti..."
Insyaallah, jawapan ini, adalah sebagai "full stop" kepada bebelan mereka...hehe...

Akan update lagi selepas ini...insyaallah...

Isnin, 22 Ogos 2011

Punca KeGAGALAN "BREASTFEEDING"!

Salam,
Salam ramadhan buat mummy2 jelita di luar sana yg sudi singgah kat sini. Hari ni, kita citer pasal punca kegagalan mummy2 yg nak menyusukan anak ok...Semoga apa yg dikongsikan bermanfaat, dan harapan aku, supaya mana2 mummy yg ada cabaran dalam dunia breastfeeding ni, sudi2lah tinggalkan "pengalaman sedih @ ngeri" yg pernah dialami sepanjang menyusukan anak serta cara mummy mengatasinya. Supaya, mummy2 lain, yg baru nak berjinak2 dalam dunia breastfeeding ni, dapat jadikan pedoman untuk mereka di masa hadapan.

1. Tekanan dari iklan2 (TV, surat khabar, majalah)
Hah...yang ni bahaya tahap gaban. Buat mummy2 yg kurang dedahan tentang kebaikan susu ibu nih, memang mudah sangat terpengaruh. Padahal, dah jelas2 kat luar tin susu ada tertera perkataan "susu ibu adalah yang terbaik". Tetap diorang buat tak nampak. (Macam iklan rokok kat kotak rokok tu, perokok buat tak nampak je kan)
Sebabnya, para pengiklan susu formula, memaparkan produk susu mereka "mengandungi segala keperluan nutrien yang diperlukan oleh bayi anda". Biasanya diorang akan 'highlight' pulak, susu tu mengandungi protein, vitamin dan tambahan zat besi. (Sedangkan, ada beberapa nutrien yg terkandung dalam susu ibu, tidak terdapat dalam susu formula).
Bagi mummy2 yang ragu-ragu sama ada susunya cukup nutrien atau tidak untuk bayinya, pasti akan terpengaruh. (Naluri seorang ibu, sudah pasti mahukan yang terbaik untuk anaknya.)

Tapi, sayangnya, ramai mummy yg tak tahu, bahawa susu ibu tetap yang terbaik malah komposisinya sentiasa berubah ikut usia bayi!

2. Pihak kesihatan / pengamal perubatan
-Masih ada lagi kat hospital swasta yang sediakan sampel susu percuma sebagai hadiah kepada mummy yg baru lepas bersalin. (Biasanya, mummy yg dapat benda free ni, mesti sayang nak buang, pastu terus kasi kat baby...Sian baby...patutnya, perut baby tu dipenuhi dgn khasiat susu ibu semata2 dalam tempoh 6 bulan pertama. )
- Baby tak sebilik dengan mummy ketika di hospital. Baby ngan mummy diasingkan biliknya.
Camanalah kan...baby yg minum susu ibu kan minum setiap 2 jam sekali. Menyusu kerap. Kalau dah bilik lain2, ada ke nurse tu rajin nak tolong tolak tarik keluar masuk bilik. Sudahnya, nanti, diorang datang kat mummy, cakap, "anak puan kami dah susu kan ye..." (Aishh...suke2 je ko susukan anak orang...)
- Biasanya, baby yang baru lahir, kebanyakan hospital swasta @ hospital bukan rakan bayi akan terus susukan baby dengan susu formula. (Jadi, mana nak sempat mummy nak rangsang susu dia, kalau mula2 baby dah disuap ngan susu formula. Sepatutnya, perkara pertama sebaik je baby keluar ke dunia, makanan pertama baby ialah pada breast 'mummy'nya).
-Doktor N nurse, biasanya lebih 'prefer' beri susu formula (yang penyediaannya tak sampai 5 minit), berbanding nak mengajar mummy cara menyusukan anak (memakan masa beberapa minit hingga ke beberapa hari ).
3. Ibu bekerja
- Mummy risau kalau dah naik ofis nanti, macamana nak tinggalkan anak yang menyusu badan ni. ( Tu yang kena belajar memerah susu N cara menguruskan stok susu)
-Rasa susah nak memerah susu. ( Senang je sebenarnya kalau belajar)
4. Keyakinan diri.
- Kebanyakan mummy mudah 'give up' bila KEMAMPUAN diri untuk menyusukan anak dipertikai. (terutama mummy yg baru bersalin sulung).
Tambah lak, kalau ada makcik2 yg tegur, "cukup ke susu tu..."
- Tidak berpengetahuan dan berani pertahan hak sendiri.
Sepatutnya, mentaliti mummy2 semua kena macam ni:-
" TAKPE, SAYA YAKIN SUSU SAYA TAKKAN KERING. SAYA PERCAYA KUALITI SUSU IBU YANG PALING BAIK DAN SAYA MAHU MEMBERIKANNYA KEPADA BAYI SAYA SELAMA MANA YANG PERLU."
- Mummy risau sangat susu berkurang, walhal, selagi ada rangsangan dari anak untuk menyusu, selagi itulah susu tetap akan dihasilkan.

So, setakat ini saja dulu buat entri ini, sayang mummy2 semua...Take care N selamat menyusu... Selalu2lah berbincang dgn mummy2 yg positif breastfeeding, supaya arah tuju kita tak tersasar dari dunia breastfeeding.

Salam sayang....atia :)

Selasa, 16 Ogos 2011

Cara merancang kehamilan secara semulajadi.

 (***Hanya utk ibu yang FULLY BREASTFEEDING sahaja)


Salam ramadhan,

Syukur alhamdulillah, hari ini, dapat juga berpeluang utk share ilmu baru berkaitan breastfeeding ni. Hari ni, aku nak share tentang cara merancang kehamilan (yang aku praktikkan selama ni), tanpa makan sebarang ubat N lain2 tu.

Tapi, ada beberapa syarat yang WAJIB dipatuhi. Antaranya;-

1. Mengepam serta menyusu dengan konsisten. Iaitu, dengan selang masa menyusu sekurang2nya setiap 2 jam, atau paling lewat nak jarakkan pun, tidak melebihi 3 jam setiap hari.
2. Bila anak dah capai usia 6 bulan, biasanya, sudah diberi makan makanan separa pejal. Kebiasannya, selepas makan, bayi akan kurang menyusu pada waktu tertentu (ketika lepas makan tu). Sebabnya dia dah kenyang. WAJIB perah keluar susu yang ada, sehingga kosong kedua-dua breast.(boleh simpan susu ni, buat stok)
3. Kerapkan menyusu pada waktu malam (kalau ada ketikanya, baby kenyang dan tak mahu menyusu, WAJIB bangun sekejap dan perah susu keluar).
4. Jangan sesekali, biar breast bengkak! Bila breast bengkak, akan menyebabkan sejenis protein FIL (feedback inhibator of lactation) memenuhi ruang susu. Fungsi protein ni, akan merehatkan kilang susu dari proses susu lagi. Sebab tu, kalau kita biar breast bengkak, dia akan membengkak sehingga semaksimum yg boleh, kemudian breast kita akan mengeras macam batu. Tapi, tak meletup kan! Sebab, fungsi FIL ni, dah sekat kilang dari buat susu lagi. Kalau kita biasakan selalu, lama-kelamaan susu akan berkurang. Sebab, secara automatik kita akan hantar signal ke otak, bahawa susu tak diperlukan sebanyak itu lagi. So, susu akan semakin berkurang dan makin lama akan mengering.

***Segala syarat2 di atas kalau dipenuhi, INSYAALLAH, mummy takkan mengandung, sebab kita tak beri peluang pada rahim kita untuk menjalani proses ovulasi.
Sebab tu, di dalam al-quran ada menyatakan, najis air kecil bayi lelaki berusia bawah 2 tahun (YANG HANYA MINUM SUSU IBU SAHAJA), tidak najis. Setakat percikkan air saja di tempat tersebut.
Maknanya, pada zaman nabi dahulu, ramai ibu2 yang menyusukan anak mereka secara sepenuhnya, TANPA bendasing lain SELAIN DARI SUSU IBU selama 2 tahun.
Subhannallah, besar nikmat Allah beri. Dahla, anak minum susu ibu sahaja dah jimat banyak,mengeratkan kasih sayang ibu dan bayi,serta meningkatkan perasaan keibuan dan lain2 lagi, kemudian, menjarakkan kehamilan secara semulajadi, tanpa perlu keluarkan duit serta makan itu ini juga. Bestkan! :)...

Aku pernah berbual dengan seorang mummy yang "fully breastfeeding" anak dia, tanpa beri makan apa2 pun anak dia, hampir setahun setengah. Anak dia sihat dan cergas. Yang "amazing"nya, selama itu juga dia tak pernah didatangi period langsung. Yang penting, dia tak makan apa2 pun untuk merancang kehamilan.

Cuba baca artikel yg aku petik dari website:- www.askdrsears.com

"I've heard that breastfeeding can keep me from getting pregnant. Is this true?"
Yes, as long as you nurse according to the rules of natural child spacing. The same hormones that make milk suppress the release of reproductive hormones. While breastfeeding full-time most mothers do not ovulate and do not have menstrual periods. This means that you can't get pregnant, at least for a while. It's as if your body is telling you, "Nourishing one baby is all you can handle at the moment. It's too soon for a sibling."

"How reliable is breastfeeding as a natural contraceptive?"
You have to follow the rules of the game to get the full benefit of breastfeeding's effect on fertility. In the last ten years, lactation researchers have developed the lactational amenorrhea method of family planning, called LAM. Research shows that LAM's effectiveness in preventing pregnancy is better than 98 percent, a figure that compares well with artificial methods of birth control. According to LAM, a mother can rely on breastfeeding for protection from pregnancy if she can answer "no" to the following questions:

  • Have your menstral cycles returned?
  • Are you supplementing regularly or allowing long periods without breastfeeding, either during the day (more than three hours) or at night (more than six hours)?
  • Is your baby more than six months old?
Studies have shown that most mothers who are breastfeeding exclusively remain infertile for more than the six-month period covered by LAM. Ovulation and menstruation return only when the baby starts to nurse less often and prolactin levels fall.

4 TIPS FOR USING BREASTFEEDING TO DELAY OVULATION
  1. Practice unrestricted breastfeeding without regard to schedules. Usually six to eight breastfeedings a day will suppress ovulation.
  2. Don't train your baby to sleep through the night. (The milk-making hormones that suppress ovulation are highest between 1 a.m. and 6 a.m.) Nighttime nursing is important to the suppression of fertility. Sleeping with your baby facilitates unrestricted feeding at night.
  3. All of baby's sucking should be at the breast, for comfort as well as food. Avoid the use of supplemental bottles and pacifiers.
  4. Delay the introduction of solid foods until age six months or later. Solids should provide additional nutrition, not substitute for breastfeedings.
The key to using breastfeeding to delay the return of fertility is frequency of breastfeedings. Because prolactin clears so rapidly from the blood, frequent feedings are necessary to keep it high enough to suppress ovulation. As baby nurses less frequently, prolactin levels fall, reproductive hormones rise, and fertility returns.

If you follow these rules, you may enjoy a period of lactation amenorrhea (no menstrual periods) that lasts thirteen to sixteen months. In fact, research has shown that women who practice natural mothering according to the above rules will average 14.5 months without a period following childbirth. Remember, this is only an average. A few mothers will experience a return of menstrual periods by six months, others not until two or three years.

When menstrual periods return, the first one is often anovulatory, meaning that it is not preceded by ovulation (the release of an egg), and thus you could not have gotten pregnant before this first period. However, about 5 percent of women do ovulate before having their first period, and the longer you have gone without having periods, the more likely this is to happen. Thus it's possible to become pregnant while breastfeeding, even if you are not menstruating. Once your periods resume, you should assume that it is possible for you to get pregnant, and you should take precautions if you don't want to add another child to your family in the near future. This might be a good time to learn about natural family planning methods, which enable you to determine exactly when you are ovulating and could become pregnant. Or you may decide to use another method of birth control as breastfeeding's effect on your fertility fades. See Couple to Couple League International at http://www.ccli.org/.

Sometimes women who are nursing older babies or toddlers want to get pregnant and find this difficult while they are breastfeeding. The baby's nursing may continue to affect a woman's fertility even after her periods have returned. This can be very frustrating. Sometimes getting the toddler to cut back a bit on breastfeeding, especially at night, can make it possible for mother to conceive.
 ***************END**************
Tapi, ada gak mummy yang "fully breastfeeding", mengandung jugak. Sebabnya, tak memenuhi syarat yg ditetapkan. Aku lah tu orangnya.

Biar aku cerita hal yg sebenar dulu tentang pengalaman aku mengandung yang kedua ni, sebelum korang berfikir yang bukan2.

Sebenarnya......aku bukan termengandung! Aku yang nak mengandung. Pada ketika tu, punyalah susah, sebab aku tak period lagi. Aku usaha macam2, supaya dapat mengandung lagi. Sampaikan, aku beli "pregnancy test" tu, dekat 18 kali, asyik negatif je (sebab orang kata, kalau tak period pun, kena jaga2, ada kemungkinan kita mengandung). Tapi, memang NEGATIF. Penat aku.

Sampaikan, aku solat hajat n kerapkali berdoa, supaya Allah izinkan aku mengandung lagi. Dalam masa yang sama, WAFIY dah start makan, N kebetulan aku pun dah malas nak perah kerap2 sangat. Sebab sejak WAFIY dah makan, susu aku selalu berlebih sebotol dari rumah pengasuh. So, aku ada banyak stok. Jadi takdelah beriya sangat nak perah susu macam dulu2 lagi. 

Kalau kat rumah pun, kalau dia dah makan, dia nyusu sikit je, pastu breast rasa penuh je lagi. Aku tak perah pun. Lama gak aku biarkan macam tu, diizinkan Allah aku pun period buat pertama kali.

Pas dah period, macam2 cite pulak, hasil susu kurang sikitla N macam2 lagi (len kali citer, nanti penat pulak nak baca).

Period sekali je, (next month tak period,) N alhamdulillah, aku disahkan mengandung. Bergenang airmata aku bila aku disahkan mengandung oleh doktor. Sebabnya, itulah pertama kali, aku rasa perasaan "menunggu". Masa WAFIY, aku kawin, terus pregnant. (Tak sempat period.) Jadi tak sempat rasa "menunggu" tu.

So, inilah kenyataannya, aku yang nak mengandung. Dan kebetulan, aku seolah2 membenarkan diri aku untuk mengandung lagi, dengan mengurangkan masa mengepam tu. Maka, terjadilah proses ovulasi di dalam rahim aku.

Cuma bila mengandung, stok susu tak banyak, tambah lak ngan kesan hormon mengandung, nipple aku sakit. So, aku tak ngepam, cuma direct feeding saja. (part ni yang aku sedih, sebab aku terpaksa campur susu WAFIY ketika dia dengan pengasuh, sebab bekalan tak cukup, dah pernah citer tentang ni, dalam entri yg lama. Sebab tu, aku beriya sangat suh mummy kumpul stok banyak2 selagi boleh, supaya, bila terjadi hal yg sama, anak kita masih menyusu "susu ibu" lagi, tanpa perlu campur susu lain.)

So, kepada mummy2 yang tak nak makan apa2 sebagai perancang kehamilan. Habis je nifas, jaga betul2 penyusuan kita, supaya kita tak sempat pun nak period, sehingga 2 tahun. Lepas 2 tahun, bolehla kalau nak ngandung lagi.

Sekian dulu untuk kali ini,
Happy breastfeeding !... ;)

***Disclaimer: Setiap individu dgn individu yg lain, berbeza tahap kesuburannya. Sila rujuk kepada pakar O& G serta pakar laktasi untuk sebarang keputusan. Artikel di atas, sekadar perkongsian pengalaman dari penulis serta ibu2 lain.









Khamis, 11 Ogos 2011

Anak lelaki kuat menyusu. Minum susu ibu saja tak kenyang!

Salam,
Jom kita baca pengalaman mummy ni. (Bukan pengalaman aku.) Saja nak share kat sini, coz nak kita sama2 bayangkan, bagaimana perasaan mummy ni, bila org sekeliling tak support breastfeeding secara "fully". Tapi alhamdulillah....ending dia....:) (baca dulu baru tau!)

 >>>>>>>
nak citer sikit pengalaman sy...ms ngandungkan yg sulong sy n suami x pernah berbincang atau berfikir nak susukan baby samada susu tin or susu dada. Yg kami doa & harap hanyalah agar sy dapat bersalin dgn mudah & selamat. Bila baby lahir, dr apa yg sy baca kat majalah misi akan ltk baby kat dada kita dulu lepas siap segala dia akan berikan baby kat kita utk disusukan dgn susu dada.

Tapi itu tak terjadi pada sy. Sebaik baby dilahirkan, mmg baby diberikan sekejap pd sy utk didakap tp kemudian diambil misi. Ianya berlaku krn masa tu wad penuh & semalaman sy tido di dewan bersalin.

Keesokan ptg tu baru sy dihantar ke wad. Depan katil sy ada sorang kakak yg baik hati. Dia tgk sy terkial2 nak susukan baby, baby pulak tak henti2 menangis & merengek. Dia pun dtg kat sy. Dia minta keizinan utk merasa breast sy samada ada susu atau tidak. Ada isi dan berat katanya, maknanya sy punya susu.

Tapi kenapa baby tak nak tido walaupun setelah berjam2 lamanya menyusu? Semalaman sy nyusu baby tanpa henti, asal sy letak jer dia nangis. Bila balik kerumah mak pun cenggitu. Sekali tu kakak sy dtg melawat bersama rakannya seorang. Bila dia tgk baby asyik nangis jer dia pun cakap, “baby tak kenyang kot, ko tak de susu tu...”

Sy pun perah guna tangan, memancut keluar, tambah lagi masa tu baru lepas berurut. Tak de susu apanya sekali perah terus memancut sy kata. Kakak sy tetap bertegas yg baby sy tak leh tido sbb tak kenyang. Kebetulan rakannya tu pulak punyai 4org anak lelaki, jd kakak sy jadikan dia sebagai panduan. Katanya anak lelaki mmg kuat nyusu mmg takkan cukup dengan susu badan shj. Maknanya mesti kena support dengan susu tin.

Sy fikir mungkin yer lah kot, sy pun masa tu tak mengexplore sgt pasal susu badan ni...tp krn suami takde disisi sepanjang sy berpantang, duit belanja pun berapa sen jer dia bagi, sy pun takdelah nak gi beli susu tin. Sy senyap jerlah. Nak pinjam dgn mak malu, kedai dgn umah pun jauh, nak kena tunggu abah balik keje ntah kul bape baru leh gi kedai. Abah sy keje bawak limo jadi waktu balik keje tak menentu.

Jd sy terus menyusukan dengan susu badan. Nak beli susu tin pun sy tak cukup duit inikan lagi nak beli produk tambah susu. Breast sy pulak kerap bengkak penuh susu. Masa tu bodoh alam lg, tak tau yg kalo baby kerap nyusu lagi byk susu produce.

Mak saya pulak membesarkan anak2nya dgn susu tin. Jadi mula2 mmg mak bising. Pendek kata sy memang tak dpt sokongan langsung. Suami pulak keje jauh tiada disisi. Sy cuma makan benda2 biasa jer, tp sayur mesti ada. Seminggu mak sy ambil cuti menjaga sy yg baru bersalin ni. Lepas seminggu mak sy pun mula kerja semula. Tinggallah sy dan baby berdua siang hari. Alhamdulillah, senang pulak sy jaga baby. Elok jer dia tido.

Alkisahnya, anak sy yg sulong ni perangainya kalo tido mmg tak leh bising langsung. Telinganya over sensitif. Padanlah kat spital dia tak leh tido dek baby2 yg lain nangis, ngan misi jalan berborak2, tolak troli lg. Kat umah mak pun cenggitu jugak, sbb sy tido kat depan tv, dekat pulak ngan dapur. Kalo mak wat keje kat dapur mesti dia jaga. Sampaikan susah sy nak letak dia tido ditempatnya sendiri, sbb kalo sy gerak nak bgn mesti dia sedar. Haiqal ni jenis yg mudah terjaga dan terus menangis. Mungkin dia dah terbiasa masa dlm perut lagi dgn senyap sunyi sbb masa mengandungkan dia sy memang tak suka bising langsung. Tgk tv pun seperlahan yg boleh. Perangainya yg tido tak leh bising itu terbawa2 hampir ke usianya 2thn.

Jadi kesimpulannya, bknlah dia tak cukup susu, cuma dia tak leh tido kalau bising. & tempat yg paling selamat baginya masa itu adalah berada dekat di dada ibunya:)


**************TAMAT*******************

Kesimpulan aku pulak, nampak tak, kebanyakan yg berlaku, bila ibu tiada pilihan lain, leh pulak "fully breastfeed". Tapi, aku memang 'salute' la mummy ni. Dalam pada dia takde ilmu pasal breastfeeding ni, kalau mummy2 semua nak tahu, dia sekarang berjaya menyusukan ketiga2 anak dia secara sepenuhnya. Best kan! Syukurlah, nasib baik dia tak terpengaruh dgn cakap2 org sekeliling. Allah selamatkan dia dgn cara, dia tiada pilihan lain selain dari "breastfeeding" anak2 dia.

Mungkin situasi kita berbeza, ada mummy yg punya banyak pilihan, samada nak breastfeed atau beri susu formula (sebab duit dah terlampau banyak ataupun tekanan dari org sekeliling.) Harapan aku, mummy di luar sana, jadikan pengalaman mummy ni, sbg pedoman utk kita, jika berhadapan dgn situasi yg seumpama ini. Semoga kalian tabah menghadapinya dan berjaya menyusukan anak2 dgn jayanya hingga 2 tahun.

So, pada mummy2 yg niat nak fully breastfeed, kena keraskan hati, kalau ada org2 yg 'down'kan semangat kita. Kita mesti yakin pada diri, dan percaya pada rezeki Allah. jangan, simply2 dengar cakap org. Cari maklumat yg tepat dan fakta yang benar. Bukan khabar angin, cakap org2 tua, atau gosip2 dan sebagainya. Untuk kepastian, lebih baik rujuk dengan pakar laktasi, bukan pakar men'down'kan semangat!

Berbincang dgn org yg betul, insyaallah, perjalanan breastfeeding akan menjadi mudah.

Selamat menyusu,
Menyusu itu INDAH.... ;)

salam sayang,
atia a.k.a zahirahzainal 



Isnin, 8 Ogos 2011

Apa dah jadi? Trend makan "milk booster @ penggalak susu" semakin menjadi-jadi!...

Salam ramadhan kepada semua mummy2 cantek di luar sana! :)...

Aduh...apa dah jadi ni. Aku tengok sekarang ni, trend makan milk booster semakin menjadi2. Pihak yang sedang mengaut keuntungan pun, menjadi2 iklankan stok2 milk booster untuk mummy2 yang beriya sangat nak breastfeed anak mereka, terutama bagi yang first time breastfeeding.

Percaya tak, mummy2 yang sedang hamil kat luar sana tu, belum bersalin lagi, dah sibuk2 fikir N cari nak makan milk booster apa yang terbaik. Sebab takut tak cukup susu punya pasal. Belum bersalin, dah buat persediaan untuk "breastfeeding" sampai begitu sekali. Huii..dasyat betul. Aku dulu masa anak first pun tak macam tu. (walaupun dalam hati risau bangat kot2 breast tak keluar susu). Maklumlah, kan mama aku dah pesan, "keturunan kita, keturunan tiada susu."

So, macamana ni? Apa penyelesaiannya? Jom baca nasihat N penerangan aku sampai habis k! :)...

Pertama sekali, FAHAM DULU, bagaimana susu ibu terhasil. Ini asas. Siapa tak mau amik tahu, memang rugilah. Kalau tak kuat, mungkin perjalanan breastfeeding akan berhenti di tengah jalan.

Susu ibu terhasil daripada rangsangan bayi itu sendiri. Bila anak mula menghisap susu, secara automatik, otak akan menerima arahan dari kilang2 susu, supaya menghasilkan susu. Sila tengok jap gambar di bawah. Mesti mummy boring tengok gambar ni aje, nasiblah.... Sekadar nak beri gambaran je ni. Takut ada yang tak nampak bayangan tentang apa yang aku jelaskan tadi.

So, mummy nampak tak kat sini, bahawa susu ibu yang terhasil, memang berkait rapat dengan otak (fikiran kita). Sebab tu, kalau kita hantar signal yang salah, seperti kurang susu, tiada susu, anak lapar, susu tak cukup dan sebagainya. Itulah yang akan terjadi. Sebab, kilang susu tu, ikut perintah dan arahan dari otak. Dah otak kita kata susu tak cukup, yelah tu...Memang takkan cukup.

Lagi satu, mummy perasan tak, N pernah dengar tak, ada mummy2 yang mengadu, dah makan milk booster macam2, susu kurang jugak! Ada pulak yang cakap, susu ibu rezeki masing2. Memang betul, semua rezeki ditentukan Allah. Tapi, Allah juga takkan mengubah nasib sesuatu kaum, selagi kaum itu tak nak merubahnya.

Kan aku dah pesan, pasal "breastfeeding" ni, ianya bersifat semulajadi serta fitrah manusia. Macamana, perempuan ditakdirkan boleh mengandung dan bersalin, begitu juga dengan menyusu. Insyaallah, kalau kita dah pasang niat yang betul, pasti akan berjaya!

Kenapa aku sebut pasal, " Allah juga takkan mengubah nasib sesuatu kaum, selagi kaum itu tak nak merubahnya." Sebabnya, kenapa mummy masih percaya pada benda2, cakap orang N sebagainya. Kan aku dah pesan, jangan percaya pada benda2 tu semua. Anggap apa yang kita lakukan, bila makan milk booster tu, ianya sekadar, usaha dan ikhtiar kita. Bukan dek kerana milk booster tu yang berkesan! Sebab tu, niat menyusu ni, tanamkan di dalam hati, sebaik saja kita disahkan mengandung. Banyakkan berdoa serta berselawat, mohon pada Allah agar dikurniakan rezeki menyusu yang melimpah ruah.

Kadang2 aku 'confuse' jugak ni, mummy2 yang susah N kekurangan ilmu dan wang, takde pulak alami masalah kurang susu ni. Terbalik lak ngan mummy2 yang berpendidikan tinggi N terlebih wang. Sebabnya, mummy2 yang kat luar ni, mudah terpengaruh dengan iklan2 atau cakap2 orang. Berbanding dengan mummy2 yang dok kampung (orang2 susah), walau ada iklan susu menarik camana pun, dia tetap tiada pilihan lain. Nak tak nak, terpaksa gak nyusukan anak diorang, sebab duit takde. Mungkin 'kekurangan duit' tu, adalah 'milk booster' diorang kot. Sebab, otak diorang secara automatik dah hantar signal, ANAK AKU NI, TIADA SUSU LAIN SELAIN SUSU IBU. (ini jelah yang mak mampu beri... minumlah nak, mudahan kamu kenyang...)

Sebabnya aku marah sangat ni, aku dulu pun terlibat sama (masa anak first)! Sibuk makan itu ini, beli itu ini, nak kasi susu banyak punya pasal. Sampai kena sound dengan "akak kat ofis, ni apa yang bau busuk nih! Bau herba apa ni!"

Terkenang kisah2 lama, nak tergelak pun ada, sebak pun ada. Macam2 cabaran yang aku hadapi. Bukan mudah nak memulakan penyusuan hingga berjaya ni. Tambah lak, kita ialah orang yang pertama pencetus rovolusi baru kat ofis, menyusu anak sepenuhnya, tanpa campur setitik pun susu formula. Sedih wey...kalau nak citer.... ;(

Next time aku akan citer, apa yang telah aku lalui, yang sangat2 aku ingat sampai ke hari ini.

So, kesimpulannya, aku nak pesan, jangan kelam kelibut sangat cari N makan milk booster macam2. Makan je makanan berkhasiat, yang penting, jaga solat, dan hubungan dengan Allah, supaya doa dan harapan kita dimakbulkan olehNya. (peringatan untuk diri sendiri ni....! )

Selamat menyusu, semoga anak2 kita menjadi anak2 yang soleh dan solehah...amin...

Salam sayang dan ikhlas,

~atia a.k.a zahirahzainal~

Sabtu, 6 Ogos 2011

Usah terlalu teruja beri anak "fresh milk" sehingga abaikan kitaran EBM.

Salam ramadhan buat mummy semua.... :)

Lama giler tak update blog, sebabnya asyik tak menyempat. (Sejak cik hubby terlibat dgn bisnes d musim raya ni, hingga balik jam 2-3 pagi, cam terasa sgt penatnya uruskan rumahtangga, "totally" sorg2...huhu... Gi kerja pun naik bas, sebab kereta dah diguna pakai oleh cik hubby. N budak2 ni pun, selagi tak capai jam 12 tgh mlm, tak reti2 nak tido. Mcm lipas kudung dibuat mamanya.)

Ok, kali ni, aku nak citer pasal entri ni, coz nampak semakin ramai mummy yg bila dah start kerja, langsung tak guna EBM dia. Sebabnya, diorg kasi susu yang "fresh" (baru diperah) tu. Yg aku perasan, hampir kesemuanya, ibu2 yg 1st time breastfeeding. Kalau tak caya, cuba siasat sendiri... :)

Ok, pertama sekali, kita kena faham, kenapa kita buat stok EBM tu?. Stok EBM tu, ialah sebagai 'back up' untuk pelbagai situasi. Kena ingat, susu kita ni, tak de dijual di mana2. Bukan macam susu formula, bila habis, leh beli lagi kat kedai. N susu formula tu, selagi tak buka tin dia, leh tahan sampai tempoh yg lama kan. Sedangkan susu ibu, paling lama bertahan sehingga 6 bulan, itupun kalau ada yg beli "deep freezer" macam aku ni.

Mummy2 kena ingat, seawal 6 bulan pertama, susu kita memang banyak, coz baby tak makan 'solid food' lagi. Tapi, bila baby dah start makan, biasanya, mummy akan mula period N susu akan mula berkurang (berbeza dgn setiap individu). Ada yg semakin berkurang, ada yg semakin bertambah. Tengok pada baby masing2. Ada sesetengah baby, bila dah start makan solid food akan kurang minum susu. Ada yg sebahagiannya, maintain je N ada jugak semakin bertambah2 susunya. Ini semua hanya sebagai langkah berjaga2, N sebagai persiapan kita untuk menyusu sehingga 2 tahun. Kalau 2 tahun tu, kejap je rasanya cam 2 hari atau 2 minggu lamanya, tak pe gak. tapi 2 tahun, lama tu...N akan ada banyak lagi cabaran dan dugaan yg bakal kita hadapi. Selagi ada stok, kita takkan risau. Sebab tu, aku kesian tgk mummy2 yg langsung tak 'rotate' stok EBM dia, dah terbiar sampai bertimbun2 nak dekat expired. Apa guna penat lelah tu, sayangnya, bila dah tiba masa, buang je susu tu begitu saja.

Ada juga mummy yg berhati mulia berniat nak sedekah susu2 tu pada mummy2 yg tak mampu nyusukan anaknya. Sebab dia kata dah terlebih2 sampai dah tak muat deep freezer.  Kalau ada yg nak amik takpe, tapi kalu takde, aduh....sayangnyer susu kita terbuang begitu saja.

Sebab tu, PENTINGNYA, cara pengendalian stok EBM yang betul. Supaya jangka hayat susu tu, berpanjangan...Tak de yg putus.

Sebenarnya, cara uruskan susu ibu yang betul ialah, menggunakan kaedah nisbah 1/4 atau 1/5.  Iaitu, kalau kita beri pada pengasuh 3oz susu X 5 botol = 15 oz susu. (Maknanya, 1 botol daripada 5 botol susu tu, ialah stok EBM kita). INGAT KONSEP FIRST IN,FIRST OUT (EBM) tak? Rasanya macam dah pernah explain je sebelum ni. (kalau belum, sila ingatkan aku k.)
Maknanya, kita berikan 4 botol susu ibu yang segar, dan 1 botol saja yang stok beku. Kemudian, hasil perahan yg lebih semalam, contoh, biasa perah dapat 20 oz dekat ofis (tapi kita guna 12 oz je, sebab lagi 3oz guna stok EBM), yg lebih tu, simpanla buat stok. So, dalam peti kita, kita amik stok EBM paling lama, kemudian gantikan susu yg 'fresh' masuk dalam.

Dengan cara ni, susu kita dalam deep freezer takkan tamat tempoh, sebab kita dah gerakkan susu ibu yang dok tersimpan dalam peti tu.

Lagi satu, sila belajar dari kesilapan aku dulu. Niat aku nak 'fully breastfeed' anak aku yg first sebenarnya tak tercapai. Sebabnya, bila aku mengandung, susu aku makin berkurang (ada setengah ibu tak effect, tapi aku memang sangat2 terkesan dek hormon ngandung tuh...)

So, bayangkan, aku hanya dapat menyusukan WAFIY secara penuh, tanpa setitik pun susu lain, sehingga 1 tahun 3 bulan saja. Lepas pada tu, aku hanya mampu bekalkan 3 botol susu, kemudian 2 dan akhirnya semakin berkurang kepada HANYA 1 botol saja, so, terpaksa campur, dengan susu DUTCH LADY 123, sebab umur dia pun dah lebih setahun kan... Lama gak aku menangis tersedu2, setiap kali ternampak anak aku pegang botol susu yg mengandungi susu lain tu....
 :( ....wuaaa (Ketika tu, aku hanya mampu direct feed saja, sebab bila pam, nipple sakit gila! )

Pada ketika itu, aku betul2 bertekad dalam hati, untuk anak yg kedua, aku akan buat stok SEBANYAKKKKKK yg mungkin, supaya, mana tahu, rezeki Allah, jika ditakdirkan mengandung lagi, sekurang2nya, walau aku tak dapat sediakan susu perahan segar, tapi aku masih MAMPU berikan dia SUSU IBU selama yg mungkin. Supaya tercapai niat aku, untuk menyusukan anak2 sehingga 2 tahun. Maksudnya, walau kita tak mampu lagi perah susu macam dulu2, tapi kita tetap beri anak minum SUSU IBU, bukan SUSU FORMULA!.

So, sila rotate stok EBM dalam peti tu, supaya tiada susu yg expired. Setiap titis susu ibu sangat berharga dan bernilai kan... :)

Selamat menyusu, semoga tercapai hingga 2 tahun....amin...

Salam sayang,
~atiyah zahirah zainal abidin a.k.a zahirahzainal~

Khamis, 28 Julai 2011

Tersentuh hatiku tatkala melihat ibu yg bersemangat tinggi untuk "breastfeeding" anak angkatnya!

Salam,
Sepatutnya semalam lagi aku dah post entri ni. Tapi, masa yg tak menyempat2, so skrg baru berpeluang... Yg ni juga, sebenarnya, pembongkaran penyebab ' camana nipple aku leh tersumbat- refer entri post sebelum ni'. Bukan salah mummy ni. Tapi, salah sendiri yg terlalu excited berbual dgn akak ni. (Sambil2 marmet, tak sedar jari2 dah beralih, so tersalah perah dgn cara yg salah. Sekarang sedang menanggung akibatnya...huhu...sakit2...)

Sebenarnya, kami berkenalan di surau ketika masing2 nak menunaikan solat zuhur. Kebetulan, aku dah selesai solat, dan dia baru nak solat. Aku tengah memerah susu ketika itu. Akak tu pun datang tak semena2. Dia tegur aku, "banyaknya susu..." N ada lagila slot2 lain...

Cumanya, yg buat hatiku tersentuh ialah, bila dia kata, "macamana nak banyak susu ek. Akak tak de anak dik. Akak amik anak angkat. Dah 5 bulan.... "

Subhanallah...! Bagusnya akak ni, ada niat nak breastfeed anak angkat dia. Hatiku tersentuh sangat. Sebab bukan mudah sebenarnya nak breastfeeding ni. Banyak betul cabaran dan dugaannya bagi ibu2 seperti aku ni. Tetapi dia.... tak mengandung, tapi ada niat nak breastfeed...!!! Ya Allah, murni sungguh niat dia. Bukan mudah... Lagi banyak cabaran dan dugaan yg harus dia tempuhi demi menjayakan penyusuan ni...

Dan pada hari ke3, aku ajak dia perah sama2. Walaupun tak bawa botol susu. Aku paksa gak suh dia keluarkan susu. (Sebenarnya hari pertama kitorang dah try, tapi susu tak keluar. Cuma aku dapat rasa, breast dia agak berat, n ada ketulan2 susu yang tersangkut kat dalam tu...Oh ya, dia ada gak sebut perkataan yg aku alergik nak dengar tu, "akak tak de susu dik...") Yg ni, mummy2 kena ingat, walau apa pun, JANGAN KATA KITA TIADA SUSU, sebenarnya susu kita ada, SEBUTLAH, susu saya ada, cuma tak tahu macamana nak keluarkannya...Itu lebih baik...Sebab, susu ibu bergantung sangat pada mindset ibu. Bila kita silap hantar signal pada otak, maka kilang susu pun akan ikut arahan otak... So, hati2lah dengan kata2, fikiran ataupun bisikan hati anda. Ok! :)

Oh ya, sambung lagi...Akak tu picit keluar breast dia, susu menitik2...Aku nampak macam airmata dia bergenang...Aku pun rasa macam sebak tak tentu pasal...Maybe terharu kot...Sebab, tengokkan semangat dia. Aku betul2 bangga.... Subhanallah...!!!Memang aku tabik betul ngan dia. Walaupun selama ni perah susu, setakat percik2 kat dinding botol je hasilnya, tapi, semangat dia tu yg buat aku kagum. Dan aku percaya sangat, kalau dia terus berusaha, insyaallah, pasti dia dapat menyusukan anak angkatnya sehingga 2 tahun. (Jom kita sama2 doakan k...)

CARA NAK BERJAYA MENYUSUKAN ANAK ANGKAT DENGAN JAYANYA (dengan izin Allah...) :-
1. Mula2 sekali, berdoa kepada Allah Taala, kerana rezeki itu datang dariNya, serta niatkan dengan hati yang ikhlas ingin menyusukan anak seboleh2nya hingga genap usianya 2 tahun.
2. Camanapun, rangsangan TERBAIK ialah dari baby itu sendiri. Cuba pujuk baby hisap susu melalui breast. Kalau baby tak mahu, cuba beri baby hisap breast kita ketika dia sedang tidur. Sementara kalau dia tak mahu menghisap, titiskan saja susu tu ke dalam mulut baby (sekurang2nya, ada juga susu ibu yang mengalir ke dalam perut anak). Banyakkan berselawat. Insyaallah, mudahan dgn izin Allah, baby yg tgh mamai, bila terasa susu kita tu, mungkin secara tak langsung akan merangsang baby untuk menghisap.
3. Mummy kena rajin, kuat semangat n konsisten tau!!! Harus berdisiplin dan bersungguh-sungguh dan mengikut aturan dan nasihat yang diberikan oleh kaunselor laktasi.
4. Mindset jangan lupa k. Hehe... (Susu banyak...susu banyak...) amin... :)
5. Berdoalah ke hadrat Illahi agar usaha ini diberkati dan dimakbulkan olehNya.

Ok....Semoga dapat dijadikan panduan oleh ibu2 yang berniat untuk menyusukan anak angkatnya...

Sekiranya ada duit yang lebih, aku amat2 galakkan mummy2 (ibu angkat yang nak menyusukan anaknya) supaya guna alat ini>>>>>>>


Supplementary Nursing System adalah peralatan yang dapat membantu ibu yang tidak melahirkan anak untuk memulakan penyusuan terhadap anak peliharaannya. Alat ini terdiri daripada dua tiub halus yang disambungkan kepada sebuah botol yang boleh menyimpan bekalan susu. Kedua-dua hujung tiub ini akan dilekatkan pada hujung puting pada kedua-dua payudara ibu. Pelekat khas disediakan di dalam pakej ini.

Apabila anak bersedia untuk menyusu, masukkan bekalan susu kedalam botol.(Bekalan susu ini boleh jadi susu formula mahupun susu ibu yang didermakan). Apabila bayi mula menghisap pada puting ibu ini, susu dari botol akan dialirkan ke dalam tiub dan bayi akan menikmati susu ini seolah-olah susu tersebut terpancut keluar dari puting ibunya. Dalam masa yang sama, hisapan bayi akan menstimulasi puting ibu dan seterusnya akan merangsang payudara ibu tersebut untuk menghasilkan susu secara semulajadi.

Happy breastfeeding untuk ibu2 di luar sana, semoga berjaya menyusukan anak masing2....hingga 2 tahun...amin... :)

Salam ikhlas,

~atia~ a.k.a zahirahzainal

NOTA: Tertinggal sesuatu,ibu di atas telah terlebih dahulu diberikan pil hormon bagi merangsang pengeluaran susu. Sila dapatkan nasihat pakar terlebih dahulu ya. "Happy breastfeeding" :)



Rabu, 27 Julai 2011

Ya Allah sakitnya!!!..Liang susu tersumbat!!!....

Salam,
Arini merupakan hari ke 3, liang susu saya tersumbat. Rasa sakit yang amat. Teramat2 sangat!!! Sampai kadang2 rasa pening nak muntah2 pun ada. Macam nak demam...N semua jadi serba tak kena. Keadaan bertambah buruk, pam susu yg rosak masih belum di repair. Tapi, semalam cuba dapatkan nasihat dari pegawai berkenaan tentang masalah ni, dia kata, better perah guna tangan.

Tapi, masalahnya sekarang, bukan bengkak keras macam batu tu (bengkak ketul2 sekeliling breast). Tapi, yg ni bengkak disertai dengan liang susu tersumbat habis (nipple pun macam nak meregang kulit dia seolah2 nak melukakan diri). Yg keluar susu hanya satu lubang saja. Bayangkan siksa sakitnya. HAnya yg pernah mengalaminya saja yg tahu.... Ya Allah...tolonglah hambamu ini, yg sedang sakit yg amat... Saya perlukan bantuan kecemasan....TOLONG!!!!....

Masalahnya sekarang, selama ni, kalau bengkak, masih boleh diselamatkan lagi, at least perah sikit2 dia keluar juga...Yang ni, susu tak boleh keluar, diorg berkumpul kat hujung nipple je...Mbuatkan nipple bertambah bengkak...n bengkak tu terasa bergumpal2 sampai ke belakang...Sakitnya...

Tolong...tolong...tolong...KECEMASAN...!!!

Selasa, 26 Julai 2011

Pengakuan: Saya tak pernah pegang botol susu untuk susukan anak, hanya "BREASTFEEDING".

Salam,
Lama sangat tak update blog. Sampai ada beberapa org mummy yg bertanya. Terlalu sibuk, sampai tak sempat tengok FB pun, apalagi nak update blog...
Sebabnya, si kecil itu masuk hospital. Dan lebih seminggu sibuk menjaga dan melayan ragam si baby yang sedang sakit... Huhu... :(

So, sekarang saya nak citer pasal entri ni, bcoz of seorg mummy yg sangat2 risau pasal anak tak nak minum melalui botol.

Nak tahu pengakuan ikhlas saya? Selama saya menjadi ibu, saya tak pernah menyusukan anak sendiri menggunakan botol susu. TAK PERNAH!!! Sebab prinsip hidup saya sejak pertama kali bergelar ibu, menyusukan anak hanyalah melalui "breastfeeding" sahaja. (walaupun, saya pernah melalui saat getir, time "berpantang", saya jatuh sakit. Kemudian bila nak susukan anak, macam tak keluar. Mujur suami mengambil peranan untuk memujuk bayi. Sementara tu, saya minum horlicks, makan kurma dan biskut sikit.

Ambil masa jugak. Dalam 30 minit, saya dah mula rasa tenang, baru saya ambil bayi saya, kemudian, menyusukannya. Alhamdulillah, lepas tu, keluar susu agak lancar berbanding tadi.

Nampak tak, menyusu ni, bukan mudah sebenarnya. Bukan niat nak menakutkan. Just, take it, 'positively' la. Saya cakap ni, just nak share pengalaman saya, yang saya pun pernah alami situasi "down" gak. Situasi kurang susu. Bukan kurang, tapi 'lambattt' sikit nak 'refill' balik. Kalau yang jenis pandang dari sudut negatif, mesti akan cakap, " Kan aku dah cakap, menyusu ni kan leceh..." (Ni, cakap mummy2 yang tak berjaya. Jangan ikut ok. )

Selama saya dok berpantang kat rumah, dan berjalan (keluar ke mana2) ketika waktu berpantang, saya menyusukan anak direct je. Tak pernah beri melalui botol. Mungkin sebab tu susu saya cukup kot. Rangsangan banyak dari anak sendiri. Nama pun breastfeeding, time nilah nak buktikan breastfeeding tu mudah. Leh menyusu kat mana2, dan bila2 masa saja. Kalau keluar, nak kena beri susu perah, dah nampak leceh pulak breastfeed ni nanti. (Masih ada lagi mummy yg segan NIP "Nursing In Public', sanggup beri anak susu perahan daripada nyusukan direct) Kan leceh tu...

Satu lagi, tentang nak ajar anak menyusu botol. Yelah, sebab kita nak naik ofis kan. Kalau tak ajar anak nyusu botol, nanti payah pulak pengasuh dia kan. Takkan nak nyusukan anak kita melalui cawan atau picagari. Biasanya pengasuh tak sanggup!.

So, cara saya ialah, semasa awal kelahiran, menyusukan anak secara 'direct' sahaja. Teruskan menyusu selama sebulan. (Aktiviti mengepam sudah boleh dimulakan seawal seminggu kelahiran). Dah cukup sebulan 'direct feed;, kemudian, latih anak minum melalui botol, dengan pertolongan suami/ mak/ mak mertua/ pembantu.(Jangan kita sendiri yg berikan.) Sebab, baby kenal bau ibunya. Ini juga bagi mengelakkan anak keliru puting. (Bagi ibu yang susu dia flow perlahan, ada kemungkinan akan alami masalah anak 'reject' susu melalui breast. Sebab, baby yang sudah minum melalui botol, (susu keluar lebih laju), akan menyebabkan baby malas berusaha untuk hisap susu ibunya. Lama-kelamaan baby akan secara sendirinya 'reject' "breastfeeding". Sebab tu, jangan mummy yang ajar sendiri, supaya bila kita ada, baby tahu, susu ibunya di mana.... :) Dan dengan cara itu, walau baby dah menyusu melalui botol, tapi bila 'mummy'nya ada, dia tetap mahukan breastfeeding.

Kemudian, teruskan menyusu secara direct. Ajar anak hisap melalui botol tak perlu tiap2 hari. Cukup sekali 2 saja. Cakap kat dia dan pesan pada baby, "bila mama kerja nanti, baby kena minum susu mama melalui botol tau! Mama tak de.... Mama gi keja.... Kalau tak nanti, sian baby lapar..." (Cam lawak je kan pesanan saya ni, tapi cubalah, insyaallah berjaya. Anak kita faham apa yg kita cakap. )

Kemudian, baby dah masuk 2 bulan, ajar lagi sekali. (Supaya dia tak lupa). Nak dekat naik ofis ajar lagi. (Ingat tau, bukan mummy sendiri yg beri susu botol tu.)

Insyaallah, baby akan minum susu melalui botol secara sendirinya. Tak perlu kita tergesa2 sangat nak ajar anak menyusu melalui botol. Ni ada sesetengah mummy, terlampau risau, (sebab dengar cakap kawan2/ makcik2/ mak2, suh ajar botol), masih awal berpantang lagi, dah sibuk2 nak kasi botol. Teruskan menyusu anak dengan tenang. Banyakkan berdoa pada Allah, agar dimudahkan segala urusan menyusu. Insyaallah berjaya! So, mummy2 jangan risau ok!

Sekian untuk kali ini. Selamat menyusu!!! :)

Rabu, 13 Julai 2011

Cara kumpul dan "maintain" stok susu ibu.

Salam,
Actually aku nak dedicate entri ni khas untuk Mrs Y. Sebab aku excited sangat nak bantu ibu muda ni, yang berniat nak fully breastfeed anak dia yg kedua. Sebab anak yang first tak berjaya. Aku sangat berkobar2 nih... Sebelum tu, mari kita sama2 berdoa untuk diri kita dan kawan2 kita agar kita dan mereka semua berjaya "fully breastfeed' anak2 hingga genap 2 tahun. Insyaallah...

Ni antara perbualan kami tadi (melalui sms), " Tq kak...Sy baru je abis berpantang. Alhamdulillah semua selamat. Saya 'full breastfeed' lagi. Tapi, susu tak banyak sangatlah kak...Siang ari saya masukkan dalam botol N malam saya bagi terus.. Macamana nak banyak susu kak? Risaulah time puasa nanti susu kurang..."
************************************************************
Ok, firstly, aku nak TEGASKAN pada korang, camana pun, kerja (ibu bekerjaya) atau tak kerja (surirumah), mesti kena buat stok. Just in case, takut susu berkurang. Yang sebenarnya, kebiasaannya, ketika berpuasa susu lebih banyak. Ini namanya kuasa Allah. Tapi, WAJIB bersahur ye.. Stok kurma jangan lupa. 3 biji ketika bersahur, 3 biji ketika berbuka....Amalkan selalu, insyaallah berkat dan banyak susu.

Cuma yang menyebabkan susu berkurang tu, kebiasaannya, si ibu ni PENAT. Nak buat itu, nak buat ini. Kadang2 penat tu yg menyumbang kepada susu berkurang nih. Kemudian, STRESS pulak. Dok pikir nak kerja lagi, nak siapkan makanan berbuka lagi, nak nyusu anak lagi... Lagi pulak, kalau anak dah 2,3,4,5,6,7...hah...masing2 ngan ragam masing2...Kalau kita dah expert handle tak pe. Tapi, kalau masih dalam proses belajar menguruskan karenah rumahtangga ni, ada baiknya buat stok.

Niat nak "fully breastfeed" tu dah bagus...Tapi, kalau boleh, jangan setakat BERNIAT sahaja. Kalau boleh, biarlah disertai dengan tindakan sekali. Iaitu aku TEGASKAN SEKALI LAGI, SILA BUAT STOK!!!...Sediakan payung sebelum hujan. Ni kadang2, dah cantik dah "fully breastfeed", tapi time RAMADHAN terpaksa lak campur ngan susu formula. Alangkah ruginya... Takpun, dah elok2 tak period (sebab fully breastfeed), boleh berpuasa penuh...Dah tak larat nak puasa, N terpaksa lak nak menggantinya. Hah..bilalah masa nak mengganti tuh...Mau agaknya tak ganti puasa. Yelah, niat nak breastfeed 2 tahun. dah tu, kalau dah tak puasa tahun ni, kena ganti sebelum next ramadhan tiba kan... Dah tu, bila nak ganti..?Pas 2 tahun...? So, kita sendiri tahu jawapannya kan... :)
(pesanan & peringatan untuk diri sendiri yg sebenarnya)

Ok, firstly: Perah susu setiap kali lepas menyusu baby. Sebab, setiap kali kita menyusu, breast yang sebelah lagi, akan produce susu serentak dengan yang baby minum tu. So, keluarkan susu yang ada. Dan simpan. Tak kisah walau dapat 1 oz ke, 2 oz ke. Yang penting, kalau 5 kali  buat, dah dapat 2 botol 5 oz =10 oz.
Kalau sehari 10 oz, 7 hari dah 70 oz kan. Banyak la tu... Sebagai back up je. Bila ada back up, fikiran tenang je. Percayalah... Kalau tak de stok, yang susah, tension dan penat, kita gak yang tanggung sendiri. So, sila ambil iktibar. (Sebab, aku dah merasa.)

Kedua: Mrs Y ni, kalau korang nak tahu. Rupanya, siang hari, dia tak nyusukan anak dia direct. Dia bagi susu yang perah tu. Sebaiknya, kalau baby ada bersama kita, lebih baik kita direct feed, sebab rangsangan dari anak adalah yang terbaik. Tapi, tak pela, kalau dia perah susu tu. (Alasannya, sebab anak dia gusi tajam, so bila nyusu, nipple dia melecet sampai luka2. Sian gak... ) Dalam hal sebegini, rasanya, better tengok sama ada, cara 'latching'  (baby hisap) tu salah ke, atau dia suka perah susu dulu sampai breast kosong, pastu baru beri baby minum...
Hmm..yg ni, memang la baby ngamuk. Sebabnya, susu kita kan ambil masa untuk refill semula. So, sebab tulah, aku pesan, perah susu, lepas baby menyusu.

Ketiga: Dah perah susu tu, simpanla. (bagi housewife). Jangan guna dulu, kalau tak mendesak. Selagi ada dengan baby, breastfeed direct je. So, kita ada stok back up. Ni, ada lak yg dah perah, guna...perah lagi, guna.. Bila nak ada stok...???
Untuk ibu yang bekerja, pastikan stok susu lebih. Jangan short. Kalau hasil perahan ada negatif, maksudnya, perah dapat 10 oz, tapi guna 12 oz, so ada short 2 oz kan. Kalau boleh, ganti balik. (Perah waktu malam sikit, dapatkan balik berapa oz yang kita short tu) supaya, stok susu yang kita kumpul, sentiasa maintain. Tak berkurang...dan takde yang expired. Mesti amalkan cara menguruskan EBM (expressed breast milk @susu perahan), dengan PRINSIP FIRST IN, FIRST OUT. Mana yang kita perah dulu, itu yang kita guna dulu ok.

Sekian dulu untuk kali ini....

Happy breastfeeding...! :)

********************************************************************
Just nak share, stok susu MEI - JUN 2011 (walau tak berapa banyak macam ibu2 lain, tapi, insyaallah cukup untuk ILMAN. Ini bukan pertandingan siapa simpan stok susu paling banyak, tapi, kita sama2 perjuangkan, siapa yang berjaya menyusu hingga genap 2 tahun. Ok! Selamat menyusu... Sayang selalu.... ;)



Ahad, 10 Julai 2011

Subhanallah...Patutlah susu mak banyak...!!!

Salam,
Erm..pernah dengar citer orang dulu2 tak...Diorang citer, orang dulu2 kalau bersalin, tak de yang 'operate'. 'Nani' (panggilan nenek bg org pakistan) cik hubby aku, anak 13, semua bersalin normal. Orang dulu2 kalau mengandung lebih 40 minggu pun, tak de operate, mak bidan kata budak lum nak keluar lagi. Bila tiba masa mesti keluar jugak. Tapi, kita sekarang ni, senang sangat nak kena 'operate'. Baby besarlah...Takut baby lemaslah..dan sebagainya. Maybe sebab faktor pemakanan dan 'lifestyle' orang zaman sekarang tak macam dulu2. Kita banyak sangat makan makanan2 yg mengandungi bahan kimia N pelbagai lagi 'racun' yang banyak beri kesan pada baby dalam perut N ibunya. Mungkin itu yg menyebabkan, mummy sekarang ni, kalau bersalin mudah sangat operate. ( Termasuk aku ni, sampai sekarang aku takut. Walaupun 2-2 anak sebelum ni bersalin normal, yg berikutnya, tak pasti lagi. Semua ketentuan Allah...)

Ok, sekarang aku nak "share' pengalaman aku berbual2 ngan mak (mak mertua @ aku sayang macam mak sendiri). Mak beritau, susu mak banyak. Mak makan semua. Tak de pantang-pantang. Sebab mak tak pernah fikir langsung pasal tak de susu. Tak de dalam kamus hidup mak. Sebab mak cakap, mak ingat, kalau dah beranak, semua kena menyusu badan. Sebab nani (mak kpd mak) pun gitu. Semua anak-anak disusukan. Mak nampak itu. Jadi mak ikut je.

Percaya tak, mak kuat minum kopi. Tapi, susu tak pernah kurang. Mak makan pun, makan je semua benda yg boleh dimakan. Tak de pantang langsung. (Nampak tak kat sini, sebenarnya, memang benar, susu ibu amat bergantung benar dengan MIND ibu. Rangsangan susu memang dari otak. So, bermula sekarang, mesti yakin susu kita cukup untuk anak. Yakin pada Allah. Bukan pada benda2 ngan orang lain)

Satu lagi, mak cakap, setiap kali lepas nyusu, mak mesti perah keluar susu yang lebih. Mak buang habis. Sebab mak cakap, buat apa simpan-simpan susu tu. Buat bengkak je nanti. (Nampak tak, mak sebenarnya tak sedar, tindakan mak asik buang keluar susu tu sebenarnya, secara tidak langsung, mak dah rangsang susu tu supaya keluar lagi. Mak nyusu, mak buang... More demand=more supply kan. ) Patutlah susu mak banyak......Cik hubby nyusu sampai 5 tahun tau dengan mak. Pastu, semua anak-anak mak, ketujuh-tujuhnya mak susu kan dengan susu mak.

Alhamdulillah, aku suka tengok, adik-beradik hubby sangat bersatu-padu. Malah, sangat sayangkan mak mereka. Mungkin itulah hikmah menyusu badan. Walau mak susah-payah membesarkan anak2 dia, (dgn nakalnya, dgn karenah anak yg mcm2), tapi alhamdulillah...semua anak2 mak berjaya, serta taat kepada ibubapanya.

Apa yang ditetapkan di dalam al-quran, pasti ada hikmah yang besar di sebaliknya. Allah Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu. Mudah-mudahan anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah. Mummy2 yang menyusu, jangan lupa urusan kita dengan Allah, mudahan setiap titis susu kita berkat dan mendapat rahmat dariNya. (Peringatan untuk diri sendiri, serta sahabat2 yang dikasihi...)

Selamat menyusu...Semoga setiap titis susu kita, mendekatkan diri kita kepada Allah (menjadi orang yang sentiasa bersyukur) serta dikurniakan anak yang soleh dan solehah (berkat menyusu badan diiringi doa yang tidak putus-putus kepada Allah s.w.t)

Wallahualam... ;)

Iklhlas dan penuh kasih sayang...
~atiyah zahirah zainal abidin~

Khamis, 7 Julai 2011

Dari breastfeed + formula milk tukar kepada FULLY BREASTFEED.

Salam..

Camne nak change dr breastfeed + formula milk ke fully breastfeed?..

Anak saya baru 2 minggu, tapi sgt kerap minum smpai 1 masa tu da xde susu yg kuar nak bg.. dia melalk sekuat ati.. tpakse saya berikan FM *dgn sedih hati. menangis juga la tgk anak minum FM*

Skg ni saya nekad nak tukar balik, nak bg fully BF.. help.. bg tips..

young mummy~ salam...
Thanks sebab sudi bertanya kat sini. Mudahan dapat kita share sama2 pengalaman ni. Setiap ibu, cabaran breastfeed yang dilalui lain2 kan.. :)

Ok, berkenaan soalan Ty, camana cara nak fully breastfeed semula, sebab dah campur. Penyelesaiannya adalah bagaimana cara nak rangsang susu, supaya susu sentiasa mencukupi untuk anak.

SEbenarnya, rangsangan yang terbaik ialah baby kita sendiri, (breastfeed on demand). Setiap kali baby minta nak menyusu tu, sebenarnya, nak membantu kita tingkatkan production susu. Tapi, takpe, since dah ter'campur' dgn susu formula. Sementara anak minum susu botol tu, mummy leh bawa diri ke tempat yg tenang sikit (masuk dalam bilik lain ke, duk kat ruang tamu ke). Cuba perah sementara dia minum susu botol tu. (sebelum nak perah, minum sedikit susu atau makan kurma ke, atau biskut sikit, supaya dpt lancarkan susu nak keluar nanti.)

Mummy jangan sedih2 tau... Allah tahu niat ikhlas kita tu. Cuma kadang2 bila kita 'down' (hati tak rela beri anak susu formula), sebenarnya sedikit sebanyak effect pada susu kita. Kita tak perasan, secara tak langsung sebenarnya, emosi kita sudah terganggu. Kalau boleh, masa anak menyusu botol tu, Jangan tengok. Jangan mummy yg beri sendiri. Biar org lain yg kasi. (supaya ibu sempat tenangkan diri dan rangsang otak supaya produce susu lagi). TAPI, JANGAN SESEKALI FIKIR susu tak cukup! MESTI YAKIN SUSU CUKUP UNTUK ANAK. (cuma anggap, oh, susu aku ni banyak, cuma lambat sikit flow dia nak keluar)

Sebenarnya, mummy kena faham, susu kita memang sentiasa ada, cuma, kdg2 ambil sedikit masa untuk refill semula. Sebab tu, kalau boleh, minum air, setiap kali sebelum dan selepas menyusu. Ibu menyusu perlu lebih banyak cecair, baru susu tu akan lancar keluar. Makan pun, kena makan makanan berkhasiat.

Cara nak rangsang susu semula senang je...

Pertama> Setiap kali semasa baby menyusu botol (susu formula), dalam masa yang sama mummy kena perah keluar susu. Biar yg keluar tu sikit. Walaupun tak sampai 1 oz, yang penting, nak hantar signal pada otak supaya produce susu lagi.

Kedua> Jangan sesekali mummy yang beri susu botol tu. Biar org lain yg tolong kasi. Supaya, anak tahu, bila ada mummy dia, cara menyusu, hanya melalui breast mummy (direct feed). Lagipun, supaya otak mummy akan hantar signal yang betul, tiada cara lain nak menyusu, melainkan dengan cara menyusu badan.

Ketiga> Stok susu yang dah diperah tu, simpan, sebagai back up untuk mummy, bila flow susu lambat keluar, lebih baik beri susu perahan, daripada beri susu formula. Maknanya, kalau anak melalak pun, anak masih minum SUSU IBU, bukan SUSU FORMULA. (sebaiknya, perah waktu malam, pada ketika itu, hormon prolaktin sangat tinggi, dan hasil perahan biasanya lebih banyak.)

Keempat> Bila dah perah susu, dan ada stok, gunakan susu ibu yang dah diperah @ dipam sahaja, jangan beri langsung SUSU FORMULA! (Semakin hari, hasil susu akan meningkat) Mula2 perah dapat sikit, itu perkara biasa. NORMAL. Jangan risau dan stress. Hasil tu, akan meningkat sedikit demi sedikit.

Ikut saja cara ni, insyaallah, lepas ni takkan ada masalah lagi, malah susu terlebih2 pulak.

Harap ty faham jawapan saya. Kalau tak faham, sila bertanya lagi. Saya berbesar hati membantu.

Wallahualam...Mudahan kita sama2 dapat manfaat...

Selamat menyusu, jangan sedih2 tau mummy!!! Cheer up!!!

(cabaran menyusu memang ada, tapi untuk permulaan sahaja, ia akan berlalu seiiring dgn masa yg berlalu. Percayalah, suatu masa nanti, pengalaman pahit ni, akan menjadi kenangan terindah buat kita! )


Lupa lak nak pesan, sementara kalau hasil perahan tu tak berapa banyak, nak tak nak terpaksa guna susu formula, masih boleh guna, tapi dalam masa yg sama perah susu (semasa anak menyusu botol), perah susu bila waktu malam, atau setiap kali lepas baby menyusu. Bila dah ada stok susu ibu, jangan beri susu formula lagi. Kurangkan pengunaan susu formula sedikit demi sedikit. 
(Penggunaan susu formula adalah JALAN TERAKHIR sekiranya emosi mummy betul2 sedang terganggu, dah cuba perah tapi susu tak keluar.)


Perkara yang sepatutnya dilakukan ketika mummy dalam tempoh berpantang:-
1. Percaya pada kemampuan diri, sekiranya kita mampu mengandung dan melahirkan, pasti jua mampu MENYUSUKAN. (kecuali breast kita terbukti bermasalah dari segi perubatan, atau menyusu boleh menyebabkan jangkitan pada bayi dan sebagainya)


2. Menyusukan anak dalam keadaan yang tenang. Sekiranya mummy dikelilingi dengan "surrounding" yang anti-breastfeeding, atau orang2 yang kurang ilmu pasal breastfeeding, bawa diri keluar dari tempat tersebut. (Minta excuse menyusukan anak dalam bilik atau tempat lain.)


3. Selagi anak di sisi mummy, (mummy belum bekerja), tiada alasan langsung untuk beri susu formula. Bayi yang berusia bawah 6 bulan, perutnya masih kecil, malah sekecil guli. Perutnya hanya memerlukan susu ibu sahaja. Susu ibu yang kaya dengan antibodi, khasiat, zat, hormon, anti-allergy dan sebagainya. Bukan susu formula, air masak dan lain2.


4. Bayi menangis tidak semestinya menandakan dia lapar. Ada kemungkinan, kerana perut kembung, tidak selesa sebab kepanasan, diapers dll, merasa tidak selamat dan sebagainya. Cuba pujuk bayi. Dan kalau mummy merasa emosi mula terganggu, berikan bayi pada suami, ibu atau orang lain (untuk membantu memujuk bayi yg sedang menangis).
~nasihat:- Jangan ambil mudah berikan anak minum susu formula, kemudian bayi tidur lebih lama. Sebenarnya, perut bayi sedang bertungkus-lumus menghadam susu formula. Kadang2, sekiranya susu tidak sesuai, hingga menyebabkan sembelit. SUSU IBU TETAP YANG TERBAIK serta TIADA TANDINGAN.


Susu ibu adalah rezeki dari Allah s.w.t .... Bukan manusia yang menentukannya.. Mesti percaya dan yakin pada Allah. Saya hanya mampu membantu dari segi memberikan nasihat serta pandangan. Tetapi, terpulang pada mummy itu sendiri, sama ada nak breastfeed atau tidak.


Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sehingga manusia itu sendiri merubahnya.


Breastfeeding, siapa yang tentukan???...Kita sendiri yang memilih. 


Wallahualam...

Isnin, 4 Julai 2011

Bila nak perah susu kalau baby asyik menyusu?

Salam,
Kali ni, ada mummy yg bertanya, bila masa nak perah susu (buat stok) kalau baby asyik menyusu je? Memang bagi mummy yg baru berjinak2 dengan dunia breastfeeding ni, pasti akan merasa susah N tiada masa nak buat stok. Memang, ketika waktu berpantang baby akan kerap menyusu. Sebenarnya, kekerapan baby menyusu tu, sangat membantu kita untuk produce LEBIH BANYAK SUSU. Sebabnya, konsep susu ibu ni, MORE DEMAND = MORE SUPPLY. So, lagi banyak permintaan akan lagi banyak susu kita dihasilkan.

Mummy jangan risau, setiap kali lepas baby menyusu, memang susu kita seolah2 dah habis. Sebab, bila baby dah hisap breast akan rasa ringan, dan bila cuba perah, susu keluar sikit je. Sebabnya, susu kita pun macam "flush toilet" gak. Bila dah kosong, mestila ambil masa sedikit nak 'refill' semula. Sebaiknya, kalau baby menyusu sebelah breast. Yg sebelah lagi, kita perah terus. Sebab setiap kali, baby menyusu, kilang susu akan serentak bekerja untuk menghasilkan susu sama banyak dengan yg sebelah lagi breast. Sebab tu, kalau kita buat double pumping, kita leh nampak, breast yang baby baru minum tadi, amaun yg keluar agak sikit berbanding dengan yang sebelah lagi. Begitulah seterusnya. Sebab tu, kalau nak elak breast dari besar sebelah, kena balance kan, beri susu melalui kedua2 breast. Mesti kosongkan breast sepenuhnya, baru berikan yang sebelah lagi untuk penyusuan seterusnya.

Kalau tak pasti dah betul2 kosong ke tak, cuba ikut cara aku ni. Aku punya stail, aku suka pam susu, sebaik je lepas nyusukan baby. Sebabnya, dah belajar dari kesilapan yang lalu. (masa anak first, stok susu tak banyak cam sekarang). So, secara tak langsung, kedua2 breast aku, memang 'automatik' dah dikosongkan sepenuhnya. Betul tak?...Sebab, pas nyusu baby, terus je aku perah, kiri ngan kanan. So, kalau ada balance pun yang baby minum tadi, dah aku keluarkan dengan cara mengepam. Senang kan...

Oh ya, satu lagi 'rahsia' aku, yang aku nak share, aku sekarang ni, suka steril siap2 botol susu aku. Supaya, anytime aku nak perah, just amik perkakas pam N botol susu yg dah steril tu, duduk pam je terus. Tak yah lagi nak gi dapur, rendam air panas jap. Tunggu botol kering, baru perah. Cam leceh je kan...Senang tak...Hah..aku dah kasi tips ni. So, jangan malas2 k! Mari kita rancakkan proses memerah @ mengepam. Supaya, stok susu dapat dikumpul sebanyak mungkin. Ingat ye, the more demand, becomes more supply. Lagi banyak susu dikeluarkan, lagi banyak susu yang akan dihasilkan... Sebabnya, otak secara automatik akan menerima arahan dari kilang susu, supaya produce  banyakkkkkk lagi susu..

Mari aktifkan diri memerah...
supaya susu bertambah MERIAH!!!....

Chaiyok2 mommies.... ;)

Salam sayang...

~atiyah zahirah zainal abidin ~

Ahad, 3 Julai 2011

Lembu yang gembira menghasilkan susu yang banyak!


Mooo......lalalala... i'm happy cow....mooo....



Salam,
Apa khabar semua hot mummy di luar sana? Hopefully, semua tengah bergembira menyusukan anak masing2 serta sedang menikmati detik2 manis menyusukan bayi... Amacam, comel tak gambar lembu kat atas ni...? Comel kan...Suka aku nengok...Tengok gambar lembu ni, terus aku happy...'Cute' semacam lar lembu neh...

Tahukah anda bahawa kajian di New Zealand mendapati lembu2 yang gembira akan menghasilkan susu yang banyak...Untuk mengenal pasti lembu yang gembira, mereka akan memilih lembu mana yang menge 'moo' paling kuat, dikatakan hati mereka sedang berbunga riang ketika itu... Fakta ini, aku dapat dari seorang sahabat yang pernah pergi oversea...

Apa yg aku nak kaitkan di sini ialah...begitu juga manusia...Ibu yang GEMBIRA akan menghasilkan susu yang banyak... Ini ialah 'milk booster' yang paling natural dan semulajadi...Jadi, apa perlu tunggu lagi...GEMBIRAkan hati anda...Anda layak untuk bergembira....Anda layak untuk digembirakan...dan anda layak untuk merasa gembira.... Kerana, MENYUSUKAN ANAK dengan SUSU IBU adalah nikmat kegembiraan yang TIDAK TERNILAI serta tidak dapat digambarkan dengan kata2, apabila, setiap titis susu kita mengalir ke dalam perut anak kita serta segala tumbesarannya selama 6 bulan hanyalah dengan SUSU IBU SEMATA-MATA serta diteruskan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun... Marilah kita bersama-sama memperjuangkan SUSU IBU... Susah senang kita menyusukan anak, segala suka duka serta cabaran, akan terpahat menjadi suatu MEMORI INDAH yang akan meninggalkan kenangan yang paling manis buat kita sebagai seorang ibu.

Selamat menyusu.... Menyusu itu indah.... ;)

Salam ikhlas,

~atiyah zahirah zainal abidin a.k.a zahirahzainal~


Rabu, 29 Jun 2011

Lagi menyusu di mana-mana....

Salam,
ok, malam ni, aku nak buat citer ringkas je. Sebab aku 'busy' la akhir2 ni, dgn pam susu rosakla, kereta rosakla, aircond meletupla, astro trip la, itula inila...So, mood aku tak berapa nak ok. Cuma tadi saja2, cari2 idea nak citer apa, so, aku ternampak gambar2 ni, saja nak 'share story' sikit.

Pengalaman ni, paling bagus diambil tahu oleh ibu2 yg tengah study sikit2 pasal breastfeeding ni. Saja je share gambar ni, supaya ibu2 yg baru nak berjinak2 dalam dunia breastfeeding ni, rasa MENYUSU itu MUDAH sebenarnya. Paling cepat, selamat, yakin, suci serta jimat. ( Cewah cam buat iklan la pulak..)
Sebab, ada sesetengah ibu, bila menyusu kat tempat awam, diorang segan sangat. Tah apasal tah. Tah masalah mentaliti ke, atau terpengaruh dgn anasir2 yg anti-breastfeeding ke, anggap breastfeeding tu menyusahkan. Wallahualam..

First sekali, hikmah fully breastfeeding@ menyusu sepenuhnya ni, ialah kita tak perlu prepare sebarang alatan menyusu ketika keluar bersama family. Hanya bawa diapers, baju, napkin N lain2 je..Tapi, susu tepung, botol susu, thermos dan sebagainya, dah tak payah nak bawak, sebab kita ialah ibu yg 'fully breastfeeding'. Bila anak haus dan lapar, kita cuma suakan breast pada anak bila2 masa diperlukan. As easy as that. (Situasi ni MUNGKIN berbeza dgn ibu yg TIDAK FULLY BREASTFEED, breastfeeding + susu formula.)

Sila lihat gambar di bawah...


Sambil makan, tangan sebelah nyusukan anak..(Kalau tak biasa jangan buat, takut tangan si 'baby' sibuk main2 tudung kita, kang terselak, tak sempat nak tutup, sebabnya, tangan sebelah diguna untuk makan.)
Gambar yg ini, setelah selesai makan (di KFC alamanda). Sebelum bangkit keluar, nyusukan kejap. Supaya time masuk carrefour, 'baby' dah kenyang.
Gambar yg ini pulak, tengah beli barang kat tesco semenyih. Ilman dah haus nak menyusu, cik hubby tukang cover line jadi dinding hiasan di sebelah stroller serta merangkap tukang amik gambar.




(oh ya, sebelum tu, sila faham terlebih dahulu, bahawa aku tiada niat nak menunjuk2 ke apa, sekadar share pengalaman aku menyusu di tempat awam. Kalau ada mana2 pihak yg kurang senang, aku minta maaf, niat aku cuma nak beri idea, pada ibu2 yg berminat nak breastfeed ni, supaya tahu bahawa menyusu itu MUDAH. Sangat MUDAH. Itu saja. Sekian, terima kasih. )

Selamat menyusu...:)

Ikhlas...

~ atiyah zahirah zainal abidin a.k.a zahirahzainal ~

Rabu, 22 Jun 2011

Sila banyakkan stok susu sebelum RAMADHAN tiba...

Salam,
kepada ibu2 sekalian...saja nak ingatkan supaya prepare stok banyak2 bermula sekarang..Just in case, kalau 'something happen' time ramadhan, at least kita ada susu back up. Harap2... menyusu, bukan alasan untuk kita tidak berpuasa...( Ingatkan diri sendiri yg sebenarnya...)

Mana tahu kot2 kita sakit ke, penat sangat ke...sibuk sangat ke, sehingga menyebabkan susu untuk dihantar kepada pengasuh 'effect' (kurang stok), silalah prepare dari sekarang untuk buat stok susu anak...Masih sempat lagi ye...

Sebenarnya, berdasarkan pengalaman aku yg lalu, (syukur alhamdulillah, walaupun breastfeed, tapi tetap dapat berpuasa penuh), so, tahun ni, tak payah ganti puasa langsung. sebabnya, lagi puasa, susu macam lagi banyak pulak. Tapi yg penting, BERSAHUR itu WAJIB, dan sunat kalau kita bersahur, sebelum imsak.

Nanti, entri yg akan datang, insyaallah, aku akan beri cadangan menu apa yg paling sesuai ketika bersahur...(bagi ibu yg menyusu).

So, just follow my blog...mudahan bermanfaat....Sharing is caring... :)

Enjoy breastfeeding...until 2 years( tak lama kan...)....

Wassalam...

Terima kasih banyak adik AMIRAH AMMAR (INTAN KIARA)...Jasamu dikenang... :)

Salam,
Tah tak tau nape, ujian breastfeeding nih, time kat INTAN KIARA, punyalah berturut2...Lepas je pam rosak dari hari pertama tu, esoknya, 'ice pack' nyer pulak yg rosak. 'Ice pack' tu, yg kita guna, untuk isi dalam cooler bag, supaya susu tu, sentiasa sejuk sepanjang bawa pulang ke rumah...

Punyalah susah hati, tapi aku ada usaha gak bertanya pada Pn Sukhinder (pegawai INTAN) tu, kat mana ada peti ais yg berdekatan supaya aku leh tumpang peti ais. Tapi, jawapannya menghampakan, dia kata takde, N kalau ada pun, jauh sikit.

So, pada hari pertama, kebetulan habis kelas, aku jalan2 kat kedai runcit kat INTAN tu, aku terserempak dgn ani ngan kak nora, budak sama2 kelas ngan aku time kursus. Kemudian aku tumpang kat asrama MELUR, tempat ani ngan kak nora duduk, sementara tunggu cik hubby datang amik. Dapatla jugak tumpang peti ais dia. Tapi, esoknya, aku segan lak nak ikut diorang lagi, coz takut diorang tak selesa.

Jadinya, hari kedua tu, aku tanya2 kat kedai runcit INTAN tu, syukurlah, diorang benarkan aku tumpangkan susu aku kat peti ais kedai. Pada mulanya, budak lelaki tu yg aku kenal dulu, N dia kasi tumpang. Hari berikutnya, last day, aku tak sempat amik gambar dia, coz yg ada cuma dak perempuan ni je.. Dua2 budak ni baik, N aku suka ngusik diorang.

Ni dia adik amirah yg baik hati itu...>>>>>>>


Ini dia peti ais tempat aku tumpang letak susu aku, sementara tunggu cik hubby sampai...>>>>


Di kesempatan ini, akak nak ucap terima kasih banyak2, sebab bagi akak tumpang letak susu kat dalam peti ais kamu. Semoga Allah membalas jasa baik kalian....

**Adik amirah...kamu letak gambar mana satu kat facebook, ada ramai sangat amirah ammar, malas akak nak add, takut silap orang. Kalau kamu terjumpa akak, add tau! TQ.... ;)

Selasa, 21 Jun 2011

Situasi mencabar ketika berkursus di INTAN!!!...

Salam,
Setelah beberapa ari tak menulis, arini, aku rasa patut jua meninggalkan sedikit sepatah dua kata. Walaupun, time agak 'pack'.. Sebabnya, aku nak share pngalaman aku ketika berkursus di INTAN kiara baru2 ni...

Cerita yg aku nak share ni, ialah aku pergi berkursus di INTAN selama 5 hari (13-17 jun 2011) secara berterusan. Tak masuk ofis aku minggu lepas. Yg aku nak citer, bukan pasal kursus aku tu. Aku nak citer, pengalaman aku berada kat situ sebagai ibu yang bekerjaya tetapi masih menyusu "fully". So,maknanya, kita kena pam kat tempat kerja kan. Walau apa jua halangan yg mendatang.

So,nak dijadikan cerita, siapa yg pernah pergi INTAN KIARA tu, tahu keadaan dia camana kan? Dgn jauhnya,nak berhijrah dari satu tempat ke satu tempat. Mak aii...Menggigil lutut aku ni, dgn bawa barang2 aku yg banyak tu. Maka, bermulalah kisah...

ISNIN~13 Jun
Pagi tadi, sampai2 je dah kul 8 pagi. Dah mendaftar, start kelas jam 8.30. So,aku TERPAKSA SKIP waktu pam aku jam 9 pagi. Dgn, sabarnya, aku layankan saja kursus tu. Ada time minum, 15 minit, aku macam takut2, sebab baru 1st day, so aku tak perah. Aku tunggu jam 12.45 waktu rehat untuk mengepam.

Keluar je dari bilik seminar tu, aku pun cari port utk mengepam. Masa yg terhad, dgn transit jauh giler nak menapak, betul2 menguji kesabaran dan mencabar keimanan aku tadi. Sebab, perut dah lapar, fikir nak pam lagi (maklumlah tempat baru).

Syukurlah ada akak yg tgh pregnant sudi menumpangkan aku. Dan sambil2 menikmati pemandangan kiri dan kanan yg indah (dlm kereta ) menuju ke dewan makan, aku citer serba sedikit pasal breastfeed, alhamdulillah, dia memang ada niat nak breastfeed. Cuma,ramai orang sekeliling dia yg tak support, termasuk cik hubby. Pape pun, aku doakan semoga dia berjaya dan tabah menghadapi segala dugaan sepanjang breastfeed anak dia nanti. "Semoga berjaya kak niza...Orang doakan susu akak melimpah ruah utk anak akak yg ke 5 nih...amin.."

Dah sampai dewan makan, aku dah tak tahan, nak pam jugak. Tak kira!!! Breast aku dah mula rasa berat sangat. Aku nampak je satu sudut, terus aku duduk mengepam. Tapi, awat susu tak berapa nak keluar. Mengalir je...cam ada tak ada...Tapi, aku teruskan jugak beberapa minit. Dah 5 minit berlalu, macam tu jugak, aku pun dah mula badmood, perut dahla pedih lapar. Susu tak mo keluar pulak. Aku belek2 mesin tu. Rupanya pam tu yg problem. So,aku pun dah mula panik. Masa dah suntuk. Kul 1.30 ptg waktu makan tamat. Aku cabut semua2 tu. Aku perah guna tangan. Tapi, agaknya, jiwa aku dah tak tenteram. (bengang punya pasal, pam dah rosak). Susu yg keluar sikit jugak. Emosi kena jaga...tapi aku memang di luar kawalan. Argghh...tension!!! Ya Allah berilah daku kekuatan. Dengan hasil 3oz tu. (sepatutnya, dah skip jam 9 pagi N 12 tgahari waktu pam, aku patut dapat 8-10 oz. Tapi, 3oz je yg mampu keluar) Aku pun stop.Terus berlari kejar masa tuk makan pulak.

Dah tu,pas makan terus ke surau. Solat n try pam lagi. Alahai..ramai betul org kat dalam tu. Pastu, ada pulak yg menegur, " eh, sikit je susu..." (Hampeh tul, terus susu aku tak kuar!) G pun, org2 kat situ, asyik tgk2 je. Cam serabut lak aku. Sebab tmpt baru..Maklumlah..tak biasa lagi...Hmm.., aku pun cuba kuatkan smgt. Cuba perah guna tangan. Hish..dah dekat 20 minit, yg dpt 1.5 oz. Sabar jela..Tapi, aku tak lupa bersyukur, aku berkata dalam hati, "alhamdulillah..ada juga hasilnya (walaupun dapat 1.5oz)."

Huaaa..tak leh lupa kenangan ni, breast aku melecet, smpai berdarah2...Aku nak cepat, pastu masih belum mahir sangat guna tangan...Tapi, tetap kuteruskan jua proses memerah... :(

Pastu, total hasil perahan yg aku dapat bawa balik hanyalah 9 oz (biasa leh bawa balik dalam 16-19oz).Berbeza sangatkan..So, kalau korang hadapi situasi yg sama, harap jgnlah berputus asa ok! Anggap walau apa jua halangan, masa menyusu jangan diabaikan.


SELASA- 14 Jun
 Hari ni, aku macam dah malas sikit nak pergi kursus, pasal teringatkan pam yg sudah rosak, N port nak mngepam jauh giler. Pastu, semalam bawa balik susu pun sikit. Sebab, tak dpt pam ikut time. Kalau silap2, mana2  ibu yg tiada pengalaman memcabar ni, bila tengok hasil susu sikit, sure diorang dah anggap, susu diorang dah berkurang. Sebenarnya, tidak sama sekali. Yg penting jangan putus asa dan mesti rajin. JANGAN cakap, "susu saya kurang aritu, tu yg terpaksa top up susu formula."
Sebab bila aku tanya, "pastu ada perah tak? Ganti balik susu yg short tu." Diorang biasa akan jawap, "alah...malaslah..tak kuasa aku...@ ahh..penat ah..leceh. Perah pun dapat sikit je, baik tak yah perah...Penat je...!"

So,nampak tak apa yg aku cuba nak sampaikan sekarang ni...Jawapan, ibu2 yg kata susu diorang kurang...aku tak leh terima. Sebab, semuaaa...tu aku dah lalui, dan aku cuba atasinya dgn penuh kepayahan dan kesakitan demi untuk anak aku. (mula2 je, N kadang2 je, pastu...insyallah..semuanya akan berjalan dgn lancar...)

Ok, sambung balik..tepat jam 9 pagi, kelas memang tengah berjalan. Macam biasa tengok angka 9 je, aku dah teringat time perah. Aku time kursus, memang pakai blazer. So, sebelum keluar bilik kuliah, aku masukkan 1 botol susu kosong yg dah siap2 steril dalam poket blazer aku. Cam biasa, aku keluar seolah2 gi toilet. Pastu, aku gi cari kelas yg kosong. Alhamdulillah, betul2 sebelah kelas aku ada kelas kosong. Gipun, mak cik jaga toilet lelaki tu yg tunjuk aku kelas kosong. Syukurlah..Allah mudahkan urusan.. (Haha..nak tau camana m.cik tu leh tunjuk kelas kosong tu? Aku nak gi toilet, memang nak gi toilet pun. Tapi, toilet perempuan kat bawah. Sambil2 aku nak gi toilet tu, cam biasalah, aku ni kan peramah orangnya, so aku senyum2 kat m.cik toilet tu. Sambil senyum2, aku pun cakaplah, "hmm..m.cik, kat sini semua tmpt jauh2kan, saya nak perah susu pun, tak tahulah kat mana ni ha...(sambil tunjuk botol susu aku).", Pastu, m.cik tu pun jawab,

"Dik...ni bilik ada yg kosong, masuklah, lepas tu jangan lupa dikunci pintunya. Takut ada yg masuk. Biasanya ada orang yg akan datang, cek bilik kosong.". Aku pun membalas, "tima kasih banyak2 m.cik....tima kasih..."(dgn nada yg terharu...)

Syukurlah, Allah mudahkan urusanku...Oh ya,lupa lak nak beritau, semalam hari isnin, ada hamba Allah yg berhati mulia (pegawai INTAN) sudi membantu, tunjukkan aku surau yg berdekatan dgn dewan makan untuk aku jadikan port untuk memerah. Aku dah lupa nama dia, yg aku tahu dia belum berkahwin lagi, aku doakan semoga dia bertemu jodoh dgn lelaki yg baik dan soleh...amin...

Tapi, aku tak guna pun surau tu. Sebab semua budak2 kursus tu, pas makan gi surau utama tu. So, aku takut ketinggalan kelas ke apa, kalau sorang2 nanti payah kan. So, aku ikut lah budak2 tu gi surau yg sama.

Hari kedua perah guna tangan pun masih dapat sikit lagi. Breast pun tetap luka2 melecet. Aku pelik la, nape sampai luka2, padahal aku tekan tak la kuat sgt. Bila aku kaji2 (cewah, macam pengkaji ilmu alam da..), rupanya setiap kali aku perah, susu tu meleleh kat tangan. Pastu, bila mengering, tangan jadi melekit dan kesat, tulah yg buatkan dia melecet tu.

Sekarang baru aku tahu. bahawa teknik memerah yg aku praktikkan selama ni salah. Betapa pentingnya belajar teknik marmet (memerah guna tangan) ni, bila kita mghadapi situasi begini. Pam rosak. Klu tak reti 'marmet', memang masalah besar!. So, belajar2lah dgn nurse, bila ada kesempatan.

Hari ke 3 hinggalah hari terakhir (jumaat), aku tetap terpaksa perah gunakan tangan, dan alhamdulillah, kejadian yg menimpa aku, memberikan impak yg besar pada aku. Iaitu, NAK TAK NAK, AKU TERPAKSA JUGA PERAH SUSU GUNA TANGAN. Dan, syukur pada Allah, aku dah semakin mahir...Kalau tak kerana kejadian ini, mungkin aku takkan praktikkan teknik marmet ni sampai bila2, dan anggap 'breastpump' tu, ialah benda yg paling PENTING. Rupanya, bila rosak, jalan terakhir, kita gunakan manual juga kan...Memerah guna tangan. Paling jimat dan semulajadi...

Dan hikmah yg lain, kita boleh perah di mana2...Walau di mana saja dan tak kira masa. Janji adatempat tersembunyi sikit, perahlah...YANG PENTING, semua botol susu, siap2 steril dari rumah. Tempoh steril tu, biasanya bertahan dalam masa 24 jam...So, semoga berjaya wahai ibu2 sekalian...

Bersangka baiklah kepada Allah...kerana setiap yg berlaku, ada kemungkinan kita sangat membencinya, rupanya, kita tak tahu, perkara yg kita bencikan itu, ada kebaikan yg terselit di dalamnya...Begitu juga jika kita terlalu menyukai sesuatu, ada kemungkinan, perkara yg kita suka itu, akan menyakiti kita di kemudian hari...
Renung2kan...dan selamat beramal...

Dari aku, seorang hamba Allah yg kerdil lagi hina...sekadar berkongsi ilmu, mudahan dapat aku jadikan sebagai sedikit bekalan untuk aku di akhirat nanti...(sebab ilmu yg bermanfaat, apabila orang lain amalkan...Insya Allah, selama mana orang tersebut mengamalkannya)... kita turut mendapat sebahagian pahala darinya, tanpa menjejaskan sedikit pun pahala orang itu....

Ikhlas dan penuh kasih sayang....
~atiyah zahirah zainal abidin~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...