My F.r.i.e.n.d.s

Isnin, 22 Ogos 2011

Punca KeGAGALAN "BREASTFEEDING"!

Salam,
Salam ramadhan buat mummy2 jelita di luar sana yg sudi singgah kat sini. Hari ni, kita citer pasal punca kegagalan mummy2 yg nak menyusukan anak ok...Semoga apa yg dikongsikan bermanfaat, dan harapan aku, supaya mana2 mummy yg ada cabaran dalam dunia breastfeeding ni, sudi2lah tinggalkan "pengalaman sedih @ ngeri" yg pernah dialami sepanjang menyusukan anak serta cara mummy mengatasinya. Supaya, mummy2 lain, yg baru nak berjinak2 dalam dunia breastfeeding ni, dapat jadikan pedoman untuk mereka di masa hadapan.

1. Tekanan dari iklan2 (TV, surat khabar, majalah)
Hah...yang ni bahaya tahap gaban. Buat mummy2 yg kurang dedahan tentang kebaikan susu ibu nih, memang mudah sangat terpengaruh. Padahal, dah jelas2 kat luar tin susu ada tertera perkataan "susu ibu adalah yang terbaik". Tetap diorang buat tak nampak. (Macam iklan rokok kat kotak rokok tu, perokok buat tak nampak je kan)
Sebabnya, para pengiklan susu formula, memaparkan produk susu mereka "mengandungi segala keperluan nutrien yang diperlukan oleh bayi anda". Biasanya diorang akan 'highlight' pulak, susu tu mengandungi protein, vitamin dan tambahan zat besi. (Sedangkan, ada beberapa nutrien yg terkandung dalam susu ibu, tidak terdapat dalam susu formula).
Bagi mummy2 yang ragu-ragu sama ada susunya cukup nutrien atau tidak untuk bayinya, pasti akan terpengaruh. (Naluri seorang ibu, sudah pasti mahukan yang terbaik untuk anaknya.)

Tapi, sayangnya, ramai mummy yg tak tahu, bahawa susu ibu tetap yang terbaik malah komposisinya sentiasa berubah ikut usia bayi!

2. Pihak kesihatan / pengamal perubatan
-Masih ada lagi kat hospital swasta yang sediakan sampel susu percuma sebagai hadiah kepada mummy yg baru lepas bersalin. (Biasanya, mummy yg dapat benda free ni, mesti sayang nak buang, pastu terus kasi kat baby...Sian baby...patutnya, perut baby tu dipenuhi dgn khasiat susu ibu semata2 dalam tempoh 6 bulan pertama. )
- Baby tak sebilik dengan mummy ketika di hospital. Baby ngan mummy diasingkan biliknya.
Camanalah kan...baby yg minum susu ibu kan minum setiap 2 jam sekali. Menyusu kerap. Kalau dah bilik lain2, ada ke nurse tu rajin nak tolong tolak tarik keluar masuk bilik. Sudahnya, nanti, diorang datang kat mummy, cakap, "anak puan kami dah susu kan ye..." (Aishh...suke2 je ko susukan anak orang...)
- Biasanya, baby yang baru lahir, kebanyakan hospital swasta @ hospital bukan rakan bayi akan terus susukan baby dengan susu formula. (Jadi, mana nak sempat mummy nak rangsang susu dia, kalau mula2 baby dah disuap ngan susu formula. Sepatutnya, perkara pertama sebaik je baby keluar ke dunia, makanan pertama baby ialah pada breast 'mummy'nya).
-Doktor N nurse, biasanya lebih 'prefer' beri susu formula (yang penyediaannya tak sampai 5 minit), berbanding nak mengajar mummy cara menyusukan anak (memakan masa beberapa minit hingga ke beberapa hari ).
3. Ibu bekerja
- Mummy risau kalau dah naik ofis nanti, macamana nak tinggalkan anak yang menyusu badan ni. ( Tu yang kena belajar memerah susu N cara menguruskan stok susu)
-Rasa susah nak memerah susu. ( Senang je sebenarnya kalau belajar)
4. Keyakinan diri.
- Kebanyakan mummy mudah 'give up' bila KEMAMPUAN diri untuk menyusukan anak dipertikai. (terutama mummy yg baru bersalin sulung).
Tambah lak, kalau ada makcik2 yg tegur, "cukup ke susu tu..."
- Tidak berpengetahuan dan berani pertahan hak sendiri.
Sepatutnya, mentaliti mummy2 semua kena macam ni:-
" TAKPE, SAYA YAKIN SUSU SAYA TAKKAN KERING. SAYA PERCAYA KUALITI SUSU IBU YANG PALING BAIK DAN SAYA MAHU MEMBERIKANNYA KEPADA BAYI SAYA SELAMA MANA YANG PERLU."
- Mummy risau sangat susu berkurang, walhal, selagi ada rangsangan dari anak untuk menyusu, selagi itulah susu tetap akan dihasilkan.

So, setakat ini saja dulu buat entri ini, sayang mummy2 semua...Take care N selamat menyusu... Selalu2lah berbincang dgn mummy2 yg positif breastfeeding, supaya arah tuju kita tak tersasar dari dunia breastfeeding.

Salam sayang....atia :)

11 ulasan:

zahirah zainal berkata...

Salam,
Just nak share, teringat kenangan di awal kelahiran anak sulung, langsung tiada pengalaman breastfeeding N "zero knowledge". Banyak kecaman, dari org sekeliling...Bermula dari org yg paling dekat, kawan2 ofis, N seterusnya org2 luar...
Tekanan tersebut, buatkan hasil susu betul2 kurang dan buatkan aku menangis sepanjang tempoh permulaan.... :(

Syukur alhamdulillah...dgn izin Allah, aku berjaya menyusukan anak yg pertama hingga yg kedua ni...dengan pengetahuan yg kosong (masa anak 1st) walaupun pelbagai dugaan yg menimpa...

Terima kasih ya Allah...
Semoga kalian semua berjaya....
KEYAKINAN DIRI ITU PENTING!
Anak kita, kita yg tahu berapa banyak dan berapa kerap susu yg dia minum...bukan manusia yg tentukan...

Menyusu itu fitrah seorang ibu...

sebagaimana kita mampu mengandung dan bersalin...begitu juga menyusu...

Jangan putus asa, yakin pada rezeki Allah... :)

Faz berkata...

salam atia,

thx sbb buat blog yg bg inspirasi kat mommy2 yg kurg ilmu psl BF ni..
bnyak sy dpt ilmu dr blog ni :)

anak 1st saya dulu,, sy sgt terkilan & ralat kalu ingat2 balik. Allah dah kurniakan air susu yg bnyak kat sy,,tp
disebabkn kurg kesedaran, awal2 lg dlm tempoh pantang sy dah campur dgn susu formula..
salah 1 faktor (mcm atia ade mention), since sy bsalin kat tmpat swasta, so susu ibu x titikberatkan.. selama 5-6 hari kat sane ( sy ceaser) baby
diberi susu formula dan sy x membantah.. :( dlm hari2 terakhir baru sy BF.tu pon sbb didesak oleh mak mntue yg tekankan susu ibu + kolestrum.

then mase pantang, bile sy BF baby, die suke BF sampai 2-3 jam skali BF. pernah sy BF dr kul 9pm,,smpai kul 11pm die still nyot2..
sy pon x paham sbb ape. mcm die suke hisap smbil menekap..then pukul 12pm (selang sejam) die bangun dr tidor dah mntak lg susu..
dahla luke ceaser still x sembuh.. last2 sy sumbat dgn susu BF bg die kenyang & tidor lame.. mase ni sy pantang kat umah mntue..

skrg sy tgh peknen dlm 35 wks. mmg kali ni sy bertekad utk fully BF kat baby 2nd sy ni.. tgok2 member2 opis yg pam susu kat surau buat sy lg bersemangat.
even mmber cina siap tumpang klinik company utk pam susu..

bace blog atia buat sy lg bersemangat utk sy fully BF.. doakan sy berjaya..Insyaallah...

Tanpa Nama berkata...

sy dulu pun bersalin kat hospital swasta.mmg dorg sesuka hati je nak bg susu formula.tapi sy bertegas sy ckp anak sy fully breastfeed.so dorg ltk anak sy sebilik dgn sy.yg penting ibu tu kene bertegas.dan mmg la bile kuar je hospital,dorg akan bg satu tin susu yg 1 kg tu.tp tak yah la guna kan.yg penting ibu tu kene kuat semangat untuk susukan anaknya.dan sebenarnya hospital swasta tu tak seteruk yg disangka ye.ms sy bersalin dulu lps bb kuar doktor trs ltk atas dada saya then suruh breastfeed.cuma mungkin nurse2 dorg yg tak pro breastfeed.

zahirah zainal berkata...

faz~salam...
huhu ...sedihnya susu banyak, tp tak nyusukan baby...:(
Klu dapat kesedaran awal, mesti anak faz dah berjaya fully breastfeed...
Tp, takpe, setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya...Sekurang2nya, kesilapan yg lalu, akan buatkan faz lebih berSEMANGAT dan NEKAD untuk fully breastfeed baby yg seterusnya...
Faz untung tau, sekurang2nya, mak mertua tekankan pasal breastfeed...Kawan atia, mak mertua dia, asyik dok suh bagi baby minum FM...Sian dia, tertekan tau!
Tapi, seelok2nya, sebelum faz bersalin ni, banyakkan baca pengalaman dan dugaan ibu2 menyusu...Supaya jika berlaku pada faz, faz lebih bersedia dan tahu cara menanganinya...
Selamat bersalin N Selamat menyusu...:)
Semoga berjaya serta dimudahkanNya...

zahirah zainal berkata...

mummy tanpa nama~salam...
Betul tu, ibu kena berTEGAS dalam soal breastfeeding ni...
Itu hak ibu dan anak...
Memang tak semua hospital swasta yg tak galakkan breastfeeding.
Macam KPJ Kajang Hospital, doktor MAHANI tu bagus. Siap bagi sokongan lagi pada mummy yg breastfeed.
Cuma semua ni, terpulang pada mummy sendiri, sama ada nak fully breastfeed, campur atau tak mau breastfeed langsung...
SUSU IBU ADALAH YANG TERBAIK! :)

Unknown berkata...

salam atia,
saya baru jer bersalin anak sulung pada 19 april 2011 dan sekarang menyusukan anak saya sepenuhnya. Alhamdulillah diawal kelahiran anak saya dapat menyusukan anak sendiri cuma semasa usia baby 3-5 hari baby telah diberi susu formula oleh mertua saya. Itu pun sebab saya bersalin normal tak berdaya nak menjaga anak pada waktu malam jadi mertua yang tolong jagakan.. memang sedih sangat time tu coz saya memang dah berazam nak susukan anak sepenuhnya daripada mula lahir sehinggalah cukup umurnya 2 tahun insyaallah.. alhamdulillah sekarang nie saya dah tak de masalah nak susukan anak sepenuhnya dan hari2 perah stok EBM untuk baby.. saya rasa bersyukur sangat kerana sampai sekarang susu saya still ada.. dan saya sangat gembira kerana dapat menyusukan baby saya sepenuhnya :)

Unknown berkata...

opss silap tu saya bersalin secara ceaser.. taip laju sgt sampai tersasul lak hehe

zahirah zainal berkata...

jivebum~ tahniah kerana berjaya menyusukan anak sepenuhnya kembali...Biasanya bukan mudah kalau dah campur sebab konsep 'demand' N 'SUPPLY" dah terganggu. Tapi, mungkin kerana dek naluri keibuan yg tinggi, membuatkan susu 'jivebumz', cukup untuk bayi semula.
Tahniah...N semoga berjaya menyusu hingga 2 tahun... :)

Tanpa Nama berkata...

sayu sy baca entri ni...sy berazam nk F anak sulung sy ni..tp lps bersalin, anak sakit n nurse beri FM. mslh sy plak nipple kiri tenggelam. bila baby dah balik, sy BF tp kanan saja...seperti biasa terlalu bnyk tekanan dr org2 skeliling n sy kerap mnangis sbb mereka SGT X SUPPORT. last2 sy beri FM dan haya BF 2 kali je shari..baby dah 2 bulan. boleh ke sy nk mulakan semula BF???breast x penah sakit (bengkak susu)...maknanya susu sikit ke?(mak mertua cakap).

tolong~~SITI NUR HIDAYAH~~

Unknown berkata...

salam sis atia..sy ada soalan. hope sis dpt membantu. ank sy da 2bln still fully bf. tp spnjg 2bln neh agk struggle gk nk susukan (df) sbb dia asek menolak ngn cara isap lepas isap lepas. ad x cara tuk buatkan bby dpt df ngn tenang. n 4hari ni susu drop. xtawu sbb pe. ati mula la x tenang. cemmana cara utk tingkatkn hasil.susu?

Tanpa Nama berkata...

Salam..saya baru melahirkan bayi da 2minngu..hari pertama Breastfeeding..hari kedua benkak plak..den mak mentua suro kasi fomula dulu..bayi saya nw minum susu formula..bole ke saya nak bagi bayi minum Breastfeeding semula?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...