Salam,
ada sesiapa ternampak iklan pasal breastfeeding ni tak? Macam tak percaya, akhirnya iklan tentang penyusuan badan ni dah mula masuk TV. Baru je kejap tadi iklan ni keluar. Tgh tggu slot citer MARIMAR, keluar pulak iklan dari MOH. TAHNIAH MOH!!!
Nampaknya, kerajaan benar2 menyokong susu badan. Sebenarnya memang dah lama pun kerajaan war2kan tentang isu susu badan nih. Semua klinik & hospital kerajaan dah memang jadi tempat rakan bayi yg support susu ibu.Tapi, tak glamer sebab takde iklan kat TV. Sekarang iklan dah mula keluar, mudah2an ramai ibu2 di luar sana akan sedar betapa pentingnya penyusuan badan untuk ibu dan bayi. Iklan tak keluar bukannya apa, sebab nak masuk TV kan kena bayar. Kalau ibu menyusu badan, mana ada pihak yg dpt UNTUNG??? Yg untung ialah si ibu dan si anak tadi. Kalau SUSU FORMULA, hah..bertimbun duit riban2 masuk sebab akan ada pembelinya...
So, harap2 lepas ni, makin ramailah ibu2 yg akn breastfeed anak2 mereka...Semoga berjaya, N selamat mengikat kasih sayang anda dengan setiap titis susu ibu yg mengenyangkan anak2 kita... :) Insyaallah..amin...
My F.r.i.e.n.d.s
Memaparkan catatan dengan label IDOLA Breastfeeding. Papar semua catatan

Selasa, 29 Mac 2011
Khamis, 10 Mac 2011
Pengalaman penyusuan utk si kembar secara eksklusif (susu badan penuh)
Ini wajah kembar kesayangan kami sekeluarga.. Mereka berusia 7 bulan setengah dan ini bermakna mereka juga telah menyusu susu ibu sepenuhnya selama 7 bulan setengah..
Nama kembar : Wan Elly Hakim & Wan Emmy Hakim
Pasangan kembar : Puan Uda dan Tuan Hakim
Tempoh penyusuan : 7 bulan setengah
Umur kembar : 7 bulan setengah
Wajah kesayangan yang membesar dengan setiap titis susu mama
Semasa disahkan mengandung saya telah menanam azam untuk menyusu badan sepenuhnya.. walaupun pada masa itu saya tidak mengetahui yang saya sedang kandungkan anak kembar.. Apabila ujian ultrasound dilakukan, doktor mengesahkan bahawa saya mengandung anak kembar.. pada masa itu saya rasakan bagai bermimpi.. selama ini perasaan untuk mendapatkan anak kembar hanyalah satu keinginan naluri saya sebagai seorang ibu .. tapi tiba-tiba ianya telah menjadi kenyataan berkat Rahmat dari Nya..
Maka pada masa itu keazaman saya untuk menyusu badan semakin membuak-buak.. dengan mencari pelbagai info mengenai susu ibu di pamplet, majalah, blog, forum dan sebagainya. Saya juga mengambil makanan yang berkhasiat kaya dengan protein dan kalsium serta makanan tambahan yang disarankan oleh doktor bagi menyumbang kepada pengeluaran susu ibu.
Saat yang dinantikan telah tiba.. genap saja minggu ke38 saya diberi ubat induce untuk bersalin dan tanggal 19 ogos 2009 saya selamat melahirkan sepasang kembar perempuan secara normal.. yang masing-masing seberat 1.69kg dan 1.88kg...
Hari kedua semasa dihospital Putrajaya.. saya telah diberi urutan buah dada untuk melancarkan pengaliran air susu oleh pihak rumah perbidanan yang bekerjasama dengan pihak hospital untuk menjayakan kempen susu ibu. Pada waktu itu susu tidak dapat keluar dan buah dada menjadi sangat tegang.. kesakitannya makin terasa..
Hari ketiga saya dan kembar dibenarkan pulang kerumah.. dan bermula episod airmata serta kegoyahan semangat untuk menyusu badan.. Sepanjang malam itu saya tidak dapat berbaring kerana perlu menyusu kedua-duanya.. Kakak dan adik asyik menanggis kerana terlalu lapar dan dahaga.. dan susu saya tidak keluar hanya ada air jernih sahaja.. dan kesakitan terus mencengkam.. Bila si adik menanggis saya terpaksa letakkan si kakak walaupun waktu itu dia sedang mengisap kemudian susukan si adik.. dan sebaliknya.
Tetapi bila kedua-duanya menanggis secara serentak.. kekuatan saya semakin goyah.. airmata mula berderai.. bukan lagi kerana sakit pada buah dada.. tapi tak sanggup melihat wajah kelaparan mereka.. bibir yang kering cuba menelan air susu.. tapi apakan daya.. susu belum mahu keluar.. Dengan keadaan badan yang masih terasa bisa-bisa senggal.. saya menggunakan seluruh kekuatan yang ada mengangkat satu persatu sebelah tangan untuk menyusu kiri dan kanan.. mujur mereka tidak berat dan tidak memberikan kesukaran untuk saya menyusu.. seksi??.. hehehe saya lah insan yang terseksi pada masa itu..
Apabila hampir subuh.. suara azan pun berkumandang.. sikembar sudah tidur.. tidur dalam kelaparan dan keletihan menanggis.. dan saya pun baru dapat berbaring.. rasa bagaikan sudah kematu.. Sambil baring saya merenung pada wajah sikembar.. mata mereka sudah bengkak kerana banyak menanggis dan bibir pula kering... Tak dapat saya bendung perasaan ketika tu.. airmata pun mula jatuh berjujuran.."maafkan mama sayang.. kerana tak terdaya menyusu dan kamu tidur dalam kelaparan"... Sepanjang subuh saya tidak dapat melelapkan mata dan sentiasa risaukan akan kelaparan mereka.. hanya airmata yang menjadi peneman sehingga saya pun terlelap akibat keletihan..
Wajah tanggisan yang tidur dalam kelaparan dahagakan susu mama
Keesokkan harinya saya dan suami terus bertolak dari Putrajaya ke Perlis untuk proses bepantang.. Alhamdullillah.. dalam perjalanan sikembar banyak tidur dan buah dada mula mengeluarkan susu secara perlahan-lahan... seperti mata air yang baru ditemui..
Ps..
Cerita pengalaman ini hanya berkisar pada perasaan saya pada masa itu dan sebenarnya suami serta mertua juga turut membantu.. tapi tidak dinyatakan.. Tanpa sokongan mereka tak mungkin saya dapat menempuh cubaan ini..
***************************************************************************
di copy n paste dari;
http://coretanuda.blogspot.com/2010/04/contest-pengalaman-menyusukan-anak.html
Aku tertarik dengan artikel n blog dia ni coz,ibu ni antara moms yg telah berjaya menyusu anak kembar secara eksklusif tanpa susu formula..Untuk para ibu yang ada baby kembar,leh refer blog dia. Byk info2 berharga dari pengalamannya untuk korg jadikan sbg pembakar smgt utk berjaya dalam fully@eksklusif breastfeed ni. Aku sdiri pun merasa kagum pada ibu2 yg mempunyai kembar,tetapi berjaya juga utk fully breastfeed.
Minta maaf tuan punya blog,sebab aku copy paste post ni. Mudahan post yg bermanfaat ni dpt mbantu ibu2 lain supaya berjaya. Kalau nak baca post2 lain yg menarik,nanti korg cuba lawati blog ni ok!
*ps, imej gambar tiada,nak tgk detail, sila ke blog tuan tanah ok. (Cam melampau la plak,copy paste siap ngn gmbr sekalikan.....;) )

Ahad, 6 Februari 2011
Bila jatuh cinta pada BREASTFEED?
Dalam masa aku pregnant, aku memg plan nak menyusu badan...Cuma tak confident, sebab badan aku kecik..Dgn tgi 156cm, berat badan 45kg, dgn breast size cup A, ala2 budak sekolah...Memang tak confident lgsung aku ada susu...Biasala, masa tu aku masih tiada ilmu ttg breastfeed nih...Jadi, niat dalam hati jelah...Doa hari2 pada Allah supaya berikanku susu yang cukup utk anak...Dan time pregnant, selalu cakap ngan anak (dari dalam perut lagi), ”doakan mama banyak susu tau...Nanti mama leh la susukan anak mama kenyang2.....”Insya Allah, klu niat ikhlas, Allah akan tolong...(Hm...Lagipun apa kita nak takut, sebenarnya setiap ibu mampu menyusukan anak2nya...Kuat tak kuat semangat jer...)
Masa tgh pregnant, aku sibuk ambil tahu pasal perkembangan baby dalam perut je..Maklumlah baby sulong, jadi excited giler nak tahu macam2. Selalu bercakap2 dgn baby, seawal dah tahu pregnant, balik umah, terus bercakap ngan baby dalam perut. Bangun pagi mesti tanya, ”Assalamualaikum anak mama, mama doa anak mama membesar dgn sihat dalam perut mama...Ni mama tgh siap2 nak gi kerja...Abah pun tgh siap2, doakan abah ngan mama selamat sampai ofis dan pulang ke rumah yer..Doakan mama abah mudah urusan yer...” Setiap hari, dan hampir setiap masa ada jer perkara nak dibualkan dengan anakku..Hmm..best giler pregnant nih!!!. Sentiasa ada teman walau di mana kita berada..
Aku pun tak sedar sejak bila aku nak breastfeed, rasanya sejak tahu dah pregnant kot... Sebab naluri aku sendiri yang nak menyusukan anak. Cuma kurg keyakinan diri saja lagi..Tapi, dah 6 bulan pregnant mak mertua aku dah pesan2 suh nyusu badan. Sebab mak mertua aku memang breasfeed kesemua anak2nya..Ketujuh2 anak. Hubby aku disusukan sampai umur 5 tahun...Bayangkan, tgh2 main guli ngan kengkawan, leh datang kat mak, selak baju mak, sambil mencangkung...Nyusu ler..Pe lagi..Ehehe..Sori bang...Kantoi lak kat sini...
Bayangkan..kakak2 ipar aku semua pun nyusu badan...Mungkin faktor itu turut menyumbang kepada proses jatuh cintaku pada breastfeed nih...
Siapa IDOLAKU?
Namanya shaza. Nama penuhnya aku dengar sekali harung je, Shazaliwati kot. Takpe klu dah tahu nanti, aku betulkan...Sori sis..Habis tu biasa aku panggil Kak Shaza jer...Nama anaknya Muhammad Afra Kiani...Nama suaminya Haris..Eceh..habis salasilah keluarganya aku nak citer...Skip...Opss...tambah skit lagi, aku sayangggg bangat Kak Shaza, seriously, dia sangat CARING dan BAIK HATI..Dia selalu bagi nasihat, kata2 semangat dan sokongan padaku...Aku doakan, semoga Allah membalas segala kebaikan yang ada pada dirinya...
Langgan:
Catatan (Atom)