Topik kali ini dikupas,
kerana terkenangkan sesuatu atau seseorang mummy yang pernah mengalaminya...
Menyusu tak boleh bersedih,
tak boleh stress, tak boleh kuarkan airmata, tak boleh kecewa, tak boleh
terluka, tak boleh menangis, tak boleh down n macam-macam lagi tak boleh dan
yang sewaktu dengannya... Kerana semua itu akan effect pada hasil penyusuan
kita... Memang sangat-sangat effect kadang-kadang sampai terkesan pada baby
pula, bila kita sedang bersedih, dia pun akan meragam seolah-olah dapat
merasakan apa yang mummynya sedang lalui...
Bukan semua pasangan begitu,
bukan semua mummy yang akan hadapi situasi di mana orang sekeliling, walaupun
ibu sendiri pun tak support breastfeeding... Cuma sebahagiannya sahaja. Dan
yang sebahagiannya inilah yang kita harapkan supaya mereka kuat, supaya mereka
sentiasa tabah...
Mummy mesti kuat demi anak...
Mummy mesti sihat demi anak.. Mummy tetap ketawa walaupun sedang berduka demi
anak.. Kerana, setiap wanita yang berjiwa lembut memang lahiriahnya begitu..
Banyak berkorban jiwa dan raga demi orang-orang yang dikasihi...
Mari kita sama-sama doakan,
kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang sedang dilanda cabaran, moga tabah
menghadapi ujiannya... Moga mereka kuat dan berhati waja sentiasa... Moga apa
yang mereka lalui, bersifat sementara... Malah semoga Allah akan gantikan pula
dengan perkara-perkara yang lebih baik, yang lebih indah dan yang lebih bahagia….Insyaallah....
Menyusu itu Indah...
Biar pahit diawalnya, tetapi ganjarannya pada masa akan datang...hanya yang melaluinya sahaja yang tahu...
Sekian untuk kali ini...
Salam sayang,
~atia