My F.r.i.e.n.d.s

Sabtu, 2 April 2011

Warna susu ibu pada tiap2 ibu berbeza.

Salam, kali ni aku nak citer pasal warna susu pulak. Berapa ramai antara mummy2 yg menyusu ni tahu bahawa setiap ibu akan keluarkan susu yg berbeza warna atau tahap kepekatannya? (Pasni, jangan memandai korang nak compare susu korang ngan orang lain..) Bukan pe, aku takut nanti kang,mana2 ibu yg mudah give up, terus down bila kena comment ngan orang nanti.

Sbg contoh eh, kalau kat ofis, kita tumpang susu perah tu dalam peti ais yg sama ngan ibu2 lain yg juga perah susu. Kita pun dengan hati yg gumbira serta berbunga2 ros gitu,letakla susu kita dah perah tadi dalam peti dekat2 ngan geng yg dah perah dulu dari kita. Ada plak makcik bz, yg kebetulan nak amik air oren twister dalam peti ais yg sama. "excuse me, akak nak amik air akak jap..eh2, nape susu ko warna putih cair cam kapur kasut jek...si eton (bukan nama sebenar) tu punya susu warna pekat, tak cair cam ko. Nape ek..? Ok ke susu ko tu. Cair sangat aku tgk." Dahhh...smgt korg pun down seolah dah terkena pijak penyek oleh gajah besar gitu. Hah..tak ke down...wahai ibu2 sekalian...?

*psst..citer d atas tiada kena mengena dgn mana2 insan yg hidup atau mati. Jangan ada sape2 nak terperasan lak..Aku reka je citer ni.Mana tau,jadi lak cite benar. Tak ke haru..

Okay, untuk pengetahuan korang, susu yg kita hasilkan, bergantung jua pada pemakanan kita. Contoh cam abang ipar aku nyer wife, susu dia kuar warna ala2 hijau gitu..Nape tak percaya? Aku sendiri tgk da..Takkan nak tipu plak..Nanti,kalau ada rezeki, n dia bermurah hati nak share gambar susu dia,insyaallah aku akan upload k. Terkejut gak aku tgk warna susu dia. Amazing! Haha..Dgn itu,aku smkin confident skrg ni. Tak seperti dulu. Punyalah aku cuak dulu, susu aku (masa anak yg 1st), aku pam keluar warna oren..Apahal lak ni. Biasa putih ni oren pulak. Dah aku gi buang lak susu tu. Mana tak risau, tiba2 kaler lain. Baru aku ingat,kbetulan, aku suka sangat makan carrot. Agaknya,tu yg beri kesan warna susu tu. Yg, abg ipar aku nyer wife ni, makan sayur dkt semangkuk. Mana taknyer susu kuar warna hijau. Aku respect giler la ngn dia. Cane ek, leh makan sayur cam makan nasi. Alangkah bagusnya kalau aku leh jd cam dia.Mesti anak aku akan kuat cam popeye the sailorman tu.hehe...

Lagi satu, tahap kepekatan susu tu,memang bergantung sgt ngan apa yg kita makan. Ada satu hari tu, aku tak makan nasi langsung satu hari. Makan benda yg tah hape2 je..Punyalah cair susu aku. Cam air kapur ditambah air. Tapi korang jgn risau, camana pun susu kita tu tetap yg plg terbaik N tiada tandingan. Sebab camana pun susu tu tinggi ngan protein N segala macam khasiat ikut keperluan baby seiring ngan usia mereka. Taukan, susu kita sentiasa berubah komposisinya ikut usia anak. Kalau tak tau,ni sekarang aku beritau..Ingat tu. Kandungan khasiat susu formula, statik.....aje. Subhanallah, sesungguhnya ciptaan Allah itu Maha Sempurna !..Tiada siapa yg dpt menandinginya.

Tapi, sebaiknya,kita sebagai ibu yg prihatin,seharusnya,makan pelbagai makanan berkhasiat untuk anak. Supaya anak leh rasa semua makanan tu melalui susu kita N khasiat makanan tu menjadikan susu kita kaya dgn khasiat n pelbagai vitamin. Okay..sekian untuk kali ini.. :)

Ingat tagline nih, "susu kita khas untuk anak kita, apa yg ada, cukup untuk dia. Insyaallah..."

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...