My F.r.i.e.n.d.s

Jumaat, 15 November 2013

Tips mudah tambah susu ibu

Salam sayang buat semua pembaca blog yang dikasihi... Moga kalian sentiasa dirahmati Allah s.w.t walau di mana jua anda berada... :)

Ok, kali ni saya nak share benda yang simple saja. Camana cara mudah nak tambahkan susu ibu nih atau maintain production susu kita...

Tips tambah susu ibu:

1. Kerapkan penyusuan 'direct feeding'.
Sebab yang ni rangsangan yang paling terbaik sekali untuk breast kita. Biar anak menyusu sekerap 1 jam sekali pun takpe. Susu kita takkan pernah habis...malah semakin banyak permintaan, semakin banyak pula pengeluarannya.

2. Pastikan breast kosong sepenuhnya.
Kalau tak sure ( kot risau masih berbaki lagi) lepas nyusu baby, luangkan masa untuk pam pulak pun bagus. Pastu kalau pandai, perah sikit guna tangan saki baki lemak susu yang tertinggal tu. Biasa walau dah pam pun, kadang2 lemak susu yang hujung2 tu ada lagi saki baki dia.

Untungnya kalau buat gini, lagi breast kosong, lagi susu banyak. Tak percaya sila cuba ya kawan2... ;)

3. Mesti happy.
Hati, fikiran dan jiwa haruslah tenang. Kalau makan coklat tu happykan korang, sila sediakan stok coklat kat ofis, atau kat rumah sekiranya korang tengah berpantang. (Kalau time pantang tu, makan sikit je tau, kalau tak nanti sembelit, sendiri yang susah...:) )
Coklat tu salah satu contoh. Mentanglah my feveret food...hihi...

Kalau nak lagi bagus, sambil pam, sambil baca surah2 pendek.... contoh al mathurat...Mudahan, kelebihan dari bacaan2 tadi dapat menyerap masuk dalam susu perahan kita, N baby kita termasuk kita sendiri mendapat manfaat darinya.

Kalau tengah stress gak...Sila pasang citer Mr Bean atau korang tengoklah apa2 citer atau bersembang perkara2 yang menggembirakan...Kadang-kadang, korang perasan tak..Bila tengah syok bercerita...Tau2 botol susu tu dah penuh...Bestkan!...hish...tak dpt nak digambarkan perasaan itu... ;)

4. Minum air secukupnya
Hah...kalau yang ni tak jaga pun payah juga... Nak keluarkan cecair 4-5 botol susu... Tapi minum air...punyalah ciput...adalah segelas dua sepanjang ari kat ofis tu...Leh bayang tak camana gaya breast kita nak dapatkan sumber cecair tu...

Minum air yang best2 yang korang suka N nikmati atau feel pun bagus juga... Sebab bila korang minum sedap2 actually secara tak sengaja telah happy kan korang... Even minum air sirap tu pun, kalau korang sangat feel pun...Tau2 susu banyak je nanti...

5. Makan benda yang sedap2
Makan apa saja, as long as korang rasa sedap... Insyaallah secara tak sengaja leh jadi milk booster korang... Tak semestinya kena beli supplemen tertentu...

6. Jangan biar breast bengkak, walau sekali!
aaa...yang ni sebenarnya yang paling utama. jangan sesekali biarkan breast bengkak. Actually, itulah petanda yang susu korang akan makin berkurang... Percayalah..biarkan dengan sengaja walau sekali dua...Ia akan berjaya menggalakkan pengeluaran
FIL yang akan mengurangkan penghasilan susu ibu.

Sebab basicnya breastfeeding ni, more demand=more supply. Lagi banyak permintaan, lagi banyak penghasilannya. So, jangan sesekali biarkan ia bengkak.

Ni satu perkara saya nak share, even sibuk atau ada halangan apa saja pun, sebagai contoh. .. korang tertinggal botol susu untuk simpan susu pun, leh cari apa saja bekas untuk dijadikan tempat storage sementara. Contoh biasa yang pernah digunapakai ialah:

a) Rembat plastik lauk makcik kat pantri
b) Pinjam botol susu kawan lain (hihi...)
c) Guna botol mineral kosong

Satu lagi situasi lain ialah, ketika korang tertinggal pam atau tiada waktu langsung nak perah (contoh time berkursus atau kat site):

a) Sentiasa standby botol kosong dalam handbag/ poket baju 1 botol sekurang2nya...
b) Belajar perah guna tangan
c) Perah keluar susu, even buang pun takpe... (yang PENTING, nak maintain DEMAND tu...)

Ok, sekian untuk kali ini...

Good luck to all of you.. !

Salam sayang,

@tia

8 ulasan:

Unknown berkata...

untuk saya, susu kambing bertindak sebagai milkbooster..pagi2 bancuh dgn vico:))..Saya juga mengamalkan hababtus sauda, alfalfa, ostematrix (kalsium), vitamin c, ESP (sumber protein) dan air suam 2-3 liter sehari...Alhamdulillah susu meriah..yang penting ikut konsep demand and supply.

Tanpa Nama berkata...

Mna bleh guns botol mineral....agak2la....botol mineral tu skali guna je tau....

Tanpa Nama berkata...

Mna bleh guns botol mineral....agak2la....botol mineral tu skali guna je tau....

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak nak ...buangkan ajje...asal kan tak bengkak

Dr Akbar Abdullah berkata...


Info yang menarik mengenai cara untuk menambahkan susu badan.

fatimah berkata...

Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Kepentingan Susu Ibu

Putri berkata...

Banyaknya susu, sampai bersepah2 hehehe tq untuk perkongsian tips ni

Unknown berkata...

salam.sy nk tanya if anak hadapi masalah mhisap contohnya jntung xkuat untuk mhisap.hanya 8-10 min je mhisap.sy amalkan pam sifir 3 yg puan suggest.tp hasil tetap sikit.ada ke cara nk naikkan susu jika bb x mampu nak hisap spt bb lain

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...