Bismillahirrahmanirrahim...
Salam dear mommies n all breastfeeding mummy... Haishh baru beberapa hari tak post blog, ada yang rindu daa...so sweet of u...Syukur alhamdulillah..Bila ada mummy yang support, semangat sikit nak menulis. Kalau tak rasa cam syok sendiri pulak berceloteh sengsorang... Hihi... :)
Ok, post kali ni ialah persediaan kita semasa berpantang nanti, especially untuk mummy yang bekerjaya. Yelah, start kerja nanti, kita akan tinggalkan bayi. Bagi memastikan perjuangan penyusuan diteruskan, bersiaplah dari awal, agar bekalan stok anda sentiasa mencukupi walaupun terdapat cabaran emosi, kekangan masa dan pelbagai lagi yang menanti kita di masa hadapan.
Ingat 2 tahun sekejap je...lama kot...lagi pulak untuk first time mummy...Banyak cabaran tuu..banyak susah senang yang perlu dihadapi... Mr. Husband, pls jadi MR. PERISAI a.k.a MR. MOTIVATOR a.k.a MR. SUPPORT with LOVE kepada isteri tercinta okeh...Ohh...tak lupa juga orang2 sekeliling...yang paling rapat ngan mummy... Pls do support perjuangan mereka ya... Semoga Allah mudahkan urusan anda kerana memudahkan urusan orang lain...Insyaallah... :D
Okeh, berapa banyak (oz) ni nak kena siapkan? Berdasarkan pengalaman saya, memang banyak lah kena buat. Sebabnya...ada macam2 perkara mendatang yang kita tak jangka di pertengahan jalan... Contoh cam "Pregnant" ke...(Hihi...sayalah tu...Pls be aware ya..Pregnant akan menyebabkan susu berkurang...Hormon tu..Hehh..tak jugak sebenarnya time pregnant dah malas nak pam susu..Sebab sakit tuu...Siapa yang pernah rasa..Time pregnant, breast sensitif kan... Bila LESS DEMAND = LESS SUPPLY... So, kena kembali kepada asas brestfeeding nih...)
Kadang pulak, ada mummy yang kena pi kursus lama2...ha..camana tu..Kalau setakat kursus dalam kelas je takpe lagi...Leh gak guna trick..bangun tetiba konon nak pi tandas..(padahal nak pi pam susu sat, 5 minit. Trick ni kena pastikan botol susu kosong (5oz) dah ada dalam poket.) Ni kalau jenis kursus kat luar dalam hutan contohnya, cam kursus "Team Building" ke...Cam leceh peluh2 tu nak perah susu kan..kalau terkena situasi ni jangan panik k. Takpe skip pam untuk hari tu. Tapi malam pls qada' balik dengan buat double/ triple pam. Ganti balik berapa kali dah skip. Kalau pagi- petang patut pam 4 kali, malam qada' balik 4 kali (tidak termasuk regular session waktu malam okeh...ada faham...ngeee... :D )
Sian kan. dari tadi tak kuar lagi formula berapa banyak stok nak disediakan. Bukan apa, tak nak nanti u olls tak faham. Punyalah kaitkan ngan pelbagai situasi berkaitan supaya u olls nampak betapa pentingnya sediakan stok nih. (Ini bukan paksaan. Ada mummy, tak sediakan stok, tapi still berjaya fully breastfeed sampai 2 tahun. Tu, ada jugak cabarannya. Cabaran version lain pulak. Time takde stok, mummy akan berjuang dengan cara sama ada sanggup ulang-alik sementara stok dapat di'cover' semula, ambil Annual Leave n macam2 lagi...Still, setiap situasi mempunyai cabaran berbeza..) Yang penting, objektifnya..teruskan breastfeed hingga 2 tahun ya... :)
Oklah, lebih kurang beginilah kot formula saya:
Contoh: Anggaran mummy bekerja 8 jam sehari
(*Berbeza bagi setiap individu dan bayi)
A. Usia bayi 1-3 bulan (2 oz/ per 2 jam)
Total : 4 sesi minum X 2 oz = 8 oz sehari
Total: 8 oz sehari X 20 hari bekerja = 160 oz sebulan
Total: 160 oz X 3 bulan = 480 oz (3 bulan)
B. Usia bayi 4- 6 bulan (4 oz/ per 2 jam)
Total: 4 sesi minum X 4 oz = 16 oz sehari
Total: 16 oz sehari X 20 hari bekerja = 320 oz sebulan
Total: 320 oz X 3 bulan = 960 oz (3 bulan)
c. Usia bayi 6- 24 bulan (5 oz/ 2 jam) + biasanya bayi sudah dimulakan dengan makanan tambahan
Total: 4 sesi minum X 5 oz = 20 oz sehari (atau mungkin kurang)
Total: 20 oz sehari X 20 hari bekerja = 400 oz sebulan
Total: 400 oz X 18 bulan = 7200 oz (18 bulan)
TOTAL keseluruhan = 8640 oz
NOTA: Panduan di atas adalah bertujuan sebagai 'guideline' sahaja. Keperluan setiap bayi dan bekalan setiap ibu berbeza. Mudahan dengan panduan yang diberi sedikit sebanyak dapat membantu anda menyediakan bekalan stok yang mencukupi.
ASAS KEJAYAAN: Tidak semestinya mempunyai bekalan stok susu yang banyak menjamin kejayaan penyusuan sehingga 2 tahun. Ada ibu yang tetap berjaya tanpa penyediaan stok bekalan yang mencukupi. Yang penting faham asas penyusuan iaitu MORE DEMAND = MORE SUPPLY.
Huissh..cam banyak..Gilerr apa, ingat kilang susu lembu ke nak dapat hasilkan amaun yang banyak cam ni...Memang pun...Saya sendiri pun tak pernah capai jumlah sebanyak itu..Panduan di atas ialah strategi saya selepas bersalin anak keempat ini. Doakan ya... :)
Tips:
1. Mulakan pam susu untuk stok seawal mungkin (3 hari selepas bersalin pun dah boleh start).
* Jangan marah saya jika akibat dari tindakan ini, susu time berpantang melimpah2. Sebab memang pun kalau MORE DEMAND = MORE SUPPLY.
2. Contoh strategi :
2 bulan berpantang (60 hari) = 60 hari X 3 oz X 10 kali pam susu = 1800 oz
22 bulan bekerja (660 hari) = 660 hari X 5 oz (stok susu lebih) = 3300 oz
* Anggaran jumlah oz diambil ialah berdasarkan sekiranya anda konsisten pam susu dan menjaga prinsip asas MORE DEMAND = MORE SUPPLY, insyaallah bekalan susu anda pam ketika sudah mula bekerja akan berlebihan daripada jumlah yang diperlukan. Stok susu yang berlebihan boleh dijadikan stok tambahan dan susu yang dipam ketika waktu berpantang sepatutnya sudah mula digunakan dengan nisbah 1/ 4 (1 susu beku/ 3 susu perahan segar).
NOTA: Untuk makluman, stok paling banyak yang berjaya dikumpul saya hanyalah lebih kurang 1000++ oz sahaja kot. Sebab waktu berpantang anak kedua saya cuti berpantang 90 hari dan mula pam anggaran hari ketiga selepas bersalin.
3 oz X 86 hari X 5 kali pam susu sehari = 1290 oz
Tetapi, alhamdulillah saya tetap berjaya menyusukan beliau sehingga 2 tahun. Saya teruskan penyusuan ketika hamil anak ketiga dan campur sedikit dengan susu formula (dicampur tanpa kerelaan) ketika 5 bulan hamil. Yang ni, terselit kisah sedih disebaliknya. Saya diuji dengan sikap memandai pembantu rumah yang top up anak saya dengan susu formula tanpa pengetahuan saya... :,( Ishh...sedih...tetapi ada hikmah disebaliknya. Iaitu harus sentiasa pantau setiap tindakan 'maid' nih..
Dan seterusnya anak ketiga ini (sekarang sedang hamil anak keempat), saya masih lagi menyusukannya secara 'direct' dan dicampur sedikit dengan susu formula disebabkan 'pregnant' kali nih..saya mengalami alahan yang agak teruk, dan bila stop pam susu...Susu makin kurang. Tetapi 'direct feeding' masih diteruskan hingga bersalin nanti. Insyaallah...
Gambar ketika pregnant 2 bulan bersama Anas (sekarang 1 tahun 7 bulan) |
Oklah..rasanya setakat ini sahaja dulu celoteh saya pada kali ini. Moga bermanfaat. Semoga berjaya diucapkan kepada mummy2 yang sedang berpantang. (Abaikan gambar yang tiada kaitan dengan 'tajuk entri' :p)
Kepada yang masih menyusukan, semoga berjaya hingga 2 tahun.
~ Menyusu itu indah~
Salam sayang,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan