My F.r.i.e.n.d.s
Rabu, 20 Ogos 2014
I'm back
Bismillahirrahmanirrahim...
Salam sayang buat all mummy's, bloggers n semua yang sudi singgah ke blog ini. Lama dah tak 'update' blog, rasa macam janggal pula nak menaip. Tapi rindunya...masya Allah pada kalian...
Bagaimanapun, kerinduan pada blog ini menjadi2 sejak ada hamba Allah (Mrs. AA a.k.a Aina Angel) yang tak putus2 suh aku update blog. Syukur alhamdulillah, jika mummy2 yang singgah sini semuanya ada niat nak breastfeed, on the way nak breastfeed, sedang breastfeed dan yang sewaktu dengannya... Didoakan semoga kalian berjaya. Doaku tidak putus agar semua ibu yang menyusu di luar sana berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun dan kuat menepis cabaran yang mendatang...Amin...
Pada kali ni aku nak share, cabaran ketika hasil susu berkurang. Since, susu aku sendiri pun sedang mengalami production merudum. Bukan sikit ya...Sangat... Huhu...sedih... :,(
Tetapi mungkin aku tak tertekan sangat since susu beku (stok perahan), masih banyak lagi dan dapatlah cover mana yang kurang. Lagi pula, kalau dah habis sangat pun nanti, rumah aku dengan tempat kerja dekat giler...So, aku leh berulang-alik untuk direct feed anak aku. Ni semua rezeki aku sebab bersusah payah sejak time pantang n awal2 start kerja memang pulun buat stok...(Mentanglah belajar dari kesilapan yang lepas, stok susu tak cukup. So, memang sengaja ambil langkah berhati-hati)
Bagaimana pula dengan kalian yang mengalami situasi ini, tetapi masalah lagi berat bilamana, usia baby kurang 6 bulan (lagilah sayang nak beri susu formula), stok susu perahan 'back up' langsung tiada, rumah atau tempat nursery baby jauh. Mummy yang tergolong di sini ujiannya lebih berat. Harap kalian bertabah hati. Jangan sedih. pasti semua ni ada hikmah disebaliknya. Kadang Allah uji sekarang sebab nak berikan peringatan buat kita, supaya akan datang rancang lebih awal... atau Allah rindukan kita, dan sengaja kita diuji supaya semakin tunduk, tawaduk dan berserah padaNya. Sebabnya, kita hanya mampu merancang dan berusaha tetapi Allah jua yang menentukan. (Ha..mendalam tak maksudnya...Actually note to myself...)
Untuk cabaran yang berat seperti di atas, cadangan aku ialah jangan stress kan lagi keadaan korang. Cuba detect apa yang menyebabkan hasil susu kalian berkurang, contohnya stress kerja, penat, badan tak sihat, expectation tinggi, makan kurang, kurang minum air, baby direct feed kurang, skip pam berkali-kali dan sebagainya. Detect dulu n cuba atasi hasil 'detection problem' yang kalian dah kesan tadi. Contoh kalau sebab stress, cuba ambil cuti atau atasi stress tu dari memakan diri. Kalau sebab sebab skip pam berkali2, yang ni kenalah cuba gak curi masa nak pam, walaupun 5 minit saja. (cuba refer post aku yang lepas2. Ada tips yang aku share, lepas pam takyah cuci corong tu, terus simpan dalam cooler bag atau peti ais, so dah banyak jimatkan masa). *Kes skip pam ni maaf cakaplah, aku pun takleh nak tolong sebab, yang ni memang antara PUNCA UTAMA (ha..amik ko siap caps lock lagi) hasil pam berkurang. Ulang lagi sekali ya...PUNCA UTAMA.... So, cuba curi jugak time tu. Next time kalau aku sempat aku share lagi...Cara aku menyelitkan diri untuk pam susu.
Untuk hasil post arini, aku rasa sekian di sini dahulu. Sebab aku baru je nak bersiap ke ofis ni ha... Harap aku konsistenla nak update blog ni pasni...Since inilah minat aku sejak jatuh cinta dalam dunia 'breastfeeding' nih...
Sekian. Miss u all....See u again...
Menyusu itu indah
Salam sayang,
atia
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
assalam
salam kenal
kebetulan pula kite same, susu tgh merundum..for first time when baby 7mth 2weeks..susah hati susu drop..pam time lunch hour je dpt 5oz. pam time lain dpt 2 oz je :(
Alhamdulillah! Wah xsabar utk perkongsian lebih lanjut. Saya pula xsihat dan stres jd sehari pam dpt sebotol shj, tp sy tetap tekad xnk mulakan formula lg utk anak! Tlg bg smngt pls :D
Salam..saya hanya bf anak sampai umur 6 bln..sedih yg amat..terasa nk bf anak tp susu bdn dh xde..boleh ke adakan balik susu badan ni..sbb beli susu formula sgt mhl
Kann..mahal kan susu fm..yan ada terbaca..boleh cuba power pumping rasanya
Salam all, thx for ur comment! Time susu merudum ni,kalau power pumping pun tak berjaya, masa nilah kena cari milk booster. Kalau boleh cari yang kandungannya ada makanan sunnah seperti kurma, kismis,habbatus sauda dan lain-lain. Selain dapat pahala sunnah, makananan tersebut memang boleh banyakkan susu, Insyaallah. Plus, kerapkan 'direct feeding' ya... :D
Catat Ulasan